Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan

03 Januari 2010

Mencari perkataan "Allah" di internet



Aku mencari Perkataan "Allah" di Google dan hasilnya adalah sebagai berikut:

- 11.000.000 untuk "Who is Allah".
- 38.200.000 untuk "What is Allah"

Berikut adalah beberapa petikan dari carian tersebut.

Allah (nama Muslim untuk satu-satunya Tuhan) [WordNet Search]

Allah adalah nama Arab, yang berarti Tuhan.

Allah adalah Maha Pencipta alam semesta, Semua makhluk.

Muslim percaya bahawa Allah adalah Tuhan daripada Adam, Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad. Dialah tempat semua orang mencari pertolongan-Nya ketika mereka menghadapi bencana dan tidak ada yang dapat membantu selain Dia. [What is Allah]

Etimologi

Perkataan الله (Allah)dalam bahasa Arab ; serumpun dengan bahasa Ibrani Eloh', El berasal dari Proto-Semitik * ʾ il-.

Penggunaan 

The Arabs: A HistoryOrang Arab umumnya menggunakan perkataan الله untuk merujuk kepada Tuhan dalam bahasa Yahudi, Kristian, dan dalam konteks Islam, penggunaan Allah dalam bahasa Inggeris saat ini selalu menghadkan istilah ini dalam konteks Islam sahaja.

Berbagai-bagai akhbar mengesyorkan perkataan Arab ini diterjemahkan sebagai Tuhan kerana hal ini lebih mencerminkan penggunaan di kalangan Arab, tetapi dalam konteks Islam istilah ini sering dibiarkan tanpa diterjemah . Jadi kita sama-sama dapat melihat penggunaan "Allah Maha Besar = Allah is great" atau "Tuhan Maha Besar = God is great" [الله#Arabic]

Dalam bahasa Arab, Allah secara harfiah bermaksud satu Allah. Hal ini cukup mudah untuk memahami bagaimana bahasa yang berbeza memberikan hal yang sama nama yang berbeza pula. Adakah sesuatu yang aneh mendengar seorang Muslim  memanggil Tuhan (God) nama lain, seperti "Allah", sementara anda menyebutnya Tuhan (God/Lord)?

Sesetengah orang yang tidak mempunyai fikiran; dalam dekad terakhir ini, semakin terlihat fenomena di internet dan dalam penerbitan. Allah dikatakan sebagai "dewa bulan" yang menjadi sembahan orang Arab, dan Kaabah (tempat suci Umat Islam di Bumi) adalah kuil-Nya. Bukti untuk teori ini adalah bulan sabit yang muncul di bahagian atas banyak masjid di seluruh dunia ditambah gambar rekaan "dewa bulan".

Gagasan ini sangat berbahaya. Jika anda yakin bahawa umat Islam menyembah berhala, maka perkara ini tidak berasas. [Who is Allah]

Perkataan "Allah" telah digunakan untuk nama "Tuhan/God" dalam Alkitab bahasa Arab untuk orang Yahudi dan Kristian. ... Kemudian jika anda memiliki Alkitab dalam Bahasa Arab, lihat di muka surat 1dalam Kejadian (Genesis), dan anda akan menemukan kata "Allah" sebanyak17 kali.

Di tempat lain, kita telah menunjukkan secara meyakinkan bahawa tuhan yang benar, "El" dari Alkitab adalah sama dengan "Allah" dari Quran. [Lies About Allah]

Palestine and the Arab-Israeli Conflict: A History with DocumentsAkidah yang paling asas seorang Muslim adalah keyakinan bahawa "Hanya ada Satu Tuhan," Maha Pencipta, Pemberi Rezeki- dikenali dalam Bahasa Arab dan oleh umat Islam sebagai Allah. Allah bukan dewa asing, atau benda. Penganut Kristian yang berbahasa Arab menggunakan perkataan yang sama untuk Yang Mahakuasa. [Allah (God) in Islam]

Definisi:

Secara harfiah diterjemahkan sebagai "Tuhan/God." Perkataan Allah ini ni dalam Bahasa Arab tiada bentuk jamak (plural), maskulin atau feminin. Ini menunjukkan Tuhan Yang Maha Esa, Pencipta Yang Maha Kuasa, Yang bukan lelaki atau perempuan.

Sebutan: All-ah

Juga Dikenali Sebagai: Tuhan [Islamic Glossary: Allah]

English Version: Searching for the definition of Allah on the Internet

Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, A Reflection, Munakahat, Artikel Sentral, Catatan Sekilas, Perkahwinan, NikahKahwin.Co.Cc, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online.

02 Januari 2010

"Nama Allah", cabaran pertama umat Islam tahun 2010



Pada 31 Disember 2009 umat Islam dikejutkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Yang Arif Hakim Dato' Lau Bee Lan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan akhbar The Herald untuk menggunakan perkataan "ALLAH" sebagai ganti nama "God" bagi penerbitannya dalam versi Bahasa Melayu. Keputusan ini telah mencetuskan satu polemik dan kontorversi di kalangan umat Islam di Malaysia.

Utusan Malaysia melaporkan, sekumpulan ahli daripada 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di hadapan Masjid Wilayah Persekutuan semalam bagi membantah keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan akhbar mingguan Gereja Katholik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

Mereka berkumpul selepas solat Jumaat dengan membawa sepanduk yang menentang keputusan berkenaan.

Antara NGO yang mengambil bahagian adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Negeri Perlis, Selangor dan Perak, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia dan Alumni UMNO Luar Negara.

Yang Dipertua Perkasa Negeri Perlis, Ameir Hassan berkata, sebagai orang Melayu beragama Islam yang sekian lama menggunakan kalimah Allah, mereka berasa tercabar dengan keputusan itu.

Majlis Fatwa Kebangsaan digesa segera bermesyuarat bagi memutuskan kekeliruan berhubung keputusan mahkamah membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, fatwa khusus perlu segera diwartakan bertujuan menghalang pihak tertentu mengeluarkan pendapat berbeza tanpa mengira sensitiviti agama Islam.

Menurut beliau, kerajaan juga perlu segera menggubal dan melaksanakan Akta Sekatan Pengembangan dan Dakyah Agama Lain ke atas orang Islam di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak kerana negeri-negeri lain sudah lama melaksanakannya.

"Mengapa empat negeri ini masih belum melaksanakannya? Sekiranya akta tersebut wujud, sudah tentu keadaan akan berbeza kerana akan menjadi suatu kesalahan jenayah jika menggunakan perkataan Allah untuk tujuan selain Islam sebagaimana yang diperuntukkan di negeri-negeri lain.

"Sistem perundangan kita juga perlu dikaji semula terutama dalam isu-isu yang membabitkan hal ehwal Islam termasuk perundangan dan syariatnya perlu dirujuk dan dibicarakan di Mahkamah Syariah," katanya dalam blog zul4kulim.blogspot.com di sini hari ini.

Tambah Zulkifli, kes itu seperti mengulang kes Natrah apabila kewibawaan dan kemuliaan agama Islam dicabar dan pada masa itu alasannya adalah kerana negara diperintah oleh British.

"Tapi apakah alasan sama kita boleh gunakan sekarang. Dalam keadaan kita memerintah, dalam keadaan umat Islam menguasai 135 kerusi Parlimen yang walaupun bukan dua pertiga tetapi merupakan majoriti mutlak.

"Ia sepatutnya membolehkan kita menentukan hala tuju agama Islam dan membela serta mempertahankan maruah agama kita," katanya.

Isu ini akan bertambah besar sekiranya pihak-pihak yang berkaitan tidak bijak menanganinya. Mudah-mudah-mudahan ia dapat diselesaikan secara aman.

Baca juga: Nama Allah Ternyata Bukan Isu Kepartian..
Click here for english version!


Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, Munakahat, Artikel Sentral, Catatan Sekilas, Perkahwinan, NikahKahwin.Co.Cc, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online.

15 November 2009

Kekuatan Doa


Dari kiri: Tok Penghulu, Ust Syamsul, Dr Muhd Kamil, Syafrein Effendiuz


Malam tadi Prof. DR MUHD KAMIL IBRAHIM berceramah di surau al-Islah, Taman Bertam Jaya, Cheng, Melaka. Beliau menceritakan pengalaman peribadi sebelum dan sesudah menunaikan ibadah haji pada tahun 2006.

Pengajaran ringkas yang dapat kita ambil adalah betapa kita sering mengabaikan doa, betapa kita tidak menyedari kekuatan dan keajaiban doa. Padahal kita mengetahui bahawa doa itu adalah otak ibadah.




Syafrein Effendiuz ialah editor di Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, dan Artikel Sentral. Selain Catatan Sekilas, dia juga mengelola, Manggis.Info, Usahawan Maya, Perkahwinan, Tokoh dan lain-lain.

23 Februari 2008

Multaqa Ulama' & Islam Hadhari

Multaqa Ulama' Negeri Melaka telah dilangsungkan pagi tadi dan berakhir jam 13:00 dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam. Dua orang pembentang kertas kerja, Dato Haji Nakhaaie Ahmad dan Prof Dato' Dr Mahmud Zuhdi bin Haji Abdul Majid, membicarakan perihal modal insan dan Islam Hadhari.

Saya akan menulis lebih lanjut berkenaan hal ini nanti ...




Syafrein Effendiuz ialah editor di Majalah.Dompas.net, Dompas Network, dan Artikel Sentral. Selain Catatan Sekilas, dia juga mengelola blog Usahawan Maya, Perkahwinan, Tokoh dan lain-lain.

15 November 2007

Menuju Madinah

Hari ini Syafrein Effendiuz dan isteri berangkat ke Madinah. Lapor diri di Kelana Jaya 22:30.

Kepada semua pembaca CS, kami mohon maaf jika ada tulisan-tulisan yang menyinggung mana-mana pihak. Mohon doa anda agar kami selamat pergi dan selamat pulang.
Terima kasih.

Menurut jadual yang diberikan, kami akan sampai ke KLIA pada 30 Disember 2007. Insya Allah.





Syafrein Effendiuz ialah editor di Majalah.Dompas.net, Dompas Network, dan Artikel Sentral, dan kini bekerjasama dengan Zubli Zainordin pengasas Sains dan Seni Jaya Diri, pengarang blog Total Happiness dan pengelola Book Project blog. Selain Catatan Sekilas, dia juga mengelola blog Usahawan Maya, Perkahwinan, Tokoh dan lain-lain.

27 Oktober 2007

Foto-foto Kursus Haji Perdana Melaka

Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam merasmikan Kursus Haji Perdana Peringkat Negeri Melaka, 26 Oktober 2007, 8:30 malam di masjid Al-'Alami, MITC Ayer Keroh Melaka.

Tansri Abdul Rahman Arshad (no. 2 dari kiri), mantan Pengarah ITM (UiTM), merupakan salah seorang peserta kursus.



Foto-foto oleh Syafrein Effendiuz






Syafrein Effendiuz ialah editor di Majalah.Dompas.net, Dompas Network, dan Artikel Sentral, dan kini bekerjasama dengan Zubli Zainordin pengasas Sains dan Seni Jaya Diri, pengarang blog Total Happiness dan pengelola Book Project blog. Selain Catatan Sekilas, dia juga mengelola blog Usahawan Maya, Perkahwinan, Tokoh dan lain-lain.

07 Oktober 2007

Malam ke-25 Ramadan 1428 Hijriyah


Foto ini diambil 40 menit sebelum maghrib semalam. Cuaca cerah. Angin sepoi-sepoi bahasa.

"Adakah ini petanda lailatulqadar?" begitulah terdetik di fikiran ramai orang yang menyaksikan cauca petang nan indah ini.

Terlepas dari itu semua, di masjid-masjid dan surau-surau, mereka meningkatkan amalan lebih dari biasa. Ada yang beriktikaf sambil mengerjakan amalan-amalan yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w.

Suasana malam ini memang hebat, tenang, damai sehingga hamba-Nya begitu bersemangat beribadah dan berdoa. Taqabbalallahuminkum!

Syafrein Effendiuz ialah editor di Majalah.Dompas.net, Dompas Network, dan Artikel Sentral, dan kini bekerjasama dengan Zubli Zainordin pengasas Sains dan Seni Jaya Diri, pengarang blog Total Happiness dan pengelola Book Project blog. Selain Catatan Sekilas, dia juga mengelola blog Usahawan Maya, Perkahwinan, Tokoh dan lain-lain.

31 Ogos 2007

Makna Merdeka

Merdeka adalah lepasnya sebuah negara dari belenggu penjajahan dalam konteks Malaysia (31/8/1957) dan Indonesia (17/8/1945). Singapura pula memisahkan diri dari Malaysia (9/8/1965) dan merayakan Hari Kebangsaan (National Day.)

Indonesia terpaksa berhempas pulas dengan menumpahkan darah untuk mencapai kemerdekaan. Dengan laungan Allahu Akbar dan senjata bambu runcing mereka berjuang mengusir penjajah Belanda yang cuba merebut kembali kepulauan Indonesia yang dijajah selama 350 tahun.

Malaysia pula berbangga dengan kebijaksanaan diplomasi Tunku Abdul Rahman dan rakan-rakan sehingga memperoleh kemerdekaan lebih awal dari yang dijangkakan tanpa menumpahkan darah.

Di ambang merdeka semalam Malaysia merayakan kembali detik-detik penurunan Union Jack dan mengibarkan Jalur Gemilang. Perdana Menteri YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengulangi kembali laungan "Merdeka" sebanyak tujuh kali.

Dalam ucapannya beliau mengulangi lagi pekikan merdeka kerana beliau ingin tahu sejauh mana semangat generasi muda kini. Hanya beliaulah yang boleh menilai siapa lebih hebat kerana beliau sendiri hadir menyaksikan Tunku Abdul Rahman melaungkan merdeka 50 tahun yang lalu.

Tentunya, semangat dan makna merdeka berbeza antara generasi 1957 dengan generasi 2007.

Ambang merdeka juga disambut di semua negeri di Malaysia. RTM telah mewawancara Menteri Besar Kelantan, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
perihal merdeka.

Perkataan merdeka (dalam bahasa Arab: al-Hurriyah, al-Istiqlal), menurut beliau tiada dalam al-Quran. Yang ada hanyalah Hidayat dan Taufiq. Begitulah sedikit yang dapat saya dengar. Kalau salah tolong betulkan.

Berbicara tentang merdeka ini, saya teringat akan ucapan Rub'i bin
Amir ketika berhadapan dengan Rustum, panglima pasukan Parsi:

إن الله ابتعثنا، لنخرج من شاء، من عبادة العباد إلى عبادة الله, ومن جور الأديانإلى عدل الإسلام، ومن ضيق الدنيا إلى سعة الدنيا والآخرة


"Allah mengutuskan kami, agar kami keluarkan (merdekakan)
manusia daripada mengabdikan diri pada sesama manusia kepada mengabdikan
diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan
daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat."


"Janganlah kamu menjadi hamba seseorang kerana Allah telah
menciptakan kamu dalam keadaan merdeka," demikian Ali bin Abi Thalib

Jelaslah bahawa merdeka yang sebenarnya, bebas dari belenggu perhambaan sesama manusia. Kita hanya mengabdi, memperhambakan diri kita kepada Ilahi. Mengabdi kepada Ilahi bererti patuh, taat, cinta dan kasih kita hanya untuk Dia. Ikutilah petunjukNya!

Manusia merdeka mampu berfikir dan bertindak untuk diri dan manusia seluruhnya tanpa
rasa takut kerana tiada yang perlu ditakutinya kecuali
Allah s.w.t.

Ketika manusia telah berikrar dengan dua kalimah syahadah secara sedar, maka dia telah memerdekakan dirinya. Tiada lagi ketakutan.

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku, hanya untuk Allah, Tuhan yang mengatur alam semestta," demikianlah ikrar kita lima kali sehari semalam. Suatu ikrar kemerdekaan!


Technorati Cosmos: other blogs commenting on this post

14 April 2007

Penulis "Ulama Nusantara" meninggal dunia

Inna liLlahi wainna ilaihi raji'un.

Penulis "Ulama Nusantara", Wan Muhammad Shaghir Abdullah meninggal dunia di kediamannya di Taman Melewar, Gombak, Kuala Lumpur hari Khamis pukul 10.50 pagi kerana serangan angin ahmar.

Anggota keluarga terdekat dan sahabat handai berada di sisinya ketika beliau menghembuskan nafas terakhir

Allahyarham yang berusia 62 tahun, meninggalkan isteri, Hamidiah Abdul Majid, 48, dan enam orang anak berusia antara 11 dan 25 tahun.

Beliau dilahirkan di Pulau Midai, Riau, Indonesia ini kini menjadi penduduk tetap Malaysia. Wan Mohd Shaghir, berasal dari keturunan ulama dengan datuknya, Syeikh Ahmad al-Fatani adalah ulama terbilang Nusantara. Ibunya berketurunan keluarga besar Syeikh Daud Abdullah al-Fatani.

Beliau seorang tokoh ilmuwan yang tidak asing dalam dunia manuksrip klasik Melayu, banyak menghabiskan hidupnya untuk menggali teks klasik tulisan ulama Nusantara.

Usaha beliau dalam menggali dan mengumpul khazanah itu bukan mudah. Pada usia 12 tahun lagi, beliau sudah mengembara ke seluruh Asia Tenggara bagi menghimpun khazanah itu.

Empat dekad mengembara, pelbagai ranjau dihadapi, kini penat jerih dan kesabarannya boleh dibanggakan.

Beliau kini memiliki beratus-ratus manuskrip asli sama ada dalam tulisan Jawi atau Arab. Ada antaranya berusia lebih 500 tahun dan tidak boleh didapati di mana-mana perpustakaan, muzium atau arkib di rantau ini.

Dalam usahanya itu, beliau berjaya menghasilkan 100 judul karya asli yang memaparkan biografi ulama, karya, pemikiran, sejarah perjuangan mereka termasuk membuat analisis terhadap mereka. Antaranya Sui dan Wali Allah; Fatwa Binatang Hidup Dua Alam; Syeikh Daud Abdullah al-Fatani Ulama dan Pengarang Terulung Asia Tenggara.

P.S: Saya sebenarnya telah lama berhasrat untuk menemui beliau, namun tidak kesampaian. Semoga Allah mencucuri rahmatnya kepada beliau ... al-Fatihah

31 Mac 2007

Salasilah Nabi Muhammad (s.a.w)

Umat Islam di Malaysia menyambut hari keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad (s.a.w), hari ini. Tradisi perarakan diteruskan. Di Melaka, misalnya, sejak pukul 8:00, lebih 100 kontinjen dari pelbagai jabatan kerajaan dan pertubuhan mulai berarak dari Stadium Hang Tuah hingga ke Masjid al-Azim sambil berselawat dan berkompang.

Ada baiknya kita telusuri salasilah Nabi Muhammad (s.a.w):

                        Qushayy
(lahir 400M)
|
+----------------------+----------------------+
| | |
'Abd'l-'Uzza 'Abd Manaf 'Abd'd-Dar
| (lahir 430M)
| |
| +----------+-----------+----------+
Asad | | | |
| Muttalib Hasyim Naufal 'Abd Syams
| (lahir 464M) |
Khuwailid | Umayya
| 'Abd'l-Muttalib |
+----+----+ (lahir 497M) Harb
| | | |
'Awwam Khadijah | Abu Sufyan
| | |
Zubair | Mu'awiya
|
+--------+----------+-------+--+-----------+----------+
| | | | | |
Hamzah 'Abbas 'Abdullah Abu Lahab Abu Talib Harith
(lahir 545M) |
| +----------+----------+
| | | |
MUHAMMAD 'Aqil 'Ali Ja'far
(lahir 570M) | |
| +---+---+
| | |
Muslim Hasan Husain


Dari Nabi Ibrahim (a.s)hingga ke Nabi Muhammad (s.a.w):

00 IBRAHIM
01 Isma'eel
02 Nabit
03 Yashjub
04 Tayrah
05 Nahur
06 Muqawwam
07 Udad
08 'Adnan
09 Mu'ad
10 Nizar
11 Mudar
12 Ilyas
13 Mudrika
14 Khuzayma
15 Kinana
16 Al Nadr (Al Quraysh)
17 Malik
18 Fihr
19 Ghalib
20 Lu'ayy
21 Ka'ab
22 Murra
23 Kilab
24 Qussayy (Real name: Zayd)
25 'Abdu Manaf (Real name: Al Mughira)
26 Hashim (Real name: 'Amr) as Banu Hashim
27 'Abdu Al Mutallib (Real name: Shaiba)
28 'Abdullah
29 MUHAMMAD saw


19 Februari 2007

Peristiwa Penting di Bulan Safar

Disusun Oleh Syafrein Effendiuz

Makna Safar

Safar bermakna 'sifar' (kosong). Ia merupakan bulan kedua
dalam kalendar Islam. Dalam bulan ini orang-orang Arab
dahulu biasanya meninggalkan rumah mereka menjadi kosong.
Ketika inilah mereka melakukan serangan, melaksanakan
pembalasan terhadap musuh-musuh mereka.

Peristiwa

Beberapa peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam
pada bulan ini antara lain:

  1. Perkahwinan Baginda saw dengan Khadijah binti Khuwailid r.a, ianya berlaku sebelum Nabi saw dilantik menjadi Rasul.

  2. Kebenaran berperang (2 Hijrah), peperangan pertama yang dihadiri oleh Rasulullah saw adalah 'Wudan' atau 'Abwak' bagi menentang kekufuran.

  3. Tragedi Ar-Raji', berlaku pada tahun ketiga Hijriyah (pendapat lain, 4 Hijriyah). Seramai tujuh orang sahabat Baginda saw diutus untuk mengajar agama Islam kepada kaum 'Udal dan Al-Qarah, tetapi mereka telah mengkhianati perutusan tersebut dengan melakukan serangan hendap di sebuah tempat persinggahan yang bernama Ar-Raji' di daerah 'Usfan (kawasan di antara Mekah dan Madinah).

    Di antara yang menyertai perutusan itu Khubaib bin 'Adiy, Marthad bin Abi Marthad Al Ghanawiy, 'Asim bin Thabit dan Zaid bin ad-Dathanah.

    Kesemua sahabat dibunuh di tempat serangan kecuali Khubaib bin 'Adiy yang dibawa ke Mekah dan dibunuh di sana. Beliau merupakan orang yang pertama menunaikan dua raka'at sunat sebelum dibunuh yang kemudiannya menjadi ikutan sunnah.

  4. Peperangan Bi'ru Ma'unah (4 Hijrah), di bawah pimpinan Al-Munzir bin 'Amr As Sa'idiy yang ditugaskan untuk berda'wah dan mengajar tentang agama Islam dan Al-Quran kepada Bani 'Amir disertai oleh 40 orang sahabat Baginda s.a.w.

  5. Pembukaan Khaibar (kubu orang Yahudi) pada tahun ketujuh Hijriyah, disertai juga oleh 20 orang sahabat wanita di antaranya Ummu Salamah, Safiyah binti Abd. Mutallib dan Ummu Aiman. Seramai 15 orang sahabat gugur syahid manakala di pihak Yahudi pula seramai 73 orang mati terbunuh. Orang Yahudi pada mulaannya merasakan bahawa mereka tidak boleh ditewaskan kerana keteguhan kubu, jumlah alat kelengkapan senjata dan bilangan mereka yang ramai.

  6. Peperangan Maraj Rahit pada tahun ke-13 Hijriyah di pinggiran bandar Damsyik, Syria di bawah pimpinan Khalid bin Al-Walid.

  7. Pelantikan 'Abd. Rahman Al Ghafiqiy sebagai Gabenor Andalusia pada tahun 113 Hijrah.

  8. Kewafatan panglima Islam Salahuddin Al-Ayyubiy pada 27 Safar 589 Hijrah.

  9. Kejatuhan Kerajaan Abbasiyah yanb berpusat di Baghdad ke tangan Tatar pada tahun 656 Hijriyah. Khalifah 'Abbasiah, Al-Mu'tasim Billah, terbunuh beserta ahli keluarganya, orang-orang kenamaan negara dan ratusan ribu orang Islam. Beribu-ribu kitab Islam musnah.

29 Januari 2007

Hari asyura'

Gambar: Cara Syiah menyambut asyura'

Oleh Syafrein Effendiuz
Hari asyura' adalah hari ke sepuluh bulan Muaharam. Banyak peristiwa penting terjadi pada 10 Muharam. Dalam buku Mukasyafatul Qulub, Imam al-Ghazali menuliskan beberapa peristiwa penting yang terjadi pada tarikh ini:
  1. Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
  2. Diciptakan Nabi Adam
  3. Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
  4. Diterima taubat Nabi Adam a.s.
  5. Hari kelahiran Nabi Ibrahim
  6. Hari bebasnya Nabi Ibrahim dari bahaya unggun api Raja Namrud
  7. Hari kemenangan Nabi Musa dan pengikutnya
  8. Tenggelamnya Fir'aun
  9. Hari kelahiran Nabi Isa
  10. Hari Nabi Isa diangkat ke langit
  11. Nabi Idris diangkat ke tempat yang mulia
  12. Nabi Nuh selamat mendaratkan kapalnya di atas bukit Judy
  13. Nabi Sulaiman mendapat kerajaan luar biasa
  14. Nabi Yunus keluar dengan selamat dari dalam perut ikan Nun
  15. Nabi Yaakub yang buta dapat melihat semula
  16. Nabi Yusuf dikeluarkan dari telaga buta
  17. Nabi Ayub sembuh dari penyakit yang mengancam jiwa
  18. Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi
  19. Terbunuhnya Sayyidina Husein (cucu Nabi) di Karbala'.
Orang Melayu menyambut asyura' dengan memasak bubur asyura. Bubur asyura ini berbeza mengikut negeri.

Di Jawa, bulan Muharam disebut bulan Suro. Mungkin perkataan suro ini berasal dari asyura. Orang Jawa menyambutnya dengan berbagai-bagai kegiatan: ada yang membuat persembahan wayang kulit semalam suntuk, tirakatan, memandikan pusaka-pusaka seperti keris dan tombak, dan sebagainya.

Bulan Suro juga dianggap "gawat". Mereka menghindari bulan tersebut kerana takut celaka atau mendapat sial.

Penganut Syi'ah memperingati 10 Muharam kerana pada hari inilah terbunuhnya Husein bin Ali bin Abi Talib dalam peperangan dengan rejim Yazid bin Mu'awiyah di Karbala, Iraq pada tahun 61 Hijriyah (20 Oktober 680 M). Jenazah Husein diperlakukan dengan cara yang sangat kejam.

Oleh itu, penganut Syiah menetapkan 10 Muharam sebagai hari berkabung. Mereka memperingatinya dengan melakukan penyeksaan pada diri sendiri sehingga berlumuran darah. Warga Syiah memukuli badan mereka dengan rantai dan pedang untuk meratapi kesyahidan Imam Husein.

Sebahagian pemimpin Syiah tidak menggalakkan cara ini kerana ia akan memberikan gambaran buruk dan mundur terhadap penganutnya. Sesetengah pemimpin Syiah menggalakkan mereka untuk menderma darah.

Kematian Husein bagi penganut Syiah bukan sahaja sebagai syahid, tetapi juga sebagai tanda perlawanan terhadap sebarang bentuk pengkhianatan, ketidakadilan, penindasan dan kekejaman penguasa.

Cara yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w. pada hari ini adalah dengan berpuasa.

"Barangsiapa melapangkan (meringankan, memberi) keluarganya dan ahlinya pada hari asyura, maka Allah akan memberikan kelapangan pula kepadanya dalam waktu tahun yang bersangkutan." (Riwayat Baihaqi).

"Hari ini adalah hari Asyura', dan Allah tidak mewajibkannya atas kalian. Siapa yang mau silahkan berpuasa, yang tidak juga boleh meninggalkannya." (Diriwayatkan oleh Mu'awiyah)

Kalangan mazhab Hanafi berpendapat bahawa puasa yang diwajibkan pertama kali atas umat Islam adalah puasa asyura'. Setelah datang Ramadan asyura' dimansukhkan (dibatalkan). Pendapat ini berdasarkan hadis Ibn Umar dan Aisyah ra.:

Diriwayatkan dari Ibn 'Amr r.a. bahawa Nabi s.a.w. telah berpuasa hari asyura' dan memerintahkannya (kepada umatnya) untuk berpuasa pada hari itu. Dan ketika datang Ramadan maka beliau tinggalkan puasa asyura', Abdullah (Ibnu 'Amr) juga tidak berpuasa". (Riwayat Bukhari).

"Diriwayatkan dari Aisyah r.a., bahawa orang-orang Quraisy biasa melakukan puasa asyura' pada masa jahiliyah. Kemudian Rasulullah memerintahkan untuk berpuasa hari asyura' sampai diwajibkannya puasa Ramadan. Dan Rasul berkata, barang siapa ingin berpuasa asyura' silahkan berpuasa, jika tidak juga tak apa-apa". (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Rasulullah biasa melakukan puasa asyura' sejak sebelum hijrah dan terus diamalkan selepas hijrah. Ketika hijrah ke Madinah beliau mendapati orang-orang Yahudi sedang berpuasa (asyura'), beliau pun ikut berpuasa seperti mereka dan manyerukan kepada ummatnya untuk melakukan puasa itu.

Ibn Abbas r.a. meriwayatkan, ketika Nabi s.a.w. sampai di Madinah, beliau melihat orang-orang Yahudi sedang melakukan puasa Asyura', lalu beliau bertanya: "(Puasa) apa ini?" Mereka menjawab: "Ini adalah hari Nabi Saleh a.s., hari di mana Allah s.w.t. memenangkan Bani Israel atas musuh-musuhnya, maka lantas Musa a.s. melakukan puasa pada hari itu." Lalu Nabi s.a.w.
berkata: "Aku lebih berhak atas Musa daripada kalian." Lantas beliau melaksanakan puasa tersebut dan memerintahkan (kepada sahabat-sahabatnya) berpuasa. (Riwayat Bukhari). Wallahu a'lam.

20 Januari 2007

1 Muharam 14 28 Hijriyah

Setelah disibukkan oleh beberapa hal, termasuk banjir yang melanda, baru hari ini CS dapat menulis. CS mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijriyah 1428.

Semalam CS mengikuti acara di surau: baca Yasin, doa akhir tahun (sebelum maghrib), doa awal tahun (selepas maghrib) dan ceramah.

Pagi ini CS menerima email dari Shafini Ashraq, Presint 11, Putra Jaya, juga mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah. Bukan itu saja, dia juga menulis tentang peristiwa Hijrah:

[Petikan mula]
MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Peristiwa-peristiwa penting:

1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.


Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.
[Petikan tamat]