21 September 2007

Takziah dan al-Fatihah buat Nurin


Takziah dan al-Fatihah buat Nurin (Allahyarhamuha - Semoga Allah mengasihinya).

Allahummaghfirlaha warhamha wa'afiha wa'fu 'anha ...
Allahumma la tahrimna ajraha wala taftinna ba'daha waghfirlana walaha

19 September 2007

Macet

Ketika berada dalam kenderaan jam 13:05 hari ini, DJ Sinar FM Abby Fana gunakan istilah Indonesia untuk melaporkan terdapat kesesakan lalulintas: macet. Kah kah kah... -:(

Bertambah satu lagi istilah Indonesia yang sering digunapakai di sini.

Jangan hairan kalau penulis lirik asyik-asyik guna perkataan 'bisa' (dipatuk ular tedung baru tau apa rasanya 'bisa' tu), karna (nasib baik tak jadi 'karno', -:) pulak!).

Sudah 50 tahun kita merdeka, tapi mentaliti kita masih djajah, tidak berbangga dengan khazanah bahasa kita sendiri.

13 September 2007

Gempa di bulan Puasa

Hari ini Muslim di Malaysia mulai berpuasa. Solat tarawih bermula malam tadi. Namun, gempa bumi pada pukul 7.10 malam semalam yang berpusat di Kepulauan Mentawai di bahagian selatan Sumatera itu menggemparkan beberapa penduduk di Melaka Raya, Johor Bahru, dan Kuala Lumpur.

Ketika saya sampai di Menara Telekom, Kuala Lumpur 8:30 pagi ini, semua kakitangan di bangunan itu diarahkan keluar kerana terjadi gempa sekali lagi pagi ini. Hampir pukul 10 semua kakitangan masuk bekerja semula.

Sempena Ramadan ini:
Kadang-kadang mata salah melihat
Mulut salah Berucap
Dan hati salah menduga
Perasaan berburuk sangka
Mohon maaf zahir batin
Selamat Menyambut
Ramadan mubarak

09 September 2007

Pelabuhan Bandar Hilir, Melaka

Pelabuhan Bandar Hilir, Melaka terletak di pinggiran Sungai Melaka merupakan pintu masuk pelancong dari Riau. Feri dari Dumai berulang alik setiap hari, dari Bengkalis 3 kali Seminggu (Ahad, Selasa, Jumaat), dari Pekanbaru juga 3 kali seminggu.

Foto: Pegawai Penyelidik Tourism Malaysia, Nornatasha Ahmad, sedang menjalan kajiselidik terhadap pelancong dari Riau di terminal pelabuhan Bandar Hilir, Melaka (9/9/2007, Foto: Syafrein.)