07 Ogos 2005

Mawi "World" sapu bersih tiga gelaran juara

Malam tadi Mawi menerima tiga gelaran juara di stadium Malawati Shah Alam: (1) Juara Akademi Fantasia 3 (2) Anugerah Vokal Terbaik dan (3)Persembahan Terbaik. Dua anugerah terakhir ini pertama kalinya diperkenalkan oleh Astro yang menimbulkan tanda tanya penggemar AF3, terutama penyokong Mawi. Kedua anugerah ini seolah-olah pihak Astro tidak dapat menerima Mawi ditangga teratas sekaligus dia tidak layak menerima gelaran juara. Kemungkinan juga Astro mengambil kesempatan untuk mengaut untung dari sms pengundi.

Anggapan seperti ini bukannya tidak beralasan kerana selepas saja konsert ke-9, peratusan undi tidak diumumkan. Begitu pula Diari AF banyak mengetengahkan Marsha sehingga penonton merasakan Astro tidak berlaku adil kepada penyokong-penyokong pelajar AF3 yang lain. Pada minggu terakhir nampak jelas Amylea tidak diberi perhatian sewajarnya.

Ternyata tindakan Astro ini membuat penyokong Mawi naik geram dan mereka melepaskan geram itu dengan undian yang akhirnya Mawi berjaya membolot tiga anugerah. Mawi memperoleh 58% undi, Felix 30%, Amylea 8%, dan Marsha 4%. Bahkan ada penonton yang sebelum ini tidak pernah mengundi tiba-tiba tertarik untuk mengundi Mawi kerana geram dengan cara Astro yang dinilai tidak adil.

Pautan:
-Mawi juara AF3
-Berakhirkah fenomena Mawi?
-Mawi sapu bersih AF3
-Mawi yang lugu ... popular mendadak!

Tiada ulasan: