01 Februari 2011

Bandar atau Bandaran

Kemalangan maut di Lebuh Raya Plus berhampiran Simpang Ampat, Melaka.
Pertama, mari kita semak berita Utusan Malaysia di bawah ini:

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Empat belas maut pada hari keempat Ops Sikap ke-23 semalam, menjadikan jumlah korban akibat kemalangan jalan raya sejak operasi bermula Khamis lepas, meningkat kepada 51 orang.

Berdasarkan statistik laman web Polis Diraja Malaysia, daripada jumlah itu tujuh adalah penunggang motosikal, empat pengguna kereta dan seorang masing-masing pejalan kaki, pengguna van dan pemandu lori.

Sebanyak 1,250 kemalangan dilaporkann semalam, dan jalan bandaran mencatatkan jumlah tertinggi dengan 515 kemalangan, diikuti jalan persekutuan (316), jalan negeri (176), lebuh raya (175) dan jalan-jalan lain sebanyak 68 kes.

Semalam juga menyaksikan polis mengeluarkan 7,917 saman di atas pelbagai kesalahan trafik. - Bernama
Kedua, saya tertarik dengan perkataan bandaran. Mengapa mereka memilih "bandaran" dan bukan "bandar" sahaja?

Apakah mereka terpengaruh dengan perkatan persekutuan (dengan imbuhan per dan an)?

Jika mereka konsisten dengan jalan bandaran, sepatutnya jalan negeri menjadi jalan negerian, lebuh raya menjadi lebuh rayaan. Bukankah begitu?

Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, Munakahat, Artikel Sentral, Catatan Sekilas, Perkahwinan, NikahKahwin.Co.Cc, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online.
Catat Ulasan