Kami selesai tawaf wadak jam 1:20 pg. Jam 2 pg berangkat ke Jeddah, sabtu 29 Dis 2007.
Zamri & Ira di antara pasangan muda yang menunaikan haji tahu ini. Tengah malam ini kami akan tawaf wada kemudian berangkat ke Jedah.
27 Disember 2007
Pagi ini ini masjidil haram agak lega, ramai yang telah pulang. Kami berangkat ke Jedah sabtu jam 2 am.
23 Disember 2007
Mabit di muzdalifah sehingga 10 pagi kerana kesesakan jalan raya.
Pondok penerangan berhampiran masjid raja Fahd melayani kemusykilan jemaah haji. Setiap orang yang bertanya dihadiahkan 1 paket kurma.
22 Disember 2007
Jemaah dari terowong almuaisem menuju jamarat tingkat atas, 12 zulhijjah.
Jemaah keluar dari melontar di tingkat bawah, 11 zulhijjah.
19 Disember 2007
Pagi ini hari raya aidil adha. Jemaah haji Malaysia masih di Muzdalifah sejak tengah malam tadi menunggu giliran ke Mina.
16 Disember 2007
Esok 17 Dis, hari tarwiyah. Jemaah haji berangkat ke Mina kemudian ke Arafah. Jemaah haji Malaysia langsung ke Arafah.
13 Disember 2007
Tawaf jam 3:22am, khamis 13 dis.
12 Disember 2007
Di sebelah kanan saya (bersongkok), juga dari Turki suka melihat logo bulan bintang bendera Malaysia. Dia pun menghadiahkan saya segenggam kismis campur kacang.
11 Disember 2007
Ismail dari Turki duduk di sebelah kiri saya ketika solat subuh, tertarik dengan bendera Malaysia yang ada bulan bintang seperti Turki dengan beberapa perbezaan.
08 Disember 2007
Bukan saja masjid alharam yang penuh sesak, masjid sekitarnya seperti masjid kucing demikian juga. Dalam keadaan ini, saya menyaksikan 2 sifat manusia: yang baik dan yang buruk.
Dari pengurusan tetamu Allah ini, masjid nabawi lebih cekap dan teratur.
07 Disember 2007
Saya sampai dekat masjid sejam sebelum solat. Semua jalan telah diduduki. Macam mana ni? Saya belum pernah. Nekat mencari jalan. Alhamdulillah, dapat juga masuk pintu 58 basement.
Solat Jumaat sesak di masjid alharam. Jamaah yang mahu pulang pun terperangkap dalam kesesakan.
Umar dan Salih si penjual cincin jalanan keturunan Pakistan.
Wanita Indonesia ramai membeli emas di Mekah.
Kedai kasut alwalid, sama dengan nama anak saya.
Nak pergi gunting rambut.
Selepas solat subuh, penjaja tanpa lesen sibuk menjual nasi lemak dan lain-lain sambil melihat kiri kanan penguatkuasa yang datatang.
Setiap selepas Syekh Muhammad alMandili memberi ceramah dlm bahasa Melayu di masjid alharam.
06 Disember 2007
Jalan menuju masjid alharam ditutup mulai semalam zuhur hingga subuh.
Dimana-mana ramai orang siang malam sehingga mudah terkena penyakit. Saya dah 2 kali ke klinik, demam selsema.
Suasana tawaf selepas solat subuh, kamis 6 dis 07.
01 Disember 2007
Saya masih terkenangkan Madinah yg sejuk. Mekah panas 27 - 34 c, semakin sesak. Saya demam hari selasa - khamis. Alhamdulillah kini sehat.
Rumah penduduk Mekah di atas bukit dekat masjid alharam.