Aku sampai di perpustakaan Alor Gajah sebelum jam 9:00. Tertera di pintu masuk perpustakaan dibuka 9:00 pagi. Tepat jam 9:00 dua orang murid sekolah sampai. Lima menit kemudian mereka gelisah kerana perpustakaan belum juga dibuka. Beberapa orang lagi pelajar sekolah menengah datang dan terpaksa menunggu di luar. Musim cuti sekolah ini banyak murid dan pelajar datang ke perpustakaan Alor Gajah. Mereka (dan juga aku) kelihatan gelisah kerana perpustakaan belum juga dibuka.
"Kalau tak buka pukul 9:00, jangan tulis di situ jam 9:00!" aku merungut dalam hati. "Tulis sajalah 9:15 atau 9:30, tak payahlah kita ternanti-nanti begitu lama."
Jam menunjukkan 9:10, kakitangan perpustakaan membuka pintu disambut dengan muka masamnya. "Huh ... di tengah-tengah rancaknya kempen budi bahasa, dia sambut kita dengan muka masam pulak!" gerutuku dalam diam.
Anak-anak itu meluru ke bahagian kanak-kanak. Aku naik ke atas ke bahagian bacaan berkala. Rombongan pelajar lelaki duduk di salah satu meja di depanku. Mereka membaca akhbar sambil bersembang. Kemudian datang lagi tiga pelajar perempuan duduk persis di depan mejaku. Mereka bersembang.
"Budak-budak ni tak paham-paham peraturan perpustakaan," keluhku dalam hati menahan sabar. Aku memang terganggu dengan celoteh mereka. Tak lama kemudian aku memberi isyarat supaya mereka diam. Tapi keadaan tidak berubah juga.
"Dik, kalau nak berbual-bual keluar sajalah," tegurku kerana mereka mengganggu konsentrasiku. Mereka diam. Tak sampai satu minit, mereka pun keluar.
Jam 11:40 aku turun ke bawah menuju toilet. "Huh, teruk betul toilet ni!" kataku sambil memperhatikan dua pintu toilet yang terkapar. Dua daun pintu toilet itu telah terbuka dari enselnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan