28 Mei 2004


Masjid Terbuat dari Telur
KETIKA Percil jalan-jalan ke luar Pulau Jawa beberapa waktu lalu, Percil sempat singgah di sebuah pulau kecil di Kepulauan Riau. Menurut cerita, di pulau kecil yang luasnya hanya 240 hektare dengan panjang 2 kilometer dan lebar 1 kilometer ini ada sebuah masjid yang sangat istimewa. Masjid tersebut dibuat dari telur. Wow! Bayangkan, berapa butir telur yang dibutuhkan untuk membangun masjid tersebut, ya?
Karena penasaran, Percil menyempatkan diri berkunjung ke sana. Dari Kota Tanjung Pinang Riau, Percil naik perahu kecil ke Pulau Penyengat, demikian nama pulau kecil tempat masjid tersebut. Perahu kecil yang bermuatan 10 hingga 20 orang itu dipenuhi penumpang dari berbagai tempat. Ada yang dari Jakarta, Batam, Medan hingga Singapura. Rupanya masjid dan pulau tersebut memang sudah cukup terkenal di kalangan wisatawan.
Ternyata cerita itu bukan omong kosong. Dari pelabuhan yang juga kecil, kita hanya berjalan sekira 200 meter untuk mencapai masjid tersebut. Begitu keluar dari jalan kecil sepanjang pelabuhan, kita langsung berhadapan dengan masjid yang berdiri megah dan kokoh itu, Masjid Raya Sultan atau bisa disebut juga Masjid Penyengat. Dari jauh masjid tersebut sudah tampak berkilauan karena warna kuning mendominasi masjid tersebut.
Setelah bertanya ke sana-sini, diperoleh cerita menarik tentang masjid ini. Penduduk pulau tersebut mayoritas kaum Muslim yang taat beribadah. Semula masjid tersebut terbuat dari kayu biasa. Namun, pada masa pemerintahan raja pulau Yang Dipertuan Muda Abdul Rahman (1803-1844), raja dan rakyatnya bertekad untuk beramal di jalan Allah (fisabilillah) dengan cara membangun masjid yang kokoh, di bekas masjid lama yang terbuat dari kayu tersebut.
Untuk keperluan itu dipanggillah orang-orang dari berbagai tempat baik dari sekitar Pulau Penyengat hingga orang-orang dari Selat (Singapura). Dari berbagai tempat bukan saja tenaga kerja yang didatangkan, melainkan juga berbagai persediaan makanan seperti beras, sagu, sayuran, ikan, kambing, ayam, dan telur.
Beberapa mandor yang memimpin tukang adalah orang-orang India yang berasal dari Singapura. Perhatian penduduk terhadap pembangunan masjid tersebut sangat besar sehingga tersedia begitu banyak makanan termasuk telur. Begitu berlebihannya telur, para tukang bangunan menyarankan agar putih telur yang berlimpah itu dicampur dalam adukan semen. Hal ini lazim dilakukan dalam pembangunan di India. Saran itu dilakukan. Hasilnya memang luar biasa. Bangunannya menjadi sangat kokoh dan kuat.
Tentang berapa ribu atau juta telur yang dipergunakan untuk pembangunan itu tak terlalu jelas. Namun, karena terbuat dari campuran telur itulah, masjid ini menjadi sangat membanggakan penduduk setempat. Cerita ini menyebar ke mana-mana sehingga banyak orang berdatangan untuk melihat dan meraba dinding masjid ini dengan penuh kekaguman.
 Posted by Hello

Iyeth Bustami & Siti Nurhaliza

SEJAK awal Iyeth Bustami optimistis album Laksmana Raja di Laut bakal meledak. Sebab, dia memadukan musik tradisional zapin Melayu dengan musik dangdut yang sedang disukai. Keyakinannya terbukti. Album kesebelasnya meledak dan namanya disejajarkan dengan artis Melayu dangdut papan atas. Bahkan, dia disebut-sebut Siti Nurhaliza Indonesia. "Berlebih-lebihanlah, Siti, Siti, saya, saya," kata dia merendah.

Nama penyanyi yang digosipkan dekat dengan beberapa menteri ini juga masuk dalam nominasi SCTV Music Awards. Biduan asal Riau ini mengaku bangga menjadi nomine penghargaan dari stasiun Ngetop. Namun, artis bertubuh mungil ini tak berharap muluk untuk bisa menang. "Kalau memang suatu saat saya menang, itu surprise banget, pasti saya traktir teman-teman," kata dia tertawa. (Sumber: SCTV )

Pautan:
Iyeth Bustami Dapat Senjata untuk Gugat Balik

Nirmala Bonat Posted by Hello

20 Mei 2004

Penderaan paling kejam

Utusan Malaysia Online





NIRMALA BONAT (gambar kiri), 19, adalah antara gadis yang paling gembira di Indonesia tahun lalu apabila mendapat tawaran bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia. Bagaimanapun, keceriaan Nirmala tidak berpanjangan. Dia dipercayai didera dan dicederakan di seluruh bahagian tubuh tanpa belas kasihan oleh suri rumah tempat dia bekerja di sebuah kondominium di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. - Gambar BERNAMA..





KUALA LUMPUR 19 Mei - Kisah penderaan ke atas seorang pembantu rumah rakyat Indonesia semalam yang dizalimi tanpa hati perut - dijirus air menggelegak, ditekap seterika panas, dipukul dengan besi berbara tiada bezanya dengan perbuatan tentera penceroboh di penjara Abu Gharib, Iraq.

Cuma yang membezakannya ialah ia berlaku di Malaysia - negara yang kononnya mempunyai rakyat bertimbang rasa dan penuh kasih sayang.

Tetapi melihatkan gambar yang tertera di akhbar ini, di manakah perginya semua sifat itu? Persoalannya, apa sudah jadi dengan masyarakat kita?

Mengapakah manusia yang lemah seorang pembantu rumah yang mencuci punggung anak kita dan bermanja dengan mereka sanggup diperlakukan seperti binatang?

Nirmala Bonat, 19, warga Indonesia yang tiba di negara ini dengan harapan mencari nafkah halal, akhirnya terpaksa melarikan diri meminta pertolongan.

Gadis berasal dari Nusa Tenggara Timur, Kupang, Indonesia itu dipercayai didera teruk oleh majikan wanitanya sejak lima bulan lalu semasa bekerja di sebuah kondominium di Jalan Sultan Ismail di sini.

Mangsa, antara lain, melecur pada kedua-dua buah dadanya akibat ditekap dengan seterika panas.

Bahagian belakang badan mangsa melecur teruk disiram air panas.

Begitu juga kedua-dua belah tangannya melecur akibat direndam dalam air panas.

``Saya terpaksa melarikan diri selepas tidak tahan dipukul setiap hari oleh majikan sejak lima bulan lalu,'' katanya kepada wartawan hari ini setelah menerima perlindungan di Kedutaan Indonesia di sini.

Menurutnya, dia mula didera selepas tiga bulan bekerja dengan pasangan suami isteri yang mempunyai empat orang anak itu.

``Kali pertama saya didera berpunca dari kesilapan kecil iaitu memecahkan sebiji cawan menyebabkan majikan saya berang lalu menyimbah air panas ke badan saya.

``Sejak itu sekurang-kurangnya sekali sehari saya dipukul walaupun ia hanya melibatkan kesalahan remeh-temeh,'' ceritanya.

Nirmala menambah, dia datang ke Malaysia melalui ejen pekerjaan yang sah untuk bekerja sebagai pembantu rumah pada September 2003.

Sebelum dihantar bekerja, katanya, dia terlebih dahulu dikehendaki menjalani latihan oleh ejen berkenaan selama dua minggu.

``Selesai latihan saya terus dihantar bekerja dan tidak menyangka akan dilayan dengan buruk oleh mereka,'' ujarnya.

Menurut Nirmala, perbuatan kejam seperti disiram dengan air panas, dipukul dengan benda keras atau menggunakan besi panas, hanya dilakukan oleh majikan wanita berkenaan yang tidak bekerja.

Majikan wanitanya itu juga didakwa telah memaksa Nirmala menandatangani sepucuk surat yang mengatakan Nirmala mencederakan dirinya sendiri bagi mengelakkan perbuatan itu terdedah.

Tambahnya, suami majikan wanita itu yang bekerja dengan sebuah syarikat perdagangan, tidak berbuat apa-apa walaupun dia mengetahui tindakan kejam isterinya.

Berikutan tidak tahan dengan penderaan yang dilakukan, Nirmala bertindak nekad melarikan diri apabila mendapat peluang berbuat demikian semalam.

``Pada pukul 3 petang semalam majikan saya sekali lagi mendera saya dengan memukul kepala saya menggunakan cawan besi sehingga bengkak kerana tidak puas hati dengan pakaian yang digosok.

``Dalam kekecohan itu saya berkesempatan melarikan diri keluar dari rumah itu dan bersembunyi di salah satu tingkat kondominium tersebut sebelum ditemui seorang pengawal keselamatan,'' katanya.

Pengawal keselamatan di kondominium itu menghubungi polis yang kemudian mengambil Nirmala untuk membuat laporan sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Selepas dirawat gadis itu diserahkan kepada Kedutaan Indonesia sementara menunggu siasatan polis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Hadi Ho Abdullah mengesahkan polis telah menahan wanita majikan Nirmala berusia 34 tahun untuk membantu siasatan.

09 April 2004

Khutbah Jumaat: khatib oh khatib (1)

Hari ini saya solat di Masjid Jami' Putra, Masjid Tanah. Seperti biasa khatib (pembaca khutbah), membaca dengan cara yang sungguh membosankan. Saya heran, mengapa khatib ini tidak mau buat homework? Bukankah teks khutbah itu sudah diterima sebelum membaca khutbah? Seharusnya beliau membacanya terlebih dahulu supaya tidak terjadi kesilapan-kesilapan yang tidak sepatutnya terjadi.

Hari ini dua kesalahan fatal yang saya temui: (1) pada bacaan penutup khutbah pertama, yakni "barakallahu li walakum ... dan seterusnya." (2) bacaan selawat ketika memulai doa pada khutbah kedua. Padahal bacaan ini adalah rutin yang sentiasa dibaca oleh khatib setiap khutbah!

Di Melaka, saya telah pergi ke berapa Masjid untuk berjumaat. Saya temui kesalahan-kesalahan serupa terjadi. Misalnya di Masjid Londang, Masjid Bertam Ulu, Masjid Cheng dan Masjid Daerah alor Gajah sebelum imam baru dilantik.

Apakah kerja mereka sebenarnya? Apakah kerja khatib ini boleh dibuat sambil lewa saja?

05 April 2004

HARI INI PEMILU DI INDONESIA

Hari ini pemilu diadakan di Indonesia. Ramalan pengamat politik mengatakan bahwa tiada satu pun partai yang mendapat mayoritas mutlak. Saya harap pemilu kali ini berjalan lancar. Semua mengaharapkan hasil pemilu ini akan mewujudkan stabilitas pemerintahan Indonesia agar era reformasi ini benar-benar dapat dinikmati hasilnya oleh rakyat kecil. Apakah harapan saya ini suatu utopia?

03 April 2004

Pengakuan Empat Anggota Jamaah Islamiyah

Malam tadi TV3 menyiarkan "Pengakuan Empat Bekas Anggota Jemaah Islamiah". Mereka menjawab soalan dua wartawan TV3, Zainal Arifin Ismail dan Kamaruddin Mape. Mereka menjawab dengan dengan tenang, tapi yang menghairankan mengapa Kamaruddin Mape mengajukan soalan-soalan seperti seorang penyiasat polis. Penonton merasa kurang selesa dengan cara Kamaruddin tersebut. Sepatutnya dia belajar dari rakannya yang begitu tenang, tapi meyakinkan, Zainal.

Pagi ini, Utusan Malaysia Online menyiarkan perihak anggota-anggota JI tersebut.