02 Mei 2005

Akademi Fantasi Indosiar (AFI 2005)


Marisa dari kumpulan 'HIP' Akademi Fantasi Indosiar (AFI 2005) tereliminasi (keluar) malam tadi. Aku menonton siaran langsung sampai akhir. Marisa dari Medan termasuk dalam kumpulan HIP terdiri dari 11 orang akademia. Malam ini diadakan lagi siaran langsung dari kumpulan 'HOP' yang juga terdiri dari 11 akademia. Dari dua kumpulan Hip dan Hop ini akan dipilih 12 orang sebagai finalist AFI 2005. Najip Ali dari Singapura dijemput sebagai Co-Host mendampingi host tetap Adi Nugroho. Sementara Erwin Gutawa dan Naim sebagai pengkritik dan Trie Utami sebagai Eksekutor. Setelah tamat konsert, Marisa, Benny, Rika menduduki tempat terbawah. Dari ketiganya, Trie Utami memilih Marisa untuk membawa beg pulang ke Medan. Siapa pula yang akan pulang dari kumpulan HIP malam ini?. Sementara itu, Inul Daratista, mengadakan konsertnya di Kuala Lumpur
Catat Ulasan