Memaparkan catatan dengan label Profil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Profil. Papar semua catatan

13 Februari 2011

Datuk Malek Noor menziarahi Bujang Taha

PERTEMUAN dua bekas jaguh bina badan negara, Datuk Malek Noor (kanan) yang menziarahi Bujang Taha yang rumahnya musnah dalam kebakaran baru-baru ini, di Kampung Tanjung, dekat Petra Jaya, Kuching, 13 Feb. Utusan/AMIR HAFIZ ABD RAHMAN

Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, Munakahat, Artikel Sentral, Catatan Sekilas, Perkahwinan, NikahKahwin.Co.Cc, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online.

21 November 2009

Penyair Baghdad: Nabeel Yasin


Foto: Nabeel Yasin dan Georgie Weedon


Pagi tadi aku sempat menonton "Witness" Al-Jazeera berjudul The Poet of Baghdad menampilkan sosok Nabeel Yasin.

Nabeel Yasin melarikan diri dari tanah airnya bersama isteri, Nada, dan anaknya yang berusia tiga tahun kerana dia telah menerbitkan puisi yang tidak sesuai dengan pandangan Saddam Hussein dan rezimnya, termasuk hasil karya, Si Penyair Menyindir Raja.

Telah dicap sebagai 'musuh negara', Yasin berdepan dengan ancaman penjara dan kemungkinan menghadapi kematian jika dia tetap di Iraq. Dia terus menulis dan menerbitkan puisi dari pengasingan di UK, karya-karyanya diseludupkan kembali ke Iraq, mereka menjadikannya simbol perlawanan popular.


Nabeel Yasin bersama Jo Tatchell

Sebelum menetap di UK, hidupnya berpindah randah, dari Lubnan ke Jerman, terus ke Cyprus, Syria kembali semula ke Lubnan. Begitulah lingkaran kehidupannya. "Tanah airku adalah beg pakaianku," katanya.

Nabeel's Song: A Family Story of Survival in Iraq,"Kini sang penyair Iraq itu sedang mempersiapkan diri untuk posisi perdana menteri dalam pilihan raya Iraq mendatang.

Georgie Weedon telah memfilemkan kisah Yasin bertajuk, The Poet of Baghdad (Si Penyair Baghdad.)

Penulis Jo Tatchell telah menulis sebuah buku, "Nabeel's Song tentang Yasin dan keluarganya.


Syafrein Effendiuz ialah editor di Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, dan Artikel Sentral. Selain Catatan Sekilas, dia juga mengelola, Manggis.Info, Usahawan Maya, Perkahwinan, Tokoh dan lain-lain.

14 April 2007

Penulis "Ulama Nusantara" meninggal dunia

Inna liLlahi wainna ilaihi raji'un.

Penulis "Ulama Nusantara", Wan Muhammad Shaghir Abdullah meninggal dunia di kediamannya di Taman Melewar, Gombak, Kuala Lumpur hari Khamis pukul 10.50 pagi kerana serangan angin ahmar.

Anggota keluarga terdekat dan sahabat handai berada di sisinya ketika beliau menghembuskan nafas terakhir

Allahyarham yang berusia 62 tahun, meninggalkan isteri, Hamidiah Abdul Majid, 48, dan enam orang anak berusia antara 11 dan 25 tahun.

Beliau dilahirkan di Pulau Midai, Riau, Indonesia ini kini menjadi penduduk tetap Malaysia. Wan Mohd Shaghir, berasal dari keturunan ulama dengan datuknya, Syeikh Ahmad al-Fatani adalah ulama terbilang Nusantara. Ibunya berketurunan keluarga besar Syeikh Daud Abdullah al-Fatani.

Beliau seorang tokoh ilmuwan yang tidak asing dalam dunia manuksrip klasik Melayu, banyak menghabiskan hidupnya untuk menggali teks klasik tulisan ulama Nusantara.

Usaha beliau dalam menggali dan mengumpul khazanah itu bukan mudah. Pada usia 12 tahun lagi, beliau sudah mengembara ke seluruh Asia Tenggara bagi menghimpun khazanah itu.

Empat dekad mengembara, pelbagai ranjau dihadapi, kini penat jerih dan kesabarannya boleh dibanggakan.

Beliau kini memiliki beratus-ratus manuskrip asli sama ada dalam tulisan Jawi atau Arab. Ada antaranya berusia lebih 500 tahun dan tidak boleh didapati di mana-mana perpustakaan, muzium atau arkib di rantau ini.

Dalam usahanya itu, beliau berjaya menghasilkan 100 judul karya asli yang memaparkan biografi ulama, karya, pemikiran, sejarah perjuangan mereka termasuk membuat analisis terhadap mereka. Antaranya Sui dan Wali Allah; Fatwa Binatang Hidup Dua Alam; Syeikh Daud Abdullah al-Fatani Ulama dan Pengarang Terulung Asia Tenggara.

P.S: Saya sebenarnya telah lama berhasrat untuk menemui beliau, namun tidak kesampaian. Semoga Allah mencucuri rahmatnya kepada beliau ... al-Fatihah

24 April 2006

Tun Abdul Ghafar Baba telah tiada ...

Mantan Timbalan Perdana Menteri, al-Marhum Tun Abdul Ghafar Baba telah selamat disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara dengan penuh istiadat pengebumian pembesar negara.

Saya mengucapkan takziah kepada keluarga beliau di atas kembalinya al-Marhum pada 23hb April 2006 ( 24 Rabiul Awal 1427).

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh al-Marhum. Amin!

Berita terkait:

29 Ogos 2005

Aa Gym berkunjung ke Malaysia

Akhirnya Aa Gym muncul di TV1, Malaysia, jam 9:00 tadi. Mungkin namanya belum begitu dikenali di Malaysia, tapi di Indonesia nama Abdullah Gymnastiar alias Aa Gym memang ngetop dengan pendekatan dakwahnya yang menyejukkan. Beliau mempunyai rangkaian TV, radio, sekolah dan perniagaan, terkenal dengan 'Manajemen Qalbu'. Beliau juga termasuk tiga orang tokoh Islam yang ingin ditemui oleh Presiden Bush ketika berkunjung ke Bali semasa pemerintahan Presiden Megawati Sukarnoputri. Untuk mengetahui biodata ringkasnya klik di sini.

Di TV1 Aa Gym berbicara tentang 3A yakni konsep membentuk seorang muslim yang aman bagi diri sendiri, orang lain dan persekitaran. Beliau juga menyentuh cara pendekatan dakwah 3M, iaitu (1) mulai dari diri (2) mulai dari yang kecil (3) mulai dari saat ini (sekarang juga).

Setelah wawancara di TV1, beliau kemudian diwawancara oleh Hj Ismail Noor (Jakim) melalui Nasional.FM pada jam 11.42 hingga 11.58. Beberapa topik diajukan, antara lain: menghayati nilai kemerdekaan, wanita Islam, jihad, ancaman aqidah/ajaran sesat.

Aa Gym menjelaskan pelbagai sisi penjajahan: penjajahan budaya, penjajahan informasi, penjajahan harta dan nafsu. "Tapi yang paling penting adalah merdeka dari nafsu," tegasnya.

Merdeka itu, katanya, sebuah nikmat. Namun nikmat itu baru dapat dirasakan kalau kita bersyukur bahawa diri kita ini adalah titipan Allah. Bersyukur dengan keadaan diri kerana melihat ada orang lain yang lebih menderita. Bersyukur kerana orang yang sebelum kita telah berjuang untuk kemerdekaan. Bersyukur dengan sentiasa ingat dan mendekati Allah swt. Nikmat itu bergantung kepada syukur. Orang yang tidak bersyukur, tidak dapat merasakan nikmat Allah.

Jihad adalah usaha yang bersungguh-sungguh (1) kita mesti memperbaiki diri sendiri terlebih dahulu, kemudian (2) keluarga dan seterusnya (3) membantu persekitaran kita.

Islam amat menghormati wanita. Oleh itu suami bertanggungjawab mencerdaskan isteri.

Berkenaan dengan generasi muda yang dikatakan suka berhibur, Aa Gym menyatakan bahawa mereka memerlukan keteladanan (public figure), model atau idola. Oleh itu tugas pemimpin adalah mencari model yang dapat menjadi ikutan generasi muda.

Untuk menyekat ancaman ajaran sesat, Aa Gym menegaskan bahawa pendakwah mestilah kreatif dan innovatif sehingga menarik minat orang yang mendengarnya. Misalnya, penjual durian walaupun duriannya bagus, tetapi cara menjualnya tidak menarik, tidak akan laku. Sebaliknya, jika penjual itu dapat menarik perhatian pelanggan, walaupun duriannya busuk, pembeli tetap tertarik.

Malam ini beliau berangkat ke Penang dan akan memberi ceramah di Dewan Millenium, Kepala Batas.

Aa Gym mempunyai Aura yang kuat dan menyampaikan siraman dakwah yang menyejukkan. Auranya terasa juga ketika beliau berdoa di akhir rancangan tersebut. Maka tidak hairanlah jika Perdana Menteri Malaysia menjemput beliau, mungkin, dalam usaha menjelaskan Islam Hadhari.

Pautan:
-KH Abdullah Gymnastiar Tawarkan Damai dan Manajemen Qalbu
-MQ Aa Gym
-CyberMQ
-Tokoh: Abdullah Gymastiar