27 Mei 2005

Sahabat Lama: DRS. H. As'ad Syam


Laman web Kabupaten Muaro Jambi

Ketika aku ke Yogya bulan April hingga Mei lalu, DRS. Imam Suja'i, mengabarkan bahawa DRS. H. As'ad Syam telah menjadi Bupati di Muaro Jambi, Jambi. Baru hari ini aku sempat mencarinya di internet. As'ad ternyata menjawat Bupati Muaro Jambi sejak 2002 hingga kini. Sebelumnya beliau menjawat jawatan Wakil Bupati. Namun, jawatan bupati ini menjadi kerusi hangat kerana banyak fitnah yang dihadapinya. Tapi, ada juga pujian yang diterimanya, antaranya adalah sebagai 'Bupati Pembayar Pajak Terbaik'. As'ad adalah seniorku di Yogya dulu dan sama-sama aktif di Himpunan Mahasiswa Islam (HMI).

Suatu hari nanti aku harap dapat berjumpa dengannya. Sementara itu, aku juga dikhabarkan oleh Prof. Syamsul bahawa sahabat kami DRS. Ahmad Dahlan ikut bertanding sebagai calon Walikota Batam (Pilkada 2005). Imam juga mengabarkan sahabat kami yang lain, DRS. Thoha Masrukh Abdillah, berasal dari Kendal juga bertanding sebagai calon bupati di daerahnya.

Tiada ulasan: