07 Januari 2005

FW: Pembetulan Ejaan: Aceh Bukan Acheh

From: Syafrein Effendi [mailto:deleted]
Sent: Wednesday, January 05, 2005 4:44 PM
To: 'online@utusan.com.my'

Subject: Pembetulan Ejaan: Aceh Bukan Acheh

Assalamualaikum wr wb

Tuan,

Saya telah mengirim cadangan ini melalui forum@utusan.com.my semalam. Tetapi ada baiknya saya sampaikan cadangan ini kepada editor kerana sehingga hari ini Utusan masih menggunakan ejaan 'Acheh' sedangkan Berita Harian dan TV3 telah menggunakan ejaan 'Aceh' sama seperti yang digunakan di Indonesia sendiri yakni 'Aceh' atau nama rasmi wilayah tersebut adalah 'Nanggroe Aceh Darussalam' (NAD). Akhbar berbahasa Inggris, termasuk CNN, menggunakan ejaan yang sama dengan Indonesia.

Ini berlainan dengan ejaan yang merujuk kepada negara China kerana ejaan ini rasmi digunakan di peringkat antarabangsa.

Penggunaan ejaan 'Aceh' digunakan sejak dilancarkan Ejaan Yang Disempurnakan (EYD) tahun 1972 yang juga digunakan di Malaysia. Sebelum itu ejaan 'Aceh' adalah 'Atjeh'.

Dalam sistem ejaan EYD di Indonesia, 'tj' ditukar menjadi 'c', 'dj' menjadi 'j', 'ch' menjadi 'kh', 'sj' menjadi 'sy'.

Berikutan perubahan itu, 'Acheh' ditukar menjadi 'Aceh', 'Tjirebon' menjadi 'Cirebon', 'Djakarta' menjadi 'Jakarta', 'Jogjakarta' menjadi 'Yogyakarta' dan lain-lain. Saya sendiri telah mengubah ejaan nama saya dari 'Sjafrein' menjadi 'Syafrein' kerana perkara ini dibenarkan oleh peraturan EYD di Indonesia.

Di Malaysia kita menyaksikan perubahan ejaan 'ch' menjadi 'c' ('chinta' menjadi 'cinta' ), 'sh' menjadi 'sy' ('sharat' menjadi 'syarat'.

Jadi, untuk perkataan 'Aceh' eloklah media berbahasa Melayu di Malaysia (termasuk media elektronik) mengikuti ejaan yang digunakan di Indonesia seperti yang dilakukan oleh akhbar-akhbar berbahasa Inggris tempatan dan antarabangsa.

Wassalam.

SYAFREIN EFFENDI BIN USMAN
http://sekilas.blogspot.com

Fwd: Syabas!

---------- Forwarded message ----------
From: DOMPAS
Date: Fri, 7 Jan 2005 12:07:35 +0800
Subject: Syabas!
To: online@utusan.com.my


Assalamualaikum,

Syabas Utusan! Sejak semalam saya telah melihat perubahan ejaan
'Acheh' menjadi 'Aceh'. Sebelum ini saya telah mencadangkan perkara
tersebut kepada Utusan. Sama ada cadangan saya itu yang menyebabkan
perubahan ejaan ini atau bukan, tidak penting lagi bagi saya. Saya
hanya ingin melihat Utusan yang mendaulatkan bahasa Melayu, tidak
mengambil ringan masalah ejaan selain dari ketepatan berita.

Kadang-kadang saya membaca laporan Wartawan Utusan dari Jakarta tidak
begitu tepat faktanya, bahkan laporan tersebut diambil dari
sumber-sumber media di Jakarta seperti Gatra, Tempo dan lain-lain.
Mungkin ini untuk menjimat masa wartawan tersebut?

Namun, dalam kes tsunami Aceh, wartawan Utusan telah terjun langsung
ke lapangan, tahniah!

Di Malaysia, ramai pembaca warga Indonesia, jadi wartawan yang membuat
kesilapan fakta akan segera diketahui ramai.

Sekian
Wassalam
SYAFREIN EFFENDI USMAN
www.dompas.net
http://sekilas.blogspot.com