19 Februari 2007

Peristiwa Penting di Bulan Safar

Disusun Oleh Syafrein Effendiuz

Makna Safar

Safar bermakna 'sifar' (kosong). Ia merupakan bulan kedua
dalam kalendar Islam. Dalam bulan ini orang-orang Arab
dahulu biasanya meninggalkan rumah mereka menjadi kosong.
Ketika inilah mereka melakukan serangan, melaksanakan
pembalasan terhadap musuh-musuh mereka.

Peristiwa

Beberapa peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam
pada bulan ini antara lain:

  1. Perkahwinan Baginda saw dengan Khadijah binti Khuwailid r.a, ianya berlaku sebelum Nabi saw dilantik menjadi Rasul.

  2. Kebenaran berperang (2 Hijrah), peperangan pertama yang dihadiri oleh Rasulullah saw adalah 'Wudan' atau 'Abwak' bagi menentang kekufuran.

  3. Tragedi Ar-Raji', berlaku pada tahun ketiga Hijriyah (pendapat lain, 4 Hijriyah). Seramai tujuh orang sahabat Baginda saw diutus untuk mengajar agama Islam kepada kaum 'Udal dan Al-Qarah, tetapi mereka telah mengkhianati perutusan tersebut dengan melakukan serangan hendap di sebuah tempat persinggahan yang bernama Ar-Raji' di daerah 'Usfan (kawasan di antara Mekah dan Madinah).

    Di antara yang menyertai perutusan itu Khubaib bin 'Adiy, Marthad bin Abi Marthad Al Ghanawiy, 'Asim bin Thabit dan Zaid bin ad-Dathanah.

    Kesemua sahabat dibunuh di tempat serangan kecuali Khubaib bin 'Adiy yang dibawa ke Mekah dan dibunuh di sana. Beliau merupakan orang yang pertama menunaikan dua raka'at sunat sebelum dibunuh yang kemudiannya menjadi ikutan sunnah.

  4. Peperangan Bi'ru Ma'unah (4 Hijrah), di bawah pimpinan Al-Munzir bin 'Amr As Sa'idiy yang ditugaskan untuk berda'wah dan mengajar tentang agama Islam dan Al-Quran kepada Bani 'Amir disertai oleh 40 orang sahabat Baginda s.a.w.

  5. Pembukaan Khaibar (kubu orang Yahudi) pada tahun ketujuh Hijriyah, disertai juga oleh 20 orang sahabat wanita di antaranya Ummu Salamah, Safiyah binti Abd. Mutallib dan Ummu Aiman. Seramai 15 orang sahabat gugur syahid manakala di pihak Yahudi pula seramai 73 orang mati terbunuh. Orang Yahudi pada mulaannya merasakan bahawa mereka tidak boleh ditewaskan kerana keteguhan kubu, jumlah alat kelengkapan senjata dan bilangan mereka yang ramai.

  6. Peperangan Maraj Rahit pada tahun ke-13 Hijriyah di pinggiran bandar Damsyik, Syria di bawah pimpinan Khalid bin Al-Walid.

  7. Pelantikan 'Abd. Rahman Al Ghafiqiy sebagai Gabenor Andalusia pada tahun 113 Hijrah.

  8. Kewafatan panglima Islam Salahuddin Al-Ayyubiy pada 27 Safar 589 Hijrah.

  9. Kejatuhan Kerajaan Abbasiyah yanb berpusat di Baghdad ke tangan Tatar pada tahun 656 Hijriyah. Khalifah 'Abbasiah, Al-Mu'tasim Billah, terbunuh beserta ahli keluarganya, orang-orang kenamaan negara dan ratusan ribu orang Islam. Beribu-ribu kitab Islam musnah.

05 Februari 2007

Jakarta banjir, hotel penuh


Jakarta bukan hanya kebanjiran air, tetapi juga kebanjiran tetamu di hotel berbintang lima. Bilik hotel Sari Pan Pacific, telah terisi penuh pada 4 Fabruari 2007 oleh mangsa banjir. Detik.com melaporkan, dari 400 bilik yang dimiliki hotel yang berada di Jalan MH Thamrin itu, 360 bilik telah terisi penuh. Sementara 40 lainnya masih dalam pengubahsuaian.
"Kita sampai nolak-nolak tamu kemarin. Kita tidak perkirakan itu," kata PR Manager Hotel Sari Pan Pacific Nieke P. Handayani kepada detikcom, Senin (5/1/2007).

Nieke mengatakan, sebagian besar tamu hotel adalah mangsa banjir. "Kebanyakan keluarga, bawa anak-anak dan bayi. Kemarin ada yang cerita pada saya kalau rumahnya kebanjiran," cerita Nieke.

Keadaan serupa juga berlaku di Hotel Nikko, tak jauh dari Bundaran HI. Sekitar 88 peratus bilik telah dipenuhi. Namun pihak hotel tidak dapat memastikan apakah pengunjung adalah korban banjir atau bukan. "Mereka tidak membawa barang yang mencolok. Tapi saya perkirakan pada Kamis, Jumat dan Sabtu banyak kalangan korporat yang tidak dapat kembali pulang ke rumah dan akhirnya nginap di sini," kata Public Relations Officer Niki Ramadanu W.

Setakat ini, menurut sumber pemerintah wilayah Jakarta, 20 orang mati dan 206 ribu terpaksa meninggalkan kediamanan masing-masing. Sedangkan Kementerian Kesihatan sebelum ini mengeluarkan data 18 mati, 2 hilang, dan 339510 orang terpaksa berpindah.