Bismillahirrahmanirrahim
Sebenarnya saya tidak mau lagi berkomentar tentang cara khatib membaca khutbah di beberapa masjid di Melaka. Tapi, setelah mendengar khatib membaca khutbah di Masjid Cheng, 17 September 2004, saya tergerak hati untuk menulisnya sekali lagi (Lihat komentar saya terdahulu). Sebab, saya merasa semacam ironi antara khatib yang membaca khutbah dengan kandungan khutbahnya.
Tema khutbahnya tentang budaya iqra. Khatib menyampaikan betapa pentingnya membaca bagi umat Islam. Ibu bapa, katanya, hendaklah menjadi contoh bagi anak-anaknya. seterusnya disebutnya pula betapa Islam telah mencapai kecermalangan ilmu kerana budaya membaca.
Namun, di sebalik khatib menasihati jamaah, beliau sendiri tertatih-tatih membacanya. Misalnya, Astronomi disebutnya astrononi. Banyaklah istilah-istilah yang yang tidak disebut dengan betul.
Di sini jelas bahawa beliau tidak membaca teks yang diberikan kepadanya. Sepatutnya beliau melakukan 'pekerjaan rumah' dengan menyemak terlebih dahulu sebelum membacanya. Jika terdapat istilah-istilah yang kurang difahami, beliau boleh merujuk kepada pihak-pihak yang berkenaan. Bagaimanakah para jamaah hendak mengikuti nasihatnya, sedang beliau sendiri tidak melaksanakan mesej khutbah teresbut.
18 September 2004
11 September 2004
Orang Melayu tak pandai menyebut perkataan Melayu
Bismillahirrahmanirrahim
Buletin Utama semalam, 10 September 2004, disampaikan oleh Kamaruddin Mape dan Norliza. Saya tertarik dengan cara Kamaruddin menyebut perkataan "raih".
Dia menyebut perkataan tersebut dengan sebutan putus "ra-ih". Sebelum ini ada juga penyampai TV3 menyebut dengan cara yang sama. Sepatutnya perkataan tersebut diucapkan tanpa jeda, yakni "raih" dan "meraih". Seperti kita menyebut "kuih" tentunya bukan "ku-ih".
Perkataan "raih" ini belum lama digunakan di Malaysia, tapi sudah biasa digunakan di Indonesia. Pada dekad 90-an barulah sering saya dengar orang menggunakannya. Sebelum ini orang Melayu hanya menggunakan perkataan "peraih".
Pada tahun 1985 saya menjadi editor di sebuah penerbitan buku. Saya mengguna perkataan "beliau meraih ijazah dalam bidang...."
Ustaz Md Zein Che Man dari Pusat Islam menegur saya, kenapa menggunakan perkataan itu. Di Malaysia, katanya, perkataan tersebut tidak biasa digunakan orang. Tapi kini ternyata orang Melayu sudah biasa dengan perkataan tersebut. Cuma anehnya TV3 menyebutnya dengan jeda di tengah-tengah perkataan.
Sekarang istilah Indonesia telah banyak digunakan di Malaysia. Contohnya: canggih, pantau, prihatin, peka, mapan (bukan mampan seperti yang disebut oleh Anwar Ibrahim), jati diri, ketrampilan, dan lain-lain.
Berkenaan jati diri ini, seorang penulis Indonesia menghantar naskhah terjemahan dari bahasa Arab kepada saya berkenaan ekonomi Islam. Dalam terjemahan tersebut, dia banyak menggunakan perkataan "jati diri". Oleh kerana ketika itu (1985) perkataan tersebut masih asing bagi orang Melayu, maka saya memutuskan untuk menukar dengan istilah lain.
Saya hairan orang Melayu tidak tahu bagaimana hendak menyebut perkataan Melayu. Contoh yang banyak saya dengar adalah perkataan "gagang" disebut "ganggang", "ungu" disebut "unggu", "termangu" disebut "termanggu". Saya khuatir lama-lama orang menyebut "dungu" dengan "dunggu" "bunga" dengan "bungga"

Langgan:
Catatan (Atom)