
PELAKSANA hukuman sebat menjalankan hukuman itu ke atas seorang lelaki yang didapati bersalah kerana berjudi di halaman Masjid Agung Bireun, Aceh semalam. - Gambar Reuters. Selanjutnya>>>
![]() Roman 'Tenggelamnya Kapal van Der Wijk' yang ditulis pada tahun 1938 ini berkisah tentang Zainudin, keturunan orang Minangkabau tetapi dibesarkan oleh keluarga Bugis, ditolak permintaannya untuk menikah dengan Hayati kerana Zainudin miskin dan dianggap tidak kufu’ (setara) dengan Hayati. Aku langsung membelinya setelah melihat penerbitnya 'Pustaka Dini', sebuah penerbitan yang diusahakan oleh sahabatku juga, iaitu Mukmin Effendi @ Saiful. Dulu dia bekerja denganku di Pustaka Al-Mizan. Setelah aku berhenti, dia juga keluar dan menubuhkan syarikat Pustaka Dini Sdn Bhd bersama Prof. Zakaria dan Abdullah Hehamahua (sekarang penasihat Badan Pencegah Rasuah di Indonesia dan Ketua Umum Partai Politik Islam Masyumi). Pustaka Dini inilah yang membawa masuk dan menerbitkan buku Iqra ke Malaysia, iaitu buku panduan membaca al-Quran dengan cara mudah dan ringkas. Setelah aku berhenti dari Berita Publishing (1994), aku sempat bekerja di Pustaka Dini sebentar. Kemudian, perkongsian perniagaan mereka dengan Prof Zakaria ditamatkan. Saiful meneruskan Pustaka Dini di Shah Alam sementara Abdullah kembali ke Jakarta setelah jatuhnya rejim Suharto. Abdullah Hehamahua dan Saiful datang ke Malaysia tahun 1985 seusai tragedi berdarah ke atas umat Islam di Tanjung Priok, Jakarta kerana pemerintah Suharto tidak suka dengan orang-orang yang anti Pancasila. Setelah peristiwa Tg. Priok ini jugalah Abdullah Sunkar, Abu Bakar Baasyir dan pengikut-pengikutnya datang ke Malaysia. Namun di antara mereka tiada kaitan secara organisatoris. |