11 November 2009

Kopi bubuk Asli Pekanbaru

Aku jarang minum kopi, tapi kalau ke Indonesia kopi tak terhindarkan lagi. Bulan Syawal lalu aku dan sepupuku, Yuliardi, sedang mondar mandir di pasar bawah Pekanbaru, Riau sambil menunggu ibu-ibu shopping. Di sebuah toko, kami kami tercium aroma kopi asli yang masih 'fresh'.

Lantas kami berdua langsung membelinya. Satu kampit plastik harganya Rp 10,000 (RM 3.00+)

Hingga ke hari ini kopi itu masih disimpan dalam kabinet dapur kami. Sesekali aku menikmatinya sendirian karena tak seorang pun penghuni rumahku yang minum kopi. Ketika aku menulis ini kopi bubuk asli yang tidak ditapis itu berada disisiku.

Sekarang aku coba menghirupnya. "Slurrrp ... kow sedaap."

Syafrein Effendiuz ialah editor di Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, dan Artikel Sentral. Selain Catatan Sekilas, dia juga mengelola http://www.xteamsystem.com/fendi/, Manggis.Info, Usahawan Maya, Perkahwinan, Tokoh dan lain-lain.

27 Mei 2009

Seorang demi seorang, kawan lamaku

Akhirnya seorang demi seorang saya dapat kontak lagi dengan kawan-kawan lama setelah sekian lama mencari mereka.

Beberapa waktu yang lalu saya dapat berhubungan dengan Marzani Anwar melalui blognya.

Kemudian Arief Mudatsir, hanya dapat dengar kabar dari jauh. Di Facebook saya minta jasa baik Mas Slamet Effendi Yusuf untuk mendapatkan no HPnya. Lantas saya terus kontak Arief setelah mendapatkan no HPnya dari Mas Slamet. Sayangnya sms saya tidak dibalas.

Penasaran juga nih! Lewat Marzani, saya dapat no HP yang lain, dan terus kontak Arief. alhamdulillah berhasil juga. Kebetulan Arief berada di Singapura, transit dari Manila dalam rangka lawatan rombongan DPR RI ke Parlimen Filipina.

"Kalau ke Jakarta, jangan lupa kontak saya," pesan Arief kepada isteri saya, yang juga teman sekelasnya di IAIN (sekarang UIN) Sunan Kalijaga.

Masalahnya dalam waktu yang singkat di Jakarta, tak mungkin dapat bertemu dengan semua teman-teman. Menurut Arief, ada pertemuan alumni IAIN di Batam 16 Mei ini. Mungkin di sini ada peluang jumpa kawan-kawan lama.

Kami sekeluarga berangkat ke Jakarta pada 31 Mei ini, kemudian ke Bandung dan Yogyajarta. Hanya 10 hari.

Syafrein Effendiuz ialah editor di Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, dan Artikel Sentral. Selain Catatan Sekilas, dia juga mengelola UsahawanInternet.com, i-ChargeZeromax.com, http://www.xteamsystem.com/fendi/, Manggis.Info, Usahawan Maya, Perkahwinan, Tokoh dan lain-lain.

Ada asap, adalah api ...

Ada asap, adalah api = Sangat rapat, tidak boleh dipisahkan.

15 Oktober 2008

Jalil Miran dan Rafie Hussin telah tiada

Pagi Isnin yang lalu Suhaimi Hamid, editor Hidayah, menelefon saya bahawa Jalil Miran telah meninggal dunia. Jalil adalah rakan sekerja kami tahun 80-an dulu.

Dia pernah bertugas di Variapop dan terakhir sebagai wartawan misteri di Variasari.
Kemudian dia beralih ke bidang perubatan tradisional.

Jalil meninggal setelah mengalami demam dan dikebumikan tanah pekuburan Ampang, Kuala Lumpur.

Malam tadi saya mendapat berita, Rafie Hussin, penyanyi dan pelakon 80-an meninggal dunia. Hari ini genap usianya 49 tahun. Dia meninggal dunia di kediaman keluarganya di Taman Rowther, Gombak, pada pukul 7 malam.

"Allahyarham hanya mengadu sesak nafas sehinggalah menghembuskan nafas yang terakhir,'' kata adik iparnya, seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

Hari ini jenazahnya dibawa ke Tanah Merah, Kelantan untuk dikebumikan.

Beliau turut berlakon dalamdalam filem Azura, 1984, sebagai Razif.

Allahyarham Rafie yang sedang mengusahakan penerbitan filem Naga Tasik Chini meninggalkan isteri, Zawinuni yang sedang mengandungkan anak kelima mereka serta empat cahaya mata lain.Zawinuni Mohd. Ramli

Allahyarham Rafie yang memulakan kerjayanya sebagai penyanyi pernah mendapat jolokan Elvis Presley Kelantan dan telah merakamkan beberapa buah album.

Selain filem Azura, Allahyarham juga pernah membintangi filem-filem lain seperti Di Ambang Kasih, Tujuh Biang Keladi, selain berlakon dalam banyak drama tempatan.

Kenangan terakhir saya bersama Rafie ketika mengadakan sesi fotografi bersama penyanyi Mazuin Hamzah, 1984.

Rafie kemudian menumpukan sepenuhnya kepada perniagaan keluarga.

27 September 2008

Ada bau, adalah bangkainya

Ada bau, adalah bangkainya = Setiap berita tentulah ada betulnya.

Syafrein Effendiuz ialah editor di Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, dan Artikel Sentral. Selain Catatan Sekilas, dia juga mengelola UsahawanInternet.com, i-ChargeZeromax.com, http://www.xteamsystem.com/fendi/, Manggis.Info, Usahawan Maya, Perkahwinan, Tokoh dan lain-lain.

Ada asap, adalah api

Ada asap, adalah api = Sangat rapat, tidak boleh dipisahkan.

Syafrein Effendiuz ialah editor di Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, dan Artikel Sentral. Selain Catatan Sekilas, dia juga mengelola UsahawanInternet.com, i-ChargeZeromax.com, http://www.xteamsystem.com/fendi/, Manggis.Info, Usahawan Maya, Perkahwinan, Tokoh dan lain-lain.

01 Mei 2008

Berikan kami 'kek' itu!

Siapakah yang lantang memperjuangkan kesamarataan pembahagian 'kek ekonomi'?

Adakah mereka ini begitu lapar?

Atau belum cukup kenyang?

Atau mereka iri hati?

Mengapa mereka yang disuap 'kek' itu masih juga belum pandai menyuap sendiri?

Syafrein Effendiuz ialah editor di Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guide-Info.com dan Artikel Sentral. Selain Catatan Sekilas, dia juga mengelola blog Usahawan Maya, Perkahwinan, Tokoh dan lain-lain.