![]() TUANKU SYED SIRAJUDDIN, Dr. Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi turut sama menyanyi lagu Keranamu Malaysia sambil mengibarkan Jalur Gemilang pada sambutan Hari Kebangsaan Ke-46 di Putrajaya semalam. - Gambar ASWAD YAHYA |
PUTRAJAYA 31 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan Ke-46 yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Boulevard, Dataran Putrajaya hari ini mencatat sejarah tersendiri sebagai upacara paling besar dan meriah pernah diadakan dalam sambutan ulang tahun kemerdekaan negara.