Bismillahirrahmanirrahim
Sebenarnya saya tidak mau lagi berkomentar tentang cara khatib membaca khutbah di beberapa masjid di Melaka. Tapi, setelah mendengar khatib membaca khutbah di Masjid Cheng, 17 September 2004, saya tergerak hati untuk menulisnya sekali lagi (Lihat komentar saya terdahulu). Sebab, saya merasa semacam ironi antara khatib yang membaca khutbah dengan kandungan khutbahnya.
Tema khutbahnya tentang budaya iqra. Khatib menyampaikan betapa pentingnya membaca bagi umat Islam. Ibu bapa, katanya, hendaklah menjadi contoh bagi anak-anaknya. seterusnya disebutnya pula betapa Islam telah mencapai kecermalangan ilmu kerana budaya membaca.
Namun, di sebalik khatib menasihati jamaah, beliau sendiri tertatih-tatih membacanya. Misalnya, Astronomi disebutnya astrononi. Banyaklah istilah-istilah yang yang tidak disebut dengan betul.
Di sini jelas bahawa beliau tidak membaca teks yang diberikan kepadanya. Sepatutnya beliau melakukan 'pekerjaan rumah' dengan menyemak terlebih dahulu sebelum membacanya. Jika terdapat istilah-istilah yang kurang difahami, beliau boleh merujuk kepada pihak-pihak yang berkenaan. Bagaimanakah para jamaah hendak mengikuti nasihatnya, sedang beliau sendiri tidak melaksanakan mesej khutbah teresbut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan