28 Disember 2013

Terpilih

~Puisi517 - 5 Larik 17 Kata~

TERPILIH

Nur Ilahi
Telah menyinari hati nuraninya
Terbukalah hijab seorang 'abid
Tampak Allah dahulu
Sebelum makhluk-Nya jelas kelihatan

Sampailah dia kepada Ma'bud
Melihat dengan sebenar syuhud
Wujud Hakiki Allah
Yang menerangi wujud makhluk
Menjadi nyata

Makrifat Allah 
Menerangi makrifat alam sehingga 
Alam itu dikenali melalui 
Satu sumber iaitu 
Allah sendiri. Tempat bergantung

#PUISI517 #eKSPRESIsENI
©Syafrein Effendi Usman 2013