28 Julai 2005

Kes tuntutan harta persendirian yang terbesar

AHLI keluarga Abdul Rauf A.S. Dawood keluar daripada Mahkamah Syariah di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 27 Julai - Anak sulung isteri keempat seorang ahli perniagaan terkenal, Allahyarham Datuk Shaikh Dawood @ A.S. Dawood Abdul Razak mengemukakan tuntutan harta pusaka melibatkan aset syarikat dan hartanah yang dianggarkan bernilai RM1,000 juta atau RM1 bilion.
Selanjutnya>>>

23 Julai 2005

Abdullah ucap terima kasih


Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengucapkan terima kasih kepada Ramli Sarip selepas penyanyi itu mendeklamasikan puisi Damai Abadi ciptaannya pada Majlis Makan Malam Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno di PWTC, malam tadi.

21 Julai 2005

Keris Panca Warisan

HISHAMMUDDIN Tun Hussein menjulang Keris Panca Warisan menerima tepukan gemuruh daripada perwakilan selepas menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO 2005 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam. - Gambar ASWAD YAHYA. Selanjutnya>>>

18 Julai 2005

Pengaruh Indonesia dalam Muzik dan Filem Malaysia (3)

Tajuk "Kepergian klise Ekin" menarik perhatianku kerana biasanya di Malaysia perkataan dengan maksud yang sama adalah "pemergian". Ketika Aznil mempersilakan Ekin menyanyi, dia juga menggunakan perkataan "pemergian" ini, kemudian baru dia menyebutnya "kepergian" sesuai dengan tajuk asal lagu "Maafkan Kepergianku" yang dilantunkan oleh Ruth Sahanaya. Tajuk Kosmo ini menggunakan perkataan "kepergian" mungkin mengambil sempena tajuk lagu tersebut yang kebetulan Ekin terleminiasi setelah mendedangkannya. Tapi aku setuju jika pengarang Kosmo terus menggunakan "kepergian" untuk menggantikan "pemergian" yang kurasakan kurang sedap didengar. "Kepergian" menunjukkan bahawa seseorang meninggalkan sesuatu tempat kerana alasan-alasan tertentu. Jika dia dia kembali lagi, maka kita akan mengalu-alaukan "kepulangan"nya. Jika kita gunakan "pemergian", maka kita akan menggunakan "pemulangan". Lucu kan? Bandingkan ayat ini:

(1)"Pemergian Ekin sungguh memilukan, namun pemulangannya disambut gembira oleh ahli keluarganya."

(2)"Kepergian Ekin sungguh memilukan, namun kepulangannya disambut gembira oleh ahli keluarganya."

Satu lagi perkataan yang sering digunakan di akhbar adalah "klise" yang di Indonesia diambil dari bahasa Belanda "cliche" (dan di Malaysia sudah tentu orang merujuk ke bahasa Inggeris "cliche"). Di Indonesia "klise" disebut sebagaimana ia ditulis.

Berbalik kepada AF, banyak juga lagu-lagu Indonesia menjadi pilihan pengetua, termasuklah lagu yang dibawa oleh Ekin dan juga "Gadis Melayu" yang dinyanyikan oleh Mawi. Penyanyi asalnya ialah Ahmad Albar yang popular pada tahun 70-an. Kemudian lagu itu dipopularkan oleh penyanyi Singapura, Othman Hamzah.

Pautan:
-Pengaruh Indonesia dalam Muzik dan Filem Malaysia (1)
-Pengaruh Indonesia dalam Muzik dan Filem Malaysia (2)
-Bukan Perempuan Biasa
-Rossa begitu tegar

12 Julai 2005

Gadis Batak pilihan anak Presiden SBY

Gadis Batak kelahiran Boston 23 tahun lalu yang juga model iklan shampoo, telah disunting oleh Agus Harimurti Yudhoyono, anak pertama dari Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (SBY. Berita selengkapnya >>>

08 Julai 2005

Mawi yang lugu ... popular mendadak!

"Menjawab soalan anda mengenai Mawi pula, dia sebenarnya bukan favourite kami (tenaga pengajar) di akademi, sebaliknya dia adalah favourite pengundi. Malah di AF tidak ada istilah pelajar favourite. Semuanya sama saja pada mata dan hati kami.Satu saja perkara yang saya lihat pada Mawi, dia budak kampung. Dia seorang yang naif, lurus. Dia baru sedar yang dia sebenarnya boleh mempelbagaikan bakat yang ada pada dirinya jika ada orang yang guide.” - Marlia Musa

"Mawi... ini satu dunia baru bagi dia. Dia rajin juga... dan improving hari demi hari." - M Nasir







Pautan:


Ulasan berkaitan dengan Mawi & AF3:




Petua Ayah Pin beristeri empat



Ayah Pin didampingi 4 orang isteri (dari kiri) Zaharah, Che Minah, Ruzilan and Nik Kamariah di Jerteh. ``Kita orang lelaki ini kenalah pandai dan adil. Kalau tidak mereka lari,'' katanya.

Rumahtangga Jee retak?




JEE, tetap 'cool'.