Dalam rangka HUT RI ke-62, saya mencoba menulis dalam bahasa Indonesia versi saya sendiri.
Versi saya?
Ya benar. Sejak 1983 saya tidak pernah menulis dalam bahasa Indonesia. Bila saya melihat tulisan-tulisan saya dalam BI, saya seakan tidak percaya bahwa tulisan tersebut adalah tulisan saya sendiri.
Sejak seperempat abad yang lalu, telah banyak perubahan yang terjadi pada bahasa Indonesia: istilah dan gaya penulisan. Selama itu pula saya menulis dalam bahasa Melayu, bahasa ibunda saya.
Saya katakan, bahasa Indonesia versi saya karena gaya Melayu sudah begitu kuat melekat, sudah "sebati" dengan diri saya. Bukankah BI juga berasal dari bahasa Melayu?
Jadi, saya masih mencoba!
17 Ogos 2007
13 Ogos 2007
Konvo dan E-Skroll
Waktu terlalu cepat berlalu. Ogos tahun lalu kami menghadiri konvo anak kami Warith di Unimas (Fakulti Perubatan). Ogos tahun ini anak kedua pula menyusul, Walid di MMU Cyberjaya (FIT - Software Engineering).Walid hari ini menerima e-skrol (e-scroll) dari Tun Dr Siti Hasmah Hj Mohd Ali, Canselor MMU.
MMU merupakan universiti yang pertama di dunia menganugerahkan e-skrol kepada graduannya yang ditandatangani secara digital. Ia disimpan di dalam CD-ROM dan direkodkan di dalam kad pintar yang berasaskan mikrocip.
Para graduan boleh mengepilkan e-skrol mereka ketika mengajukan permohonan 'on-line' sebagai menggantikan skrol kertas.
Pada skrol kertas, tandatangan asal penandatangan skrol diperlukan dan belum tentu dapat dijamin kesahihannya. Ia boleh diubah pada bila-bila masa sahaja. Tetapi dokumen yang ditandatangani secara digital seperti e-skrol menggunakan teknologi kekunci kriptografi umum. Teknologi ini dapat menjamin kesahihan sepenuhnya e-skrol MMU. Hanya penandatangan asal e-skrol yang boleh mengubahnya.
Jika calon majikan ingin memeriksa kesahihan e-skrol, mereka bolehlah melawat laman Pendaftar Graduan (http://registry.mmu.edu.my).Dengan adanya sistem ini MMU mampu menghindarkan pemalsuan dokumen sekaligus menerajui sistem pentadbiran elektronik di Malaysia. Tahniah Walid. Tahniah MMU.
11 Ogos 2007
Hari Kesihatan
Surau al-Islah telah menyelenggarakan Hari Kesihatan 4 Ogos 2007.Saya mengambil bahagian dengan menderma darah.
10 Jun 2007
Semoga berbahagia Pak Lah
Semalam Pak Lah telah selamat berijab qabul pernikahan beliau dengan Jeanne Abdullah.
Semoga berbahagia Pak Lah!
Semoga berbahagia Pak Lah!
14 April 2007
Penulis "Ulama Nusantara" meninggal dunia
Inna liLlahi wainna ilaihi raji'un.
Penulis "Ulama Nusantara", Wan Muhammad Shaghir Abdullah meninggal dunia di kediamannya di Taman Melewar, Gombak, Kuala Lumpur hari Khamis pukul 10.50 pagi kerana serangan angin ahmar.
Anggota keluarga terdekat dan sahabat handai berada di sisinya ketika beliau menghembuskan nafas terakhir
Allahyarham yang berusia 62 tahun, meninggalkan isteri, Hamidiah Abdul Majid, 48, dan enam orang anak berusia antara 11 dan 25 tahun.
Beliau dilahirkan di Pulau Midai, Riau, Indonesia ini kini menjadi penduduk tetap Malaysia. Wan Mohd Shaghir, berasal dari keturunan ulama dengan datuknya, Syeikh Ahmad al-Fatani adalah ulama terbilang Nusantara. Ibunya berketurunan keluarga besar Syeikh Daud Abdullah al-Fatani.
Beliau seorang tokoh ilmuwan yang tidak asing dalam dunia manuksrip klasik Melayu, banyak menghabiskan hidupnya untuk menggali teks klasik tulisan ulama Nusantara.
Usaha beliau dalam menggali dan mengumpul khazanah itu bukan mudah. Pada usia 12 tahun lagi, beliau sudah mengembara ke seluruh Asia Tenggara bagi menghimpun khazanah itu.
Empat dekad mengembara, pelbagai ranjau dihadapi, kini penat jerih dan kesabarannya boleh dibanggakan.
Beliau kini memiliki beratus-ratus manuskrip asli sama ada dalam tulisan Jawi atau Arab. Ada antaranya berusia lebih 500 tahun dan tidak boleh didapati di mana-mana perpustakaan, muzium atau arkib di rantau ini.
Dalam usahanya itu, beliau berjaya menghasilkan 100 judul karya asli yang memaparkan biografi ulama, karya, pemikiran, sejarah perjuangan mereka termasuk membuat analisis terhadap mereka. Antaranya Sui dan Wali Allah; Fatwa Binatang Hidup Dua Alam; Syeikh Daud Abdullah al-Fatani Ulama dan Pengarang Terulung Asia Tenggara.
P.S: Saya sebenarnya telah lama berhasrat untuk menemui beliau, namun tidak kesampaian. Semoga Allah mencucuri rahmatnya kepada beliau ... al-Fatihah

31 Mac 2007
Salasilah Nabi Muhammad (s.a.w)
Umat Islam di Malaysia menyambut hari keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad (s.a.w), hari ini. Tradisi perarakan diteruskan. Di Melaka, misalnya, sejak pukul 8:00, lebih 100 kontinjen dari pelbagai jabatan kerajaan dan pertubuhan mulai berarak dari Stadium Hang Tuah hingga ke Masjid al-Azim sambil berselawat dan berkompang.
Ada baiknya kita telusuri salasilah Nabi Muhammad (s.a.w):
Ada baiknya kita telusuri salasilah Nabi Muhammad (s.a.w):
Qushayy
(lahir 400M)
|
+----------------------+----------------------+
| | |
'Abd'l-'Uzza 'Abd Manaf 'Abd'd-Dar
| (lahir 430M)
| |
| +----------+-----------+----------+
Asad | | | |
| Muttalib Hasyim Naufal 'Abd Syams
| (lahir 464M) |
Khuwailid | Umayya
| 'Abd'l-Muttalib |
+----+----+ (lahir 497M) Harb
| | | |
'Awwam Khadijah | Abu Sufyan
| | |
Zubair | Mu'awiya
|
+--------+----------+-------+--+-----------+----------+
| | | | | |
Hamzah 'Abbas 'Abdullah Abu Lahab Abu Talib Harith
(lahir 545M) |
| +----------+----------+
| | | |
MUHAMMAD 'Aqil 'Ali Ja'far
(lahir 570M) | |
| +---+---+
| | |
Muslim Hasan Husain
Dari Nabi Ibrahim (a.s)hingga ke Nabi Muhammad (s.a.w):
00 IBRAHIM
01 Isma'eel
02 Nabit
03 Yashjub
04 Tayrah
05 Nahur
06 Muqawwam
07 Udad
08 'Adnan
09 Mu'ad
10 Nizar
11 Mudar
12 Ilyas
13 Mudrika
14 Khuzayma
15 Kinana
16 Al Nadr (Al Quraysh)
17 Malik
18 Fihr
19 Ghalib
20 Lu'ayy
21 Ka'ab
22 Murra
23 Kilab
24 Qussayy (Real name: Zayd)
25 'Abdu Manaf (Real name: Al Mughira)
26 Hashim (Real name: 'Amr) as Banu Hashim
27 'Abdu Al Mutallib (Real name: Shaiba)
28 'Abdullah
29 MUHAMMAD saw
08 Mac 2007
Kenapa panggil saya Nyonya?
"Kenapa panggil saya nyonya?" kata perempuan kaya yang sedang mencari seorang suami.
"Ya, orang kaya 'kan dipanggil nyonya!" jawab seorang lelaki dungu dan lugu selamba.
Begitulah lebih kurang kandungan dialog sinetron "Wah cantiknya" seperi yang saya tulis sebelum ini, bertajuk: Sarikata ...
Yang jadi perhatian saya bukan dialog tersebut, tapi terjemahan sarikata Melayunya.
"Nyonya" diterjemahkan dengan "Cik".
Ya ampun ... kok gitu ya? Ini yang terjemahin pasti nggak pernah ke Jakarta ... atau nggak paham bahasa Melayu kali?
"Nyonya" itu padanannya lebih kurang sama dengan "Puan" atau "Madam"
"Cik" sepadan dengan "Nona".
Kalau di kampung saya, Nyonya itu adalah panggilan untuk perempuan Cina yang telah berusia atau berumahtangga.
Saya memang telah biasa sejak kecil dengan gambaran seperti itu. Jadi saya selalu gelihati kalau orang Indonesia panggil nyonya.
Begitu juga kalau saya ke Singapura, nginap di rumah adik ipar saya, pembantunya memanggil mereka "Tuan" dan "Nyonya".
Terasa janggal bagi saya. Ketika saya tinggah di Shah Alam saya juga punya pembantu Indonesia, tapi mereka memanggil kami "Bapak" dan "Ibu".

Langgan:
Catatan (Atom)