29 Ogos 2005

Aa Gym berkunjung ke Malaysia

Akhirnya Aa Gym muncul di TV1, Malaysia, jam 9:00 tadi. Mungkin namanya belum begitu dikenali di Malaysia, tapi di Indonesia nama Abdullah Gymnastiar alias Aa Gym memang ngetop dengan pendekatan dakwahnya yang menyejukkan. Beliau mempunyai rangkaian TV, radio, sekolah dan perniagaan, terkenal dengan 'Manajemen Qalbu'. Beliau juga termasuk tiga orang tokoh Islam yang ingin ditemui oleh Presiden Bush ketika berkunjung ke Bali semasa pemerintahan Presiden Megawati Sukarnoputri. Untuk mengetahui biodata ringkasnya klik di sini.

Di TV1 Aa Gym berbicara tentang 3A yakni konsep membentuk seorang muslim yang aman bagi diri sendiri, orang lain dan persekitaran. Beliau juga menyentuh cara pendekatan dakwah 3M, iaitu (1) mulai dari diri (2) mulai dari yang kecil (3) mulai dari saat ini (sekarang juga).

Setelah wawancara di TV1, beliau kemudian diwawancara oleh Hj Ismail Noor (Jakim) melalui Nasional.FM pada jam 11.42 hingga 11.58. Beberapa topik diajukan, antara lain: menghayati nilai kemerdekaan, wanita Islam, jihad, ancaman aqidah/ajaran sesat.

Aa Gym menjelaskan pelbagai sisi penjajahan: penjajahan budaya, penjajahan informasi, penjajahan harta dan nafsu. "Tapi yang paling penting adalah merdeka dari nafsu," tegasnya.

Merdeka itu, katanya, sebuah nikmat. Namun nikmat itu baru dapat dirasakan kalau kita bersyukur bahawa diri kita ini adalah titipan Allah. Bersyukur dengan keadaan diri kerana melihat ada orang lain yang lebih menderita. Bersyukur kerana orang yang sebelum kita telah berjuang untuk kemerdekaan. Bersyukur dengan sentiasa ingat dan mendekati Allah swt. Nikmat itu bergantung kepada syukur. Orang yang tidak bersyukur, tidak dapat merasakan nikmat Allah.

Jihad adalah usaha yang bersungguh-sungguh (1) kita mesti memperbaiki diri sendiri terlebih dahulu, kemudian (2) keluarga dan seterusnya (3) membantu persekitaran kita.

Islam amat menghormati wanita. Oleh itu suami bertanggungjawab mencerdaskan isteri.

Berkenaan dengan generasi muda yang dikatakan suka berhibur, Aa Gym menyatakan bahawa mereka memerlukan keteladanan (public figure), model atau idola. Oleh itu tugas pemimpin adalah mencari model yang dapat menjadi ikutan generasi muda.

Untuk menyekat ancaman ajaran sesat, Aa Gym menegaskan bahawa pendakwah mestilah kreatif dan innovatif sehingga menarik minat orang yang mendengarnya. Misalnya, penjual durian walaupun duriannya bagus, tetapi cara menjualnya tidak menarik, tidak akan laku. Sebaliknya, jika penjual itu dapat menarik perhatian pelanggan, walaupun duriannya busuk, pembeli tetap tertarik.

Malam ini beliau berangkat ke Penang dan akan memberi ceramah di Dewan Millenium, Kepala Batas.

Aa Gym mempunyai Aura yang kuat dan menyampaikan siraman dakwah yang menyejukkan. Auranya terasa juga ketika beliau berdoa di akhir rancangan tersebut. Maka tidak hairanlah jika Perdana Menteri Malaysia menjemput beliau, mungkin, dalam usaha menjelaskan Islam Hadhari.

Pautan:
-KH Abdullah Gymnastiar Tawarkan Damai dan Manajemen Qalbu
-MQ Aa Gym
-CyberMQ
-Tokoh: Abdullah Gymastiar

17 Ogos 2005

Wajah penyanyi Gadis Melayu yang asli

INILAH wajah penyanyi Gadis Melayu yang asli. Namanya Ahmad Albar, lelaki kelahiran Surabaya, 16 Juli 1946 (dah tua, 59 tahun, tapi tetap handsome ) yang hingga kini masih menjadi ikon di Indonesia).

Lagu-lagu ciptaan Albar sempat menduduki anak tangga di Belanda, seperti "Don’t Spoil My Day" dan "Tell Me The World" yang ia nyanyikan bersama Clover Leaf tahun 1970. Selepas 8 tahun di Belanda dia kembali ke Indonesia membentuk kumpulan rock God Bless, 1973.

Dalam rancangan Destinasi Dunia, M Nasir pun menyaksikan konsert kumpulan ini. Nak tau lebih lanjut sila klik di sini.

Ahmad Albar pernah merakamkan album rock dangdut, di antara lagunya adalah "Zakia", "Gadis Melayu" yang kemudian dipopularkan pula oleh Othman Hamzah.

God Bless Vs SearchDi Malaysia, Life Recorod menerbitkan album "God Bless Vs Search" yang memuatkan semula lagu Gadis Melayu. Antara lagu dalam album ini adalah:

1. Semut Hitam- Achmad Albar (God Bless)
2. Gadis Melayu- Achmad Albar (God Bless)
3. Zakia- Achmad Albar (God Bless)
4. Raja Kumbang- Achmad Albar (God Bless)
5. Rumah Kita- Achmad Albar (God Bless)
6. Balada Pemuzik Jalanan- O/A Search
7. Langit Dan Bumi- O/A Search
8. Isabella- O/A Search
9. Nur Nilam Sari- O/A Search
10. Kejoraku Bersatu- O/A Search

Pautan:
-Achmad Albar, Sang Ikon
-Penyanyi Asal Gadis Melayu

16 Ogos 2005

Mawi disambut meriah di kampungnya

MERIAH: Mawi disambut sebaik tiba di kampungnya
di Felda Taib Andak, Kulai, Johor
petang semalam. Selanjutnya>>>

Berikut ini saya petik tulisan Alavano dalam forum MawiFC:
Berjumpa dgn doktor yg mengkhatankan Mawi
Saya baru jer pulang dari program persediaan pelajar baru ke Ireland 2005 di PWTC..program ni atas anjuran Kelab Umno luarnegara untuk pelajar2 perubatan ke ireland yang memegang biasiswa MARA,Petronas dan JPA...ada lebih kurang 200 pelajar yang menyertainya...

...yer mmg saya...sebelum mengkhatankan Mawi saya berkata kepada dia, saya berharap agar dia menjadi seorang insan yang hebat di masa hadapan....kini dia antara 2 permata dari johor selain Amalina Che Bakri (17A1)...

Saya berbangga dgn dia dan saya berhabis beribu-ribu ringgit utk menyokongnya...dia seorang penyanyi ikon yg bagus dan perlu disokong"...semua pelajar terdiam ketika mendengar kenyataan dari beliau termasuk saya....saya sgt terharu pada masa tu...siapa kata peminat mawi tidak bijak dan bukan dari golongan professional?....

07 Ogos 2005

Mawi "World" sapu bersih tiga gelaran juara

Malam tadi Mawi menerima tiga gelaran juara di stadium Malawati Shah Alam: (1) Juara Akademi Fantasia 3 (2) Anugerah Vokal Terbaik dan (3)Persembahan Terbaik. Dua anugerah terakhir ini pertama kalinya diperkenalkan oleh Astro yang menimbulkan tanda tanya penggemar AF3, terutama penyokong Mawi. Kedua anugerah ini seolah-olah pihak Astro tidak dapat menerima Mawi ditangga teratas sekaligus dia tidak layak menerima gelaran juara. Kemungkinan juga Astro mengambil kesempatan untuk mengaut untung dari sms pengundi.

Anggapan seperti ini bukannya tidak beralasan kerana selepas saja konsert ke-9, peratusan undi tidak diumumkan. Begitu pula Diari AF banyak mengetengahkan Marsha sehingga penonton merasakan Astro tidak berlaku adil kepada penyokong-penyokong pelajar AF3 yang lain. Pada minggu terakhir nampak jelas Amylea tidak diberi perhatian sewajarnya.

Ternyata tindakan Astro ini membuat penyokong Mawi naik geram dan mereka melepaskan geram itu dengan undian yang akhirnya Mawi berjaya membolot tiga anugerah. Mawi memperoleh 58% undi, Felix 30%, Amylea 8%, dan Marsha 4%. Bahkan ada penonton yang sebelum ini tidak pernah mengundi tiba-tiba tertarik untuk mengundi Mawi kerana geram dengan cara Astro yang dinilai tidak adil.

Pautan:
-Mawi juara AF3
-Berakhirkah fenomena Mawi?
-Mawi sapu bersih AF3
-Mawi yang lugu ... popular mendadak!

06 Ogos 2005

Siapa Juara?


GAYA TERSENDIRI...Empat finalis Akademi Fantasia 3 (dari kiri) Mawi, Marsha, Amylea dan Felix dengan persembahan masing-masing pada raptai konsert akhir di Stadium Malawati, Shah Alam, malam tadi. Selanjutnya>>>

Penyanyi Asal Gadis Melayu

Penyanyi asal Gadis Melayu ialah penyanyi Indonesia, Ahmad Albar, kemudian dinyanyikan oleh Othman Hamzah dari Singapura. Lagu Kudaku Lari asalnya dinyanyikan oleh Elly Kasim (penyanyi Indonesia yang terkenal dengan lagu Ayam Den Lapeh).

Berikut ini sebahagian kecil senarai lagu-lagu Indonesia yang dinyanyikan semula oleh penyanyi Malaysia:
Jangan Ada Angkara
Gadis Melayu (Ahmad Albar) dinyanyikan semula oleh Othman Hamzah/Jamal
Kudaku Lari (Elly Kasim) dinyanyikan semula oleh Sharifah Aini
Abang Beca (Bimbo) dinyanyikan semula oleh Dhalan Zainuddin/Broery
Mata (Bimbo) dinyanyikan semula oleh Jalil Hamid
Cinta Kilat (Bimbo) dinyanyikan semula oleh Dhalan Zainuddin/Broery
Sendiri Lagi (Bimbo) dinyanyikan semula oleh Dhalan Zainuddin
Ballada Seorang Biduan (Bimbo) dinyanyikan semula oleh Dhalan Zainuddin (tajuknya ditukar menjadi Kisah Seorang Biduan)

Pautan:
-Wajah penyanyi Gadis Melayu yang asli
-Pengaruh Indonesia dalam Muzik dan Filem Malaysia (1)
-Pengaruh Indonesia dalam Muzik dan Filem Malaysia (2)
-Pengaruh Indonesia dalam Muzik dan Filem Malaysia (3)
-Bukan Perempuan Biasa
-Rossa begitu tegar

02 Ogos 2005

Rossa begitu tegar

Malam Isnin Rossa manggung di Planet Hollywood Kuala Lumpur. Promosi yang dilakukannya juga begitu 'tegar'. Ahad dia muncul dalam rancangan Melody TV3 sebagai hos tamu mendampingi Wahid. Hari ini sekali lagi dia tampil dalam program MHI TV3. Ally Iskandar bertanya pasal penyanyi yang 'versatile'. "Apa maksudnya?" Rossa tergamam. Rupanya istilah 'versatile' tidak biasa digunakan di Indonesia. Mereka biasa menggunakan 'serba bisa'.

Rossa terkenal dengan lagunya berjudul 'Tegar' beberapa tahun lalu. Sejak itu kita biasa mendengar perkataan 'tegar' ini digunakan oleh menteri-menteri dan juga media. Yang paling sering kita dengar adalah "Kemiskinan tegar". Apakah isitilah ini sesuai? Yang jelas satu lagi pengaruh Indonesia melanda kita.

Di Indonesia tegar digunakan berkaitan dengan (1) hati (tegar hati, keras kepala, obdurate), (2) kukuh, mantap, steadfast.

Pautan:
-Pengaruh Indonesia dalam Muzik dan Filem Malaysia (1)
-Pengaruh Indonesia dalam Muzik dan Filem Malaysia (2)
-Pengaruh Indonesia dalam Muzik dan Filem Malaysia (3)
-Bukan Perempuan Biasa