Catatan berikut merupakan surat saya kepada ruangan forum Utusan Malaysia yang tidak dapat disiarkan.
Saya ingin merujuk dua rencana di Pancaindera, 24 September 2006 (1) Inspirasi Perjuangan" (ms 12) dan (2) "Gosip naikkan populariti Ratu" (ms 25). Kedua-dua tulisan itu merupakan penulisan "cut and paste" sama ada diambil melalui laman web atau kenyataan akkbar syarikat rakaman berkenaan.
Kita boleh membandingkan rencana mengenai Iwan Fals (ms 12) dengan kenyataan akhbar Musica Studio. Hanya beberapa perkataan saja yang diubah seperti "Sosok" menjadi "Tubuh". Malangnya terjemahan ini tidak sesuai dan sangat mengelirukan. "Sosok" di sini bukan bermakna tubuh secara fizikal, tetapi maknanya lebih menjurus kepada (dalam bahasa Inggeris) "appearance" dan "figure".
Dalam rencana kedua (ms 25) juga jelas bahawa penulisnya menyalin bulat-bulat dari tulisan asalnya. "Kebanjiran job",dan "suskses" memang biasa digunakan di Indonesia.
Saya juga sering mengesan tulisan-tulisan dari wakil Utusan di Jakarta juga diambil dari akhbar dan majalah Indonesia. Ini memang kerja senang dan pantas, tak perlu terjun ke lokasi untuk membuat laporan. Lagi pun, "siapa yang tahu?"
Anggapan ini salah, pembaca semakin hari semakin bijak dan mereka boleh mengkases pelbagai maklumat melalui internet. Jadi jika wartwan ingin meningkatkan mutu penulisan mereka mestilah berusaha lebih daripada sekadar menjadi wartawan "cut and paste".
Salah satu contoh penulisan tanpa membuat penyelidikan adalah rencana tentang lagu "Kisah Seorang Biduan" beberapa waktu yang lalu. Rencana tersebut menyatakan bahawa lirik lagu tersebut karya Dhalan Zainuddin. Sebenarnya lagu tersebut asalnya dinyanyikan oleh Bimbo, kumpulan dari Bandung yang terkenal tahun 70-an. Judul lagu asal lagu itu adalah "Balada Seorang Biduan". Kerana ketika itu orang Melayu belum mesra dengan perkataan "balada", maka ditukar menjadi "kisah dan perkataan 'sendu" ditukar menjadi "sedih".
Di akhbar berbahasa Melayu yang lain, saya juga mengesan perkara serupa. Orang ramai menganggap penyanyi asal lagu "Gadis Melayu" ialah Othman Hamzah padahal lagu itu dinyanyikan oleh Ahmad Albar dari Indonesia. Ramli Sarip ada juga menyanyikan lagu Ahmad Albar yakni "Zakia" selain lagu-lagu Ebiet G Ade seperti "Camelia".
Sepatutnya wartawan mendedahkan perkara ini dengan membuat penyelidikan dulu sebelum menulisnya bukan sekadar "cut and paste" dan menerima bulat-bulat kenyataan akhbar syarikat rakaman.
Pautan:
Memaparkan catatan dengan label muzik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label muzik. Papar semua catatan
03 Oktober 2006
17 Ogos 2005
Wajah penyanyi Gadis Melayu yang asli
INILAH wajah penyanyi Gadis Melayu yang asli. Namanya Ahmad Albar, lelaki kelahiran Surabaya, 16 Juli 1946 (dah tua, 59 tahun, tapi tetap handsome ) yang hingga kini masih menjadi ikon di Indonesia).Lagu-lagu ciptaan Albar sempat menduduki anak tangga di Belanda, seperti "Don’t Spoil My Day" dan "Tell Me The World" yang ia nyanyikan bersama Clover Leaf tahun 1970. Selepas 8 tahun di Belanda dia kembali ke Indonesia membentuk kumpulan rock God Bless, 1973.
Dalam rancangan Destinasi Dunia, M Nasir pun menyaksikan konsert kumpulan ini. Nak tau lebih lanjut sila klik di sini.
Ahmad Albar pernah merakamkan album rock dangdut, di antara lagunya adalah "Zakia", "Gadis Melayu" yang kemudian dipopularkan pula oleh Othman Hamzah.
Di Malaysia, Life Recorod menerbitkan album "God Bless Vs Search" yang memuatkan semula lagu Gadis Melayu. Antara lagu dalam album ini adalah:1. Semut Hitam- Achmad Albar (God Bless)
2. Gadis Melayu- Achmad Albar (God Bless)
3. Zakia- Achmad Albar (God Bless)
4. Raja Kumbang- Achmad Albar (God Bless)
5. Rumah Kita- Achmad Albar (God Bless)
6. Balada Pemuzik Jalanan- O/A Search
7. Langit Dan Bumi- O/A Search
8. Isabella- O/A Search
9. Nur Nilam Sari- O/A Search
10. Kejoraku Bersatu- O/A Search
Pautan:
-Achmad Albar, Sang Ikon
-Penyanyi Asal Gadis Melayu
16 Ogos 2005
Mawi disambut meriah di kampungnya
MERIAH: Mawi disambut sebaik tiba di kampungnyadi Felda Taib Andak, Kulai, Johor
petang semalam. Selanjutnya>>>
Berikut ini saya petik tulisan Alavano dalam forum MawiFC:
Berjumpa dgn doktor yg mengkhatankan Mawi
Saya baru jer pulang dari program persediaan pelajar baru ke Ireland 2005 di PWTC..program ni atas anjuran Kelab Umno luarnegara untuk pelajar2 perubatan ke ireland yang memegang biasiswa MARA,Petronas dan JPA...ada lebih kurang 200 pelajar yang menyertainya...
...yer mmg saya...sebelum mengkhatankan Mawi saya berkata kepada dia, saya berharap agar dia menjadi seorang insan yang hebat di masa hadapan....kini dia antara 2 permata dari johor selain Amalina Che Bakri (17A1)...
Saya berbangga dgn dia dan saya berhabis beribu-ribu ringgit utk menyokongnya...dia seorang penyanyi ikon yg bagus dan perlu disokong"...semua pelajar terdiam ketika mendengar kenyataan dari beliau termasuk saya....saya sgt terharu pada masa tu...siapa kata peminat mawi tidak bijak dan bukan dari golongan professional?....
07 Ogos 2005
Mawi "World" sapu bersih tiga gelaran juara
Malam tadi Mawi menerima tiga gelaran juara di stadium Malawati Shah Alam: (1) Juara Akademi Fantasia 3 (2) Anugerah Vokal Terbaik dan (3)Persembahan Terbaik. Dua anugerah terakhir ini pertama kalinya diperkenalkan oleh Astro yang menimbulkan tanda tanya penggemar AF3, terutama penyokong Mawi. Kedua anugerah ini seolah-olah pihak Astro tidak dapat menerima Mawi ditangga teratas sekaligus dia tidak layak menerima gelaran juara. Kemungkinan juga Astro mengambil kesempatan untuk mengaut untung dari sms pengundi.Anggapan seperti ini bukannya tidak beralasan kerana selepas saja konsert ke-9, peratusan undi tidak diumumkan. Begitu pula Diari AF banyak mengetengahkan Marsha sehingga penonton merasakan Astro tidak berlaku adil kepada penyokong-penyokong pelajar AF3 yang lain. Pada minggu terakhir nampak jelas Amylea tidak diberi perhatian sewajarnya.
Ternyata tindakan Astro ini membuat penyokong Mawi naik geram dan mereka melepaskan geram itu dengan undian yang akhirnya Mawi berjaya membolot tiga anugerah. Mawi memperoleh 58% undi, Felix 30%, Amylea 8%, dan Marsha 4%. Bahkan ada penonton yang sebelum ini tidak pernah mengundi tiba-tiba tertarik untuk mengundi Mawi kerana geram dengan cara Astro yang dinilai tidak adil.
Pautan:
-Mawi juara AF3
-Berakhirkah fenomena Mawi?
-Mawi sapu bersih AF3
-Mawi yang lugu ... popular mendadak!
06 Ogos 2005
Siapa Juara?

GAYA TERSENDIRI...Empat finalis Akademi Fantasia 3 (dari kiri) Mawi, Marsha, Amylea dan Felix dengan persembahan masing-masing pada raptai konsert akhir di Stadium Malawati, Shah Alam, malam tadi. Selanjutnya>>>
Penyanyi Asal Gadis Melayu
Penyanyi asal Gadis Melayu ialah penyanyi Indonesia, Ahmad Albar, kemudian dinyanyikan oleh Othman Hamzah dari Singapura. Lagu Kudaku Lari asalnya dinyanyikan oleh Elly Kasim (penyanyi Indonesia yang terkenal dengan lagu Ayam Den Lapeh).
Berikut ini sebahagian kecil senarai lagu-lagu Indonesia yang dinyanyikan semula oleh penyanyi Malaysia:

Gadis Melayu (Ahmad Albar
) dinyanyikan semula oleh Othman Hamzah/Jamal
Kudaku Lari (Elly Kasim) dinyanyikan semula oleh Sharifah Aini
Abang Beca (Bimbo) dinyanyikan semula oleh Dhalan Zainuddin/Broery
Mata (Bimbo) dinyanyikan semula oleh Jalil Hamid
Cinta Kilat (Bimbo) dinyanyikan semula oleh Dhalan Zainuddin/Broery
Sendiri Lagi (Bimbo) dinyanyikan semula oleh Dhalan Zainuddin
Ballada Seorang Biduan (Bimbo) dinyanyikan semula oleh Dhalan Zainuddin (tajuknya ditukar menjadi Kisah Seorang Biduan)
Pautan:
-Wajah penyanyi Gadis Melayu yang asli
-Pengaruh Indonesia dalam Muzik dan Filem Malaysia (1)
-Pengaruh Indonesia dalam Muzik dan Filem Malaysia (2)
-Pengaruh Indonesia dalam Muzik dan Filem Malaysia (3)
-Bukan Perempuan Biasa
-Rossa begitu tegar
Berikut ini sebahagian kecil senarai lagu-lagu Indonesia yang dinyanyikan semula oleh penyanyi Malaysia:
Gadis Melayu (Ahmad Albar
Kudaku Lari (Elly Kasim) dinyanyikan semula oleh Sharifah Aini
Abang Beca (Bimbo) dinyanyikan semula oleh Dhalan Zainuddin/Broery
Mata (Bimbo) dinyanyikan semula oleh Jalil Hamid
Cinta Kilat (Bimbo) dinyanyikan semula oleh Dhalan Zainuddin/Broery
Sendiri Lagi (Bimbo) dinyanyikan semula oleh Dhalan Zainuddin
Ballada Seorang Biduan (Bimbo) dinyanyikan semula oleh Dhalan Zainuddin (tajuknya ditukar menjadi Kisah Seorang Biduan)
Pautan:
-Wajah penyanyi Gadis Melayu yang asli
-Pengaruh Indonesia dalam Muzik dan Filem Malaysia (1)
-Pengaruh Indonesia dalam Muzik dan Filem Malaysia (2)
-Pengaruh Indonesia dalam Muzik dan Filem Malaysia (3)
-Bukan Perempuan Biasa
-Rossa begitu tegar
02 Ogos 2005
Rossa begitu tegar
Malam Isnin Rossa manggung di Planet Hollywood Kuala Lumpur. Promosi yang dilakukannya juga begitu 'tegar'. Ahad dia muncul dalam rancangan Melody TV3 sebagai hos tamu mendampingi Wahid. Hari ini sekali lagi dia tampil dalam program MHI TV3. Ally Iskandar bertanya pasal penyanyi yang 'versatile'. "Apa maksudnya?" Rossa tergamam. Rupanya istilah 'versatile' tidak biasa digunakan di Indonesia. Mereka biasa menggunakan 'serba bisa'.Rossa terkenal dengan lagunya berjudul 'Tegar' beberapa tahun lalu. Sejak itu kita biasa mendengar perkataan 'tegar' ini digunakan oleh menteri-menteri dan juga media. Yang paling sering kita dengar adalah "Kemiskinan tegar". Apakah isitilah ini sesuai? Yang jelas satu lagi pengaruh Indonesia melanda kita.
Di Indonesia tegar digunakan berkaitan dengan (1) hati (tegar hati, keras kepala, obdurate), (2) kukuh, mantap, steadfast.
Pautan:
-Pengaruh Indonesia dalam Muzik dan Filem Malaysia (1)
-Pengaruh Indonesia dalam Muzik dan Filem Malaysia (2)
-Pengaruh Indonesia dalam Muzik dan Filem Malaysia (3)
-Bukan Perempuan Biasa
Langgan:
Catatan (Atom)