Memaparkan catatan dengan label pendidikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pendidikan. Papar semua catatan

06 April 2008

Lawatan ke Zoo Melaka bersama pelajar UiTM kampus Melaka

Hari ini saya mengiringi pelajar-pelajar UiTM kampus Melaka yang mengambil kursus HKR221. Bukan untuk melawat haiwan-haiwan di sana, tetapi melakukakan kerja-kerja kebajikan.


Pelajar-pelajar tiba di ZooMelaka 9:30 pagi


Berkumpul di pekarang Zoo


Bersama Ustazah Norain



Menunggu taklimat

Masih banyak lagi foto ... tunggu ...





Syafrein Effendiuz ialah editor di Majalah.Dompas.net, Dompas Network, dan Artikel Sentral. Selain Catatan Sekilas, dia juga mengelola blog Usahawan Maya, Perkahwinan, Tokoh dan lain-lain.

13 Ogos 2007

Konvo dan E-Skroll

Waktu terlalu cepat berlalu. Ogos tahun lalu kami menghadiri konvo anak kami Warith di Unimas (Fakulti Perubatan). Ogos tahun ini anak kedua pula menyusul, Walid di MMU Cyberjaya (FIT - Software Engineering).

Walid hari ini menerima e-skrol (e-scroll) dari Tun Dr Siti Hasmah Hj Mohd Ali, Canselor MMU.

MMU merupakan universiti yang pertama di dunia menganugerahkan e-skrol kepada graduannya yang ditandatangani secara digital. Ia disimpan di dalam CD-ROM dan direkodkan di dalam kad pintar yang berasaskan mikrocip.

Para graduan boleh mengepilkan e-skrol mereka ketika mengajukan permohonan 'on-line' sebagai menggantikan skrol kertas.

Pada skrol kertas, tandatangan asal penandatangan skrol diperlukan dan belum tentu dapat dijamin kesahihannya. Ia boleh diubah pada bila-bila masa sahaja. Tetapi dokumen yang ditandatangani secara digital seperti e-skrol menggunakan teknologi kekunci kriptografi umum. Teknologi ini dapat menjamin kesahihan sepenuhnya e-skrol MMU. Hanya penandatangan asal e-skrol yang boleh mengubahnya.

Jika calon majikan ingin memeriksa kesahihan e-skrol, mereka bolehlah melawat laman Pendaftar Graduan (http://registry.mmu.edu.my).

Dengan adanya sistem ini MMU mampu menghindarkan pemalsuan dokumen sekaligus menerajui sistem pentadbiran elektronik di Malaysia. Tahniah Walid. Tahniah MMU.