22 Januari 2004

GONG XI FA CAI, KERA & ANGGOTA POLIS

Pada tahun baru Cina ini, Utusan Malaysia menyiarkan berita yang tidak enak dibaca:

Pertama,
Empat anggota polis ditahan setelah dipercayai terlibat merogol secara bergilir-gilir seorang wanita warga Indonesia di Jalan Mahmoodiah Johor Bahru, awal pagi semalam.

Kedua,
Seorang daripada dua perompak yang ditembak mati di Alliance Bank cawangan Taman Yayasan, Jalan Buloh Kasap, Segamat, disahkan sebagai Cif Inspektor Ahmad Shukri Hamid.

Sempena tahun kera ini, saya teringat kejadian seminggu yang lalu perihal tiga ekor kera yang bermain-main di pinggir jalan Simpang Bertam -- Masjid Tanah, di hadapan Pusat Latihan Rela.

Seekor di antaranya mati dilanggar kenderaan yang lalu di situ. Ketika saya melalui tempat itu, saya melihat pemandangan yang sungguh mengharukan. Salah seekor kera itu memegang ekor kera yang mati di tengah jalan dan mengheretnya ke pinggir jalan.

Begitulah perihal peri kebinatangan yang membela nasib kawan-kawan. Tapi aneh, seorang anggota polis yang diberi amanah menjaga ketenteraman awam tidak menjalankan amanah tersebut. Harapkan pagar, pagar makan tanaman.