10 Jun 2007

Semoga berbahagia Pak Lah

Semalam Pak Lah telah selamat berijab qabul pernikahan beliau dengan Jeanne Abdullah.

Semoga berbahagia Pak Lah!

14 April 2007

Penulis "Ulama Nusantara" meninggal dunia

Inna liLlahi wainna ilaihi raji'un.

Penulis "Ulama Nusantara", Wan Muhammad Shaghir Abdullah meninggal dunia di kediamannya di Taman Melewar, Gombak, Kuala Lumpur hari Khamis pukul 10.50 pagi kerana serangan angin ahmar.

Anggota keluarga terdekat dan sahabat handai berada di sisinya ketika beliau menghembuskan nafas terakhir

Allahyarham yang berusia 62 tahun, meninggalkan isteri, Hamidiah Abdul Majid, 48, dan enam orang anak berusia antara 11 dan 25 tahun.

Beliau dilahirkan di Pulau Midai, Riau, Indonesia ini kini menjadi penduduk tetap Malaysia. Wan Mohd Shaghir, berasal dari keturunan ulama dengan datuknya, Syeikh Ahmad al-Fatani adalah ulama terbilang Nusantara. Ibunya berketurunan keluarga besar Syeikh Daud Abdullah al-Fatani.

Beliau seorang tokoh ilmuwan yang tidak asing dalam dunia manuksrip klasik Melayu, banyak menghabiskan hidupnya untuk menggali teks klasik tulisan ulama Nusantara.

Usaha beliau dalam menggali dan mengumpul khazanah itu bukan mudah. Pada usia 12 tahun lagi, beliau sudah mengembara ke seluruh Asia Tenggara bagi menghimpun khazanah itu.

Empat dekad mengembara, pelbagai ranjau dihadapi, kini penat jerih dan kesabarannya boleh dibanggakan.

Beliau kini memiliki beratus-ratus manuskrip asli sama ada dalam tulisan Jawi atau Arab. Ada antaranya berusia lebih 500 tahun dan tidak boleh didapati di mana-mana perpustakaan, muzium atau arkib di rantau ini.

Dalam usahanya itu, beliau berjaya menghasilkan 100 judul karya asli yang memaparkan biografi ulama, karya, pemikiran, sejarah perjuangan mereka termasuk membuat analisis terhadap mereka. Antaranya Sui dan Wali Allah; Fatwa Binatang Hidup Dua Alam; Syeikh Daud Abdullah al-Fatani Ulama dan Pengarang Terulung Asia Tenggara.

P.S: Saya sebenarnya telah lama berhasrat untuk menemui beliau, namun tidak kesampaian. Semoga Allah mencucuri rahmatnya kepada beliau ... al-Fatihah

31 Mac 2007

Salasilah Nabi Muhammad (s.a.w)

Umat Islam di Malaysia menyambut hari keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad (s.a.w), hari ini. Tradisi perarakan diteruskan. Di Melaka, misalnya, sejak pukul 8:00, lebih 100 kontinjen dari pelbagai jabatan kerajaan dan pertubuhan mulai berarak dari Stadium Hang Tuah hingga ke Masjid al-Azim sambil berselawat dan berkompang.

Ada baiknya kita telusuri salasilah Nabi Muhammad (s.a.w):

                        Qushayy
(lahir 400M)
|
+----------------------+----------------------+
| | |
'Abd'l-'Uzza 'Abd Manaf 'Abd'd-Dar
| (lahir 430M)
| |
| +----------+-----------+----------+
Asad | | | |
| Muttalib Hasyim Naufal 'Abd Syams
| (lahir 464M) |
Khuwailid | Umayya
| 'Abd'l-Muttalib |
+----+----+ (lahir 497M) Harb
| | | |
'Awwam Khadijah | Abu Sufyan
| | |
Zubair | Mu'awiya
|
+--------+----------+-------+--+-----------+----------+
| | | | | |
Hamzah 'Abbas 'Abdullah Abu Lahab Abu Talib Harith
(lahir 545M) |
| +----------+----------+
| | | |
MUHAMMAD 'Aqil 'Ali Ja'far
(lahir 570M) | |
| +---+---+
| | |
Muslim Hasan Husain


Dari Nabi Ibrahim (a.s)hingga ke Nabi Muhammad (s.a.w):

00 IBRAHIM
01 Isma'eel
02 Nabit
03 Yashjub
04 Tayrah
05 Nahur
06 Muqawwam
07 Udad
08 'Adnan
09 Mu'ad
10 Nizar
11 Mudar
12 Ilyas
13 Mudrika
14 Khuzayma
15 Kinana
16 Al Nadr (Al Quraysh)
17 Malik
18 Fihr
19 Ghalib
20 Lu'ayy
21 Ka'ab
22 Murra
23 Kilab
24 Qussayy (Real name: Zayd)
25 'Abdu Manaf (Real name: Al Mughira)
26 Hashim (Real name: 'Amr) as Banu Hashim
27 'Abdu Al Mutallib (Real name: Shaiba)
28 'Abdullah
29 MUHAMMAD saw


08 Mac 2007

Kenapa panggil saya Nyonya?

"Kenapa panggil saya nyonya?" kata perempuan kaya yang sedang mencari seorang suami.

"Ya, orang kaya 'kan dipanggil nyonya!" jawab seorang lelaki dungu dan lugu selamba.

Begitulah lebih kurang kandungan dialog sinetron "Wah cantiknya" seperi yang saya tulis sebelum ini, bertajuk: Sarikata ...

Yang jadi perhatian saya bukan dialog tersebut, tapi terjemahan sarikata Melayunya.

"Nyonya" diterjemahkan dengan "Cik".

Ya ampun ... kok gitu ya? Ini yang terjemahin pasti nggak pernah ke Jakarta ... atau nggak paham bahasa Melayu kali?

"Nyonya" itu padanannya lebih kurang sama dengan "Puan" atau "Madam"

"Cik" sepadan dengan "Nona".

Kalau di kampung saya, Nyonya itu adalah panggilan untuk perempuan Cina yang telah berusia atau berumahtangga.

Saya memang telah biasa sejak kecil dengan gambaran seperti itu. Jadi saya selalu gelihati kalau orang Indonesia panggil nyonya.

Begitu juga kalau saya ke Singapura, nginap di rumah adik ipar saya, pembantunya memanggil mereka "Tuan" dan "Nyonya".

Terasa janggal bagi saya. Ketika saya tinggah di Shah Alam saya juga punya pembantu Indonesia, tapi mereka memanggil kami "Bapak" dan "Ibu".

06 Mac 2007

Sarikata ...

Saya menonton selama lima minit sinetron di Aruna, Astro. Judulnya "Wah, cantiknya".

Cerita komedi Indonesia itu ada sarikata bahasa Melayu. Tapi, banyak salah terjemah. Dalam lima minit, saya sempat mencatat kesalahan-kesalahan ini:

"Saya bankir..." diterjemahkan "Saya kaki tipu..."

Padahal bankir itu "banker" boleh diterjemahkan: pemilik bank atau pengurus bank (top management official)

"Gatot Kaca" diterjemahkan "Kedut Kasa"

Nama marga Batak "Sitompul" diterjemahkan "Tompul" saja. Memang ada yang memanggil ringkas begitu. Misalnya, orang Batak yang bermarga Siregar, dipanggil regar saja oleh kawan-kawan.

Saya tak fikir penterjemah Astro faham akan hal ini. Mungkin dia teringat cerita Si Tanggang ketika menulis sarikata ini.

Saya hanya menonton 5 menit. Lebih lama saya menonton mungkin lebih banyak sarikata yang salah akan saya temui.

Keadaan yang sama saya temui di TV3.

19 Februari 2007

Peristiwa Penting di Bulan Safar

Disusun Oleh Syafrein Effendiuz

Makna Safar

Safar bermakna 'sifar' (kosong). Ia merupakan bulan kedua
dalam kalendar Islam. Dalam bulan ini orang-orang Arab
dahulu biasanya meninggalkan rumah mereka menjadi kosong.
Ketika inilah mereka melakukan serangan, melaksanakan
pembalasan terhadap musuh-musuh mereka.

Peristiwa

Beberapa peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam
pada bulan ini antara lain:

  1. Perkahwinan Baginda saw dengan Khadijah binti Khuwailid r.a, ianya berlaku sebelum Nabi saw dilantik menjadi Rasul.

  2. Kebenaran berperang (2 Hijrah), peperangan pertama yang dihadiri oleh Rasulullah saw adalah 'Wudan' atau 'Abwak' bagi menentang kekufuran.

  3. Tragedi Ar-Raji', berlaku pada tahun ketiga Hijriyah (pendapat lain, 4 Hijriyah). Seramai tujuh orang sahabat Baginda saw diutus untuk mengajar agama Islam kepada kaum 'Udal dan Al-Qarah, tetapi mereka telah mengkhianati perutusan tersebut dengan melakukan serangan hendap di sebuah tempat persinggahan yang bernama Ar-Raji' di daerah 'Usfan (kawasan di antara Mekah dan Madinah).

    Di antara yang menyertai perutusan itu Khubaib bin 'Adiy, Marthad bin Abi Marthad Al Ghanawiy, 'Asim bin Thabit dan Zaid bin ad-Dathanah.

    Kesemua sahabat dibunuh di tempat serangan kecuali Khubaib bin 'Adiy yang dibawa ke Mekah dan dibunuh di sana. Beliau merupakan orang yang pertama menunaikan dua raka'at sunat sebelum dibunuh yang kemudiannya menjadi ikutan sunnah.

  4. Peperangan Bi'ru Ma'unah (4 Hijrah), di bawah pimpinan Al-Munzir bin 'Amr As Sa'idiy yang ditugaskan untuk berda'wah dan mengajar tentang agama Islam dan Al-Quran kepada Bani 'Amir disertai oleh 40 orang sahabat Baginda s.a.w.

  5. Pembukaan Khaibar (kubu orang Yahudi) pada tahun ketujuh Hijriyah, disertai juga oleh 20 orang sahabat wanita di antaranya Ummu Salamah, Safiyah binti Abd. Mutallib dan Ummu Aiman. Seramai 15 orang sahabat gugur syahid manakala di pihak Yahudi pula seramai 73 orang mati terbunuh. Orang Yahudi pada mulaannya merasakan bahawa mereka tidak boleh ditewaskan kerana keteguhan kubu, jumlah alat kelengkapan senjata dan bilangan mereka yang ramai.

  6. Peperangan Maraj Rahit pada tahun ke-13 Hijriyah di pinggiran bandar Damsyik, Syria di bawah pimpinan Khalid bin Al-Walid.

  7. Pelantikan 'Abd. Rahman Al Ghafiqiy sebagai Gabenor Andalusia pada tahun 113 Hijrah.

  8. Kewafatan panglima Islam Salahuddin Al-Ayyubiy pada 27 Safar 589 Hijrah.

  9. Kejatuhan Kerajaan Abbasiyah yanb berpusat di Baghdad ke tangan Tatar pada tahun 656 Hijriyah. Khalifah 'Abbasiah, Al-Mu'tasim Billah, terbunuh beserta ahli keluarganya, orang-orang kenamaan negara dan ratusan ribu orang Islam. Beribu-ribu kitab Islam musnah.

05 Februari 2007

Jakarta banjir, hotel penuh


Jakarta bukan hanya kebanjiran air, tetapi juga kebanjiran tetamu di hotel berbintang lima. Bilik hotel Sari Pan Pacific, telah terisi penuh pada 4 Fabruari 2007 oleh mangsa banjir. Detik.com melaporkan, dari 400 bilik yang dimiliki hotel yang berada di Jalan MH Thamrin itu, 360 bilik telah terisi penuh. Sementara 40 lainnya masih dalam pengubahsuaian.
"Kita sampai nolak-nolak tamu kemarin. Kita tidak perkirakan itu," kata PR Manager Hotel Sari Pan Pacific Nieke P. Handayani kepada detikcom, Senin (5/1/2007).

Nieke mengatakan, sebagian besar tamu hotel adalah mangsa banjir. "Kebanyakan keluarga, bawa anak-anak dan bayi. Kemarin ada yang cerita pada saya kalau rumahnya kebanjiran," cerita Nieke.

Keadaan serupa juga berlaku di Hotel Nikko, tak jauh dari Bundaran HI. Sekitar 88 peratus bilik telah dipenuhi. Namun pihak hotel tidak dapat memastikan apakah pengunjung adalah korban banjir atau bukan. "Mereka tidak membawa barang yang mencolok. Tapi saya perkirakan pada Kamis, Jumat dan Sabtu banyak kalangan korporat yang tidak dapat kembali pulang ke rumah dan akhirnya nginap di sini," kata Public Relations Officer Niki Ramadanu W.

Setakat ini, menurut sumber pemerintah wilayah Jakarta, 20 orang mati dan 206 ribu terpaksa meninggalkan kediamanan masing-masing. Sedangkan Kementerian Kesihatan sebelum ini mengeluarkan data 18 mati, 2 hilang, dan 339510 orang terpaksa berpindah.