28 Disember 2013

KELAM

KELAM

Aku dilahirkan 
Di alam yang 'adam
Dalam suasana zhulmah malam
Maka bermimpilah aku 
dalam sandiwara yang panjang

Hari silih berganti
Aku seolah-olah menikmati peran
yang hura-hura
Dalam senario kehidupan semu
Menutup mata, hati, telinga

Alam ini 'adam, zulmah
Bagaikan malam
Tanpa bulan, tanpa bintang
Tanpa suara-suara unggas berdendang
Lena dalam mimpi-mimpi kerontang

Ketika aku terjaga
Aku melihat dengan matahati
Alam ini 
hanyalah jalan untuk mencari 
makrifat kepada Allah semata

#PUISI517 #eKSPRESIsENI
©Syafrein Effendi Usman 2013
20131228;22:35

AL-FARUQ

~PUISI517: 5 Larik 17 Kata~


AL-FARUQ

Lelaki singa

Yang mencari menelusuri ranting

Terus ke dahan, turun

Ke batang, pergi

Kepada umbi melahirkan pohon


Begitulah jalan

Orang yang telah dibawa

kepada Tuhan melihat hakikatnya

Melihat benih yang

Melahirkan pohon paling paripurna


Pohon yang diharapkan Rasulullah

yang telah berdoa

agar Islam diperkuatkan dengan

salah seorang:

Umar Hisyam - Umar al-Khattab


#PUISI517 #eKSPRESIsENI

©Syafrein Effendi Usman 2013

20131228;09:22

Terpilih

~Puisi517 - 5 Larik 17 Kata~

TERPILIH

Nur Ilahi
Telah menyinari hati nuraninya
Terbukalah hijab seorang 'abid
Tampak Allah dahulu
Sebelum makhluk-Nya jelas kelihatan

Sampailah dia kepada Ma'bud
Melihat dengan sebenar syuhud
Wujud Hakiki Allah
Yang menerangi wujud makhluk
Menjadi nyata

Makrifat Allah 
Menerangi makrifat alam sehingga 
Alam itu dikenali melalui 
Satu sumber iaitu 
Allah sendiri. Tempat bergantung

#PUISI517 #eKSPRESIsENI
©Syafrein Effendi Usman 2013

23 Disember 2013

Perniagaan busana Muslimah di Malaysia

Perniagaan busana Muslimah ini sebenarnya menjanjikan pasaran yang besar dan pulangan modal yang tinggi kepada pengusahanya.  Perniagaan busana Muslimah di Malaysia kini kian berkembang dengan peningkatan syarikat-syarikat jualan yang dibuka bak cendawan yang tumbuh selepas hujan.  Terdapat banyak butik persendirian yang memberi tumpuan khusus untuk menjual busana Muslimah. Ada yang lebih khusus lagi, iaitu menjual tudung sahaja.

Pusat membeli belah dan hypermarket seperti Mydin juga turut menjual busana Muslimah sebagai memenuhi permintaan daripada pelanggan mereka. Perniagaan busana Muslimah di Malaysia kini kian berkembang; banyak syarikat-syarikat yang yang menjual produk ini dibuka bak cendawan yang tumbuh selepas hujan. 

Apakah busana Muslimah?  

Busana Muslimah adalah pakaian untuk wanita Islam yang mempunyai ciri-ciri menutup aurat sebagaimana yang digariskan oleh syariat.  Tentu anda tertanya-tanya, apakah perbezaan antara busana Melayu dengan busana Muslimah?  Berikut adalah antara ciri-ciri busana Muslimah:-

  • Pakaian tersebut haruslah menutupi seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan
  • Pakaian tersebut tidak nipis atau tidak jarang sehingga dapat menampakkan bentuk tubuh wanita tersebut
  • Pakaian itu tidak ketat atau sempit tetapi longgar dan selesa
  • Pakaian tersebut tidak menyerupai atau meniru-niru pakaian lelaki atau pakaian mereka yang bukan beragama Islam
  • Pakaian tersebut dibuat daripada bahan yang suci dan halal
  • Tiada gambaran makhluk bernyawa pada pakaian tersebut

Hidup kita dan penggunaan internet pada hari ini telah berubah tanpa kita sedari.  Jika dahulunya tidak pernah terfikir untuk membeli dan ragu-ragu tentang keselamatan apabila melakukan pembayaran secara dalam talian, namun kini kuasa pengguna telah berubah.  Pengguna kini lebih cenderung untuk melayari, melakukan urus niaga dan membuat transaksi pembayaran dengan penjual-penjual yang terdapat dalam talian.  Walaupun tidak kenal atau pernah bersua muka, masyarakat kini lebih terbuka untuk melakukan urus niaga dalam talian.  Penggunaan internet dalam operasi perniagaan pula bukan hanya dapat meningkatkan hasil dan mengurangkan kos operasi sesebuah perniagaan itu malahan ia dapat meningkatkan kepuasan pelanggan, rakan kongsi dan juga pekerja.  Kebanyakan butik busana Muslimah ini juga menggunakan pendekatan laman web untuk urus niaga dalam talian mereka, contohnya seperti butik Najjah dan Hajaba, syarikat Sugarscarf, Radiusite, Hayfaa Couture dan Al-Humaira Contemporary masing-masing mempunyai laman web dan akaun Facebook mereka sendiri.

Sugarscarf contohnya adalah antara perniagaan busana Muslimah secara dalam talian yang berjaya. Pada mulanya, Sugarscarf diwujudkan oleh empunya syarikat hanya sekadar untuk suka-suka dan untuk membayar yuran pengajian universiti dan kos sara hidup ketika masih menjadi seorang pelajar.  Namun akibat sambutan luar biasa daripada kelompok peminat mereka yang tersendiri, maka perniagaan itu kemudiannya diteruskan sehingga ke hari ini. Memandangkan perniagaan jualan busana Muslimah nya semakin menunjukkan perkembangan yang positif, maka empunya syarikat kemudiannya telah memperluaskan perniagaannya dengan membuka satu butik jualan di Shah Alam dan mempelbagaikan produk busana Muslimah mereka untuk memenuhi permintaan pelanggan mereka.

Peningkatan perniagaan busana Muslimah dalam talian juga dibuktikan dengan menggunakan aplikasi carian di Google Ad words.  Dengan menggunakan kata kekunci ‘Busana Muslimah’, statistic yang diberi menunjukkan sebanyak 2,400 carian pengguna untuk bulan ini.  Angka yang cukup tinggi dan menggembirakan hati usahawan yang menjual busana Muslimah secara dalam talian.  Statistik ini tidak termasuk kata-kata kekunci yang lain seperti ‘Busana Muslim’, ‘Muslimah Fashion’ atau ‘Baju Busana Muslim’ yang masing-masing juga memperoleh catatan carian yang tinggi.

Pada pendapat saya, terdapat beberapa faktor-faktor yang menjadi pemangkin perkembangan perniagaan busana Muslimah dalam talian, antaranya:

Jumlah Pengguna Internet Di Malaysia

Begitu besar pengaruh internet dalam kehidupan manusia, sebesar potensi yang ditawarkan dan sebesar jumlah penggunanya.  Rata-rata rakyat Malaysia menggunakan internet sama ada dalam melaksanakan tuntutan kerja mahupun untuk tujuan peribadi.  Mengikut statistik yang dikeluarkan pada 30 Jun 2012 daripada laman web http://www.internetworldstats.com, jumlah pengguna internet di Malaysia adalah seramai kira-kira 17.7 juta orang.  Jumlah yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan keseluruhan populasi penduduk Malaysia yang seramai lebih kurang 29.2 juta orang.  Statistik ini juga turut menyenaraikan rakyat Malaysia sebagai antara pengguna internet utama dalam kalangan negara-negara Asia.

Jumlah pengguna internet yang tinggi banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kemudahan jalur lebar yang terdapat di negara kita.  Ditambah pula dengan pakej-pakej langganan internet dengan harga menarik yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan, membolehkan segenap lapisan masyarakat di Malaysia tidak kira lokasi mereka sama ada di bandar atau di luar bandar berpeluang menikmati faedah yang terkandung dalam alam siber.  Sama ada kita sedari atau tidak, kita harus menerima kenyataan bahawa internet sebenarnya telah sebati dalam kehidupan kita. 

Kemudahan Urus Niaga Dalam Talian

Keselesaan urus niaga dalam talian memungkinkan segala-galanya dilakukan dengan hanya duduk di kerusi empuk dan dalam bilik yang mempunyai penyaman udara tanpa perlu menghidupkan enjin kereta, berjalan atau mengeluarkan peluh!  Anda boleh melayari katalog dan membuat pilihan anda sebelum sebarang urus niaga di lakukan.  Di samping itu, sebarang pertanyaan, pengesahan tempahan busana hanya dengan menggunakan e-mel, tanpa memerlukan anda mengangkat gagang telefon.

Bagi pengusaha yang bijak, sudah tentunya akan menggunakan setiap peluang yang ada, untuk memasarkan produk busana Muslimah mereka.  Antara taktik yang dilakukan adalah dengan membuka laman web dan melakukan urus niaga secara dalam talian.  Perkembangan penggunaan internet dalam masyarakat kita telah menyebabkan ramai yang mengambil peluang keemasan ini dengan memulakan perniagaan secara dalam talian. Bagi mereka yang sudah lama mengimpikan mempunyai perniagaan sendiri, membuka perniagaan secara dalam talian adalah amat mudah dan tidak memerlukan modal yang besar.  Begitu juga bagi mereka yang tidak mempunyai sebarang pengetahuan dalam bidang perniagaan atau masih belajar.  Tanpa pengetahuan yang mendalam dalam bidang perniagaan mahupun pengetahuan menggunakan sebarang perisian komputer, mereka sudah boleh memulakan perniagaan sendiri.  Hanya dengan mendaftar syarikat mereka, kemudian membuka blog perniagaan sendiri atau membuka akaun Facebook, mereka sudah boleh memulakan perniagaan.

Peniaga busana Muslimah ini juga adakalanya akan berkolaborasi dengan laman web peniaga dalam talian yang lain dengan cara saling menjual produk sesama sendiri di laman web masing-masing. 
Ini akan meningkatkan hasil jualan rakan kongsi dan akan memberikan anda keuntungan melalui hasil komisen daripada jualan tersebut. Selain itu, rakan kongsi juga boleh mempromosikan produk jualan barangan anda di laman web perniagaan mereka dan ini akan meningkatkan hasil jualan anda pula.  Peniaga juga kini bijak dengan menjadikan artis-artis tempatan sebagai duta mereka, contohnya Irma Hasmie dan Anne Ngasri untuk busana Muslimah D’Haja Boutique.  Pendekatan ini dapat menarik golongan muda yang menjadikan artis ini sebagai idola mereka.

Perkembangan Dunia Fesyen

Perkembangan dunia fesyen semasa tidak terhad kepada gaya moden kontemporari sahaja, malahan kini permintaan untuk busana Muslimah juga semakin tinggi.  Busana Muslimah kini menjadi pilihan sebagai fesyen seharian sama ada ketika bersantai atau sebagai pakaian formal ke majlis-majlis keramaian.  Permintaan yang tinggi membuatkan ramai pereka fesyen tempatan mula menghasilkan busana Muslimah adunan timur dan barat yang menepati ciri-ciri busana Muslimah sekali gus merancakkan industri fesyen tempatan.  Skirt labuh, jubah, blaus, seluar, jaket dan bermacam-macam rekaan yang  dihiasi dengan manik mutiara, kristal, sulaman, bunga satin, dan lain-lain perhiasan yang berwarna-warni membanjiri dunia fesyen kita. 

Bukan hanya setakat itu, malahan tudung juga direka dengan pelbagai gaya seiring dengan fesyen pakaian si pemakai.  Bila diperhatikan, fesyen tudung juga banyak mengalami perubahan.  Dahulu, mungkin pilihan yang ada tidak banyak, hanya tudung bawal sahaja, kini pemakai tudung mempunyai pelbagai pilihan untuk dipilih seperti tudung daripada material satin, lycra, denim, cotton velvet, tudung Syria, shawl dan macam-macam lagi.   Ada yang belit nya ke kiri, ke kanan dan macam-macam stail lagi.

Pemasaran Yang Efektif dan Capaian Pelanggan Di Negara Lain

Melalui internet, pemasaran menjadi lebih efektif, kos dan tempoh masa pemasaran juga dapat dikurangkan, seterusnya memberi peluang untuk usahawan busana Muslimah terbabit menumpukan perhatian kepada perniagaan mereka.  Capaian pelanggan juga adalah lebih meluas sama ada pelanggan di dalam negara atau di luar negara.   Pelanggan boleh mengakses laman jualan 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun.  Dalam erti kata lain, perniagaan beroperasi tanpa henti!

 Membuat perniagaan secara dalam talian juga memungkinkan usahawan busana Muslimah ini tadi mengembangkan perniagaan mereka ke seluruh dunia.  Faktor geografi tidak lagi menjadi penghalang untuk mereka melakukan urus niaga.  Bagi pelanggan yang tinggal di luar negara terutamanya di negara-negara yang hanya sebilangan kecil penduduknya beragama Islam, tentulah agak sukar untuk mendapatkan pilihan busana yang memenuhi ciri-ciri Muslimah.  Namun dengan hanya melayari internet, melakukan urus niaga jual beli, membayar harga busana dan wang pos, busana Muslimah pilihan mereka akan sampai di depan pintu rumah dalam masa beberapa hari sahaja!  Mereka kini berpeluang mengayakan fesyen Muslimah yang terkini.  Jangan tak tahu, ada antara butik-butik busana Muslimah dalam talian ini mempunyai pelanggan sejauh dari negara Eropah dan Timur Tengah!

Kestabilan Ekonomi

Keadaan politik yang stabil, perpaduan masyarakat yang berbilang kaum dan keadaan ekonomi yang stabil di Malaysia menggalakkan masyarakat untuk berbelanja.  Mereka tidak ragu-ragu untuk berbelanja lebih asalkan memperoleh gaya dan fesyen yang terkini. 

Kesimpulan

Pada hari ini, wanita Muslimah boleh membuat pilihan untuk membeli mana-mana rekaan busana Muslimah yang terdapat di internet untuk mencipta satu penampilan yang bersesuaian dengan nilai, tradisi dan cita rasa mereka.  Bagi mereka yang berkerjaya, kesibukan bekerja merupakan satu sebab mengapa pengguna lebih gemar melakukan pembelian dalam talian.  Di samping itu pengguna sekarang lebih selesa dan lebih mempercayai transaksi yang dibuat mereka secara dalam talian. 

Dengan adanya cara yang betul dan permintaan yang tinggi daripada pengguna, tentunya perniagaan busana Muslimah secara dalam talian akan lebih berkembang.  Namun, selain itu terdapat juga beberapa faktor lain yang menjadi sebab perniagaan dalam talian itu menjadi lebih maju seperti perkembangan penggunaan internet, kemudahan urus niaga dalam talian itu sendiri, perkembangan dunia fesyen, pemasaran yang efektif di samping kelompok sasaran yang betul serta keadaan ekonomi semasa yang stabil.  Semoga perniagaan busana Muslimah dalam talian akan terus berkembang, seterusnya memberi keuntungan kepada usahawan-usahawan tempatan. (Sumber: Usahawan.com)

Dividen ASB 2013

Berita Astro Awani melaporkan, 
Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen 7.70 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2013 berbanding 7.75 sen tahun lepas. Nampaknya tahun ini para pelabur ASB akan memperoleh dividen yang lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.

Sejumlah 8.26 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 127.2 bilion unit ASB, juga akan menerima bonus sebanyak 1.00 sen seunit.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Bhd (PNB) Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata walaupun pengagihan dividen kali ini rendah sedikit berbanding tahun lepas, kadar itu kekal kompetitif di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global.

"Kadar ini juga bukanlah yang terendah yang pernah diagihkan oleh PNB kerana pada tahun 2009, pengagihan dividen termasuk bonus adalah 8.6 sen seunit.

"Sebenarnya PNB mampu membayar dividen sebanyak 10.54 sen seunit untuk tahun ini, tetapi kita bawa ke hadapan 2.71 sen seunit bagi membantu portfolio dana ini untuk lebih berdaya mampan di masa hadapan," kata beliau kepada pemberita selepas pengumuman pengagihan pendapatan ASB oleh Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad Sarji berkata peruntukan bagi pengagihan pendapatan itu membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM9.38 bilion manakala bayaran bonus sebanyak RM706.88 juta.

"Jumlah pendapatan kasar ASB pada 31 Disember 2013, adalah dijangkakan sebanyak RM9.92 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 15.1 peratus berbanding pendapatan kasar sebanyak RM8.62 bilion yang diperoleh pada tahun lepas," kata beliau.

Ahmad Sarji berkata pendapatan dividen daripada syarikat pelabur menyumbang RM4.41 bilion atau 44.5 peratus daripada pendapatan kasar dan keuntungan daripada jualan saham menyumbang RM4 bilion atau 40.3 peratus.

Baki 15.2 peratus atau RM1.51 bilion adalah daripada lain-lain pendapatan, kata beliau.

Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus bagi tabung ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit dan para pemegang unit boleh mengemas kini buku pelaburan ASB masing-masing di ibu pejabat PNB atau ejen-ejen ASNB di seluruh negara mulai 2 Januari 2014.

Semua urus niaga bagi ASB akan ditangguhkan pada 22 Disember 2013 sehingga 1 Januari 2014 bagi tujuan pengiraan pendapatan dan bonus.

Sementara itu, semasa ditanya mengenai perkembangan terkini ASB2, Hamad Kama berkata PNB masih mengkaji struktur yang bersesuaian.

"Bukan kami tidak mahu memberitahu sekarang, tetapi kami mahu memastikan yang kami perlu menstrukturkan portfolio kami ke tahap yang akan dilihat sebagai  pakej yang lebih baik yang diperkenalkan kepada pasaran.

"Ia akan mengambil masa sedikit dan sudah tentu apabila siap nanti, kami berharap Perdana Menteri akan dapat melancarkannya," kata beliau.

Hamad Kama berkata antara struktur yang ditinjau PNB ialah dari segi peruntukan aset.

20 Disember 2013

Quba Mosque

from Wikipedia

Masjid Quba (atau Masjid al-Quba) ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid an-Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad (SAW) Saws.jpg sebelum baginda tiba di Madinah ketika berhijrah dari Makkah.
Masjid Quba kemudian disiapkan oleh Sahabat Rasulullah Saws.jpg. Rasulullah Saws.jpg menghabiskan masa selama 20 malam (selepas hijrah) di samping bersembahyang dan beribadah kepada Allah s.w.t..

Rumah Saidina Ali terletak di belakang Masjid Quba, dan Nabi MuhammadSaws.jpg akan mendirikan solat sunat sementera menunggu Saidina Ali bin Abi Talib.

The Quba Mosque (Quba' Masjid or Masjid al-Quba, Arabic: مسجد قباء), in the outlying environs of Medina in Saudi Arabia, is one of the oldest mosques in the world. Its first stones were positioned by the Islamic prophet Muhammad as soon as he arrived on his emigrationfrom the city of Mecca to Medina[1] and the mosque was completed by his companions. Muhammad spent more than 20 nights in this mosque (after migrating) praying qasr (a short prayer) while waiting for Ali whose house was behind this mosque.

According to Islamic tradition, offering two rakaʿāt of nafl prayers in the Quba Mosque is equal to performing one Umrah.
Muhammad used to go there, riding or on foot, every Saturday and offer a two rak'ah prayer. He advised others to do the same, saying, "Whoever makes ablutions at home and then goes and prays in the Mosque of Quba, he will have a reward like that of an 'Umrah." This hadith is reported by Ahmad ibn HanbalAl-Nasa'iIbn Majah and Hakim al-Nishaburi.

Architecture

When Abdel-Wahed El-Wakil was commissioned, in the 20th century, to conceive a larger mosque, he intended to incorporate the old structure into his design. But the old mosque was torn down and replaced with a new one.[2]
The new mosque consists of a rectangular prayer hall raised on a second storey platform. The prayer hall connects to a cluster containing:
  • residential areas,
  • offices,
  • ablution facilities,
  • shops, and
  • a library
Six additional entrances are dispersed on the northern, eastern and western façades. Fourminarets mark the corners of the prayer hall. The minarets rest on square bases, have octagonal shafts which take on a circular shape as they reach the top.

Prayer hall

The prayer hall is arranged around a central courtyard, characterised by six large domes resting on clustered columns. A portico, which is two bays in depth, borders the courtyard on the east and west, while a one-bayed portico borders it on the north, and separates it from the women's prayer area.
The women's prayer area, which is surrounded by a screen, is divided into two parts as a passageway connects the northern entrance with the courtyard.
When Quba Mosque was rebuilt in 1986, the Medina architecture was retained - ribbed white domes, and basalt facing and modest exterior - qualities that recalls Madina's simplicity. The courtyard, is flagged with black, red and white marble. It is screened overhead by day from the scorching heat with shades. Arabesque latticework filters the light of the palm groves outside. Elements of the new building include work by the Egyptian architect Abdel-Wahed El-Wakil and the Stuttgart tensile architect Mahmoud Bodo Rasch[3] a student of Frei Otto.

Imams and Khateebs

  • Sheikh Salih Bin 'Awad Al Mughamisi
  • Sheikh Muhammed Khalil
  • Sheikh Muhammad Ayyub And Adil
  • Sheikh Ahmed bin Ali bin Abdur Rahman Hudaify

Mentions in the hadith

The merits of Masjid Quba are mentioned in nineteen Sahih al-Bukhari hadiths; thirteen Sahih Muslim hadiths; two Sunan Abu Dawood hadiths; and six Al-Muwatta hadiths.[4]
Muhammad frequented the mosque and prayed there. This is referred to in a number of hadith:
Narrated 'Abdullah bin Dinar: Ibn 'Umar said, "The Prophet used to go to the Mosque of Quba every Saturday (sometimes) walking and (sometimes) riding." 'Abdullah (Ibn 'Umar) used to do the same
Narrated Ibn 'Umar: The Prophet used to go to the Mosque of Quba (sometimes) walking and sometimes riding. Added Nafi (in another narration), "He then would offer two Rakat (in the Mosque of Quba)."
—Collected by Muhammad al-Bukhari, Sahih al-Bukhari Volume 2, Book 21, Number 285[6]

Mention in the Qur'an

It is mentioned in the Qur'an as the mosque founded on piety and devoutness (Masjid al-Taqwa):
Never stand (to pray) there (referring to a place of worship in which the hypocrites had used for harm and disbelief, as mentioned in the previous ayah). A place of worship which was founded upon duty (to Allah) from the first day is more worthy that thou shouldst stand (to pray) therein, wherein are men who love to purify themselves. Allahloveth the purifiers.

See also

References

  1. ^ Masjid Quba is the first mosque in Islam's history
  2. ^ Description of the new mosque and architectural documents at archnet.org
  3. ^ „Alles muss von innen kommen“ - IZ im Gespräch mit dem Stuttgarter Architekten Dr. Rasch, Islamische Zeitung, 6. November 2002
  4. ^ Enter Quba in the "Search the Hadith" box and check off all hadith collections.
  5. ^ Sahih al-Bukhari2:21:284
  6. ^ Sahih al-Bukhari2:21:285
  7. ^ Quran 9:108
  • Muhammad: The Messenger of Islam by Hajjah Amina Adil (p. 286)
  • The Naqshbandi Sufi Tradition Guidebook of Daily Practices and Devotions by Hisham Kabbani (p. 301)
  • Happold: The Confidence to Build by Derek Walker and Bill Addis (p. 81)

External links

Islam

Madinah


image
Originally uploaded by dompas

Madinah atau nama penuhnya Madinah al-Munawwarah (Arab: المدينة المنورة) adalah salah sebuah kota yang terdapat di wilayah Hijaz, Arab Saudi. Madinah sekarang mempunyai populasi seramai 839,400 orang (1999). Madinah pada asalnya bernama Yathrib tetapi selepas peristiwa hijrah, namanya diubah kepada Madinat Al-Nabi (Kota Nabi) ataupun Al Madinah Al Munawwarah (Kota yang bercahaya) sementara perkataan Madinah bermaksud "bandar/kota".
Madinah merupakan kota paling suci yang kedua bagi umat Islam. Hal ini adalah kerana di Madinah terletaknya Masjid an-Nabawi yang mana terdapat makam Nabi Muhammad s.a.w.. Kawasan itu dibina di atas tapak rumah Nabi Muhammad s.a.w. Rumah baginda kemudiannnya menjadi sebahagian daripada bangunan masjid apabila masjid itu diperbesarkan oleh Khalifah Al Walid ibni Abdul Malik daripada Kerajaan Ummaiyyah. (Wikipedia)