Memaparkan catatan dengan label Takziah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Takziah. Papar semua catatan

15 Oktober 2008

Jalil Miran dan Rafie Hussin telah tiada

Pagi Isnin yang lalu Suhaimi Hamid, editor Hidayah, menelefon saya bahawa Jalil Miran telah meninggal dunia. Jalil adalah rakan sekerja kami tahun 80-an dulu.

Dia pernah bertugas di Variapop dan terakhir sebagai wartawan misteri di Variasari.
Kemudian dia beralih ke bidang perubatan tradisional.

Jalil meninggal setelah mengalami demam dan dikebumikan tanah pekuburan Ampang, Kuala Lumpur.

Malam tadi saya mendapat berita, Rafie Hussin, penyanyi dan pelakon 80-an meninggal dunia. Hari ini genap usianya 49 tahun. Dia meninggal dunia di kediaman keluarganya di Taman Rowther, Gombak, pada pukul 7 malam.



"Allahyarham hanya mengadu sesak nafas sehinggalah menghembuskan nafas yang terakhir,'' kata adik iparnya, seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

Hari ini jenazahnya dibawa ke Tanah Merah, Kelantan untuk dikebumikan.


Beliau turut berlakon dalamdalam filem Azura, 1984, sebagai Razif.

Allahyarham Rafie yang sedang mengusahakan penerbitan filem Naga Tasik Chini meninggalkan isteri, Zawinuni yang sedang mengandungkan anak kelima mereka serta empat cahaya mata lain.Zawinuni Mohd. Ramli

Allahyarham Rafie yang memulakan kerjayanya sebagai penyanyi pernah mendapat jolokan Elvis Presley Kelantan dan telah merakamkan beberapa buah album.

Selain filem Azura, Allahyarham juga pernah membintangi filem-filem lain seperti Di Ambang Kasih, Tujuh Biang Keladi, selain berlakon dalam banyak drama tempatan.

Kenangan terakhir saya bersama Rafie ketika mengadakan sesi fotografi bersama penyanyi Mazuin Hamzah, 1984.



Rafie kemudian menumpukan sepenuhnya kepada perniagaan keluarga.


21 September 2007

Takziah dan al-Fatihah buat Nurin


Takziah dan al-Fatihah buat Nurin (Allahyarhamuha - Semoga Allah mengasihinya).

Allahummaghfirlaha warhamha wa'afiha wa'fu 'anha ...
Allahumma la tahrimna ajraha wala taftinna ba'daha waghfirlana walaha

14 April 2007

Penulis "Ulama Nusantara" meninggal dunia

Inna liLlahi wainna ilaihi raji'un.

Penulis "Ulama Nusantara", Wan Muhammad Shaghir Abdullah meninggal dunia di kediamannya di Taman Melewar, Gombak, Kuala Lumpur hari Khamis pukul 10.50 pagi kerana serangan angin ahmar.

Anggota keluarga terdekat dan sahabat handai berada di sisinya ketika beliau menghembuskan nafas terakhir

Allahyarham yang berusia 62 tahun, meninggalkan isteri, Hamidiah Abdul Majid, 48, dan enam orang anak berusia antara 11 dan 25 tahun.

Beliau dilahirkan di Pulau Midai, Riau, Indonesia ini kini menjadi penduduk tetap Malaysia. Wan Mohd Shaghir, berasal dari keturunan ulama dengan datuknya, Syeikh Ahmad al-Fatani adalah ulama terbilang Nusantara. Ibunya berketurunan keluarga besar Syeikh Daud Abdullah al-Fatani.

Beliau seorang tokoh ilmuwan yang tidak asing dalam dunia manuksrip klasik Melayu, banyak menghabiskan hidupnya untuk menggali teks klasik tulisan ulama Nusantara.

Usaha beliau dalam menggali dan mengumpul khazanah itu bukan mudah. Pada usia 12 tahun lagi, beliau sudah mengembara ke seluruh Asia Tenggara bagi menghimpun khazanah itu.

Empat dekad mengembara, pelbagai ranjau dihadapi, kini penat jerih dan kesabarannya boleh dibanggakan.

Beliau kini memiliki beratus-ratus manuskrip asli sama ada dalam tulisan Jawi atau Arab. Ada antaranya berusia lebih 500 tahun dan tidak boleh didapati di mana-mana perpustakaan, muzium atau arkib di rantau ini.

Dalam usahanya itu, beliau berjaya menghasilkan 100 judul karya asli yang memaparkan biografi ulama, karya, pemikiran, sejarah perjuangan mereka termasuk membuat analisis terhadap mereka. Antaranya Sui dan Wali Allah; Fatwa Binatang Hidup Dua Alam; Syeikh Daud Abdullah al-Fatani Ulama dan Pengarang Terulung Asia Tenggara.

P.S: Saya sebenarnya telah lama berhasrat untuk menemui beliau, namun tidak kesampaian. Semoga Allah mencucuri rahmatnya kepada beliau ... al-Fatihah

24 April 2006

Tun Abdul Ghafar Baba telah tiada ...

Mantan Timbalan Perdana Menteri, al-Marhum Tun Abdul Ghafar Baba telah selamat disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara dengan penuh istiadat pengebumian pembesar negara.

Saya mengucapkan takziah kepada keluarga beliau di atas kembalinya al-Marhum pada 23hb April 2006 ( 24 Rabiul Awal 1427).

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh al-Marhum. Amin!

Berita terkait:

14 Januari 2006

Korban yang tewas meningkat 363 orang

Tragedi Mina: Korban yang tewas meningkat 363 orang. Putra Mahkota Sultan menyatakan, tragedi dahsyat itu berpunca dari jamaah yang membawa beg-beg yang banyak ketika melontar.

Foto ini menunjukkan para jamaah haji tiba di Mekah mengerjakan Tawaf Al-Widae sebelum pulang ke negara masing-masing. [ArabNews]
Ebay Secrets

20 Oktober 2005

Takziah: Datin Seri Endon Mahmood telah meninggalkan kita.

Assalamualaikum wr wb

Kami sekeluarga mengucapkan Takziah kepada YAB DATO' SERI ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI dan keluarga atas berpulangnya ke rahmatullah Datin Seri Endon Mahmood (al-Marhumah)pada 20 Oktober 25jam 7:55 pagi.
"Allaahummaghfirlahaa warhamhaa wa`aafihaa wa`fu`anhaa"
Semoga keluarga yang ditinggalkan tabah, sabar dan sihat sejahtera. Amin!

Wassalam

02 Oktober 2005

Belasungkawa kepada korban bom di Bali

Setelah setahun berlalu, Bali digemparkan lagi dengan bom semalam. Letupan tahun lalu dikaitkan dengan Jamaah Islamiyah. Kini orang mengagak-agak, mungkinkah pelaku yang sama mengulangi perbuatan terkutuk ini? Jika ia dikaitkan dengan Islam, ah, imej Islam bertambah buruk lagi. Begitulah! Semakin buruk Islam di mata dunia, semakin mudahlah untuk memeranginya dengan alasan membasmi terorisme di muka bumi ini.

Sebagai Muslim, aku juga mengutuk perbuatan itu, yang menurut pemahamanku, tidak mencerminkan ajaran Islam yang sebenarnya. Islam membawa kedamaian dan kasih sayang. Islam membawa cinta untuk semua, bukan kebencian.

Siapakah teroris yang sebenarnya? Belasungkawa untuk mereka yang terkorban.
Damailah selalu hendaknya, amin! Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak!

02 Ogos 2005

Rossa begitu tegar

Malam Isnin Rossa manggung di Planet Hollywood Kuala Lumpur. Promosi yang dilakukannya juga begitu 'tegar'. Ahad dia muncul dalam rancangan Melody TV3 sebagai hos tamu mendampingi Wahid. Hari ini sekali lagi dia tampil dalam program MHI TV3. Ally Iskandar bertanya pasal penyanyi yang 'versatile'. "Apa maksudnya?" Rossa tergamam. Rupanya istilah 'versatile' tidak biasa digunakan di Indonesia. Mereka biasa menggunakan 'serba bisa'.

Rossa terkenal dengan lagunya berjudul 'Tegar' beberapa tahun lalu. Sejak itu kita biasa mendengar perkataan 'tegar' ini digunakan oleh menteri-menteri dan juga media. Yang paling sering kita dengar adalah "Kemiskinan tegar". Apakah isitilah ini sesuai? Yang jelas satu lagi pengaruh Indonesia melanda kita.

Di Indonesia tegar digunakan berkaitan dengan (1) hati (tegar hati, keras kepala, obdurate), (2) kukuh, mantap, steadfast.

Pautan:
-Pengaruh Indonesia dalam Muzik dan Filem Malaysia (1)
-Pengaruh Indonesia dalam Muzik dan Filem Malaysia (2)
-Pengaruh Indonesia dalam Muzik dan Filem Malaysia (3)
-Bukan Perempuan Biasa