24 April 2006

Tun Abdul Ghafar Baba telah tiada ...

Mantan Timbalan Perdana Menteri, al-Marhum Tun Abdul Ghafar Baba telah selamat disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara dengan penuh istiadat pengebumian pembesar negara.

Saya mengucapkan takziah kepada keluarga beliau di atas kembalinya al-Marhum pada 23hb April 2006 ( 24 Rabiul Awal 1427).

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh al-Marhum. Amin!

Berita terkait:

18 April 2006

Kesian artis Malaysia ...

Konsert malam Indonesia bukan saja kecoh seketika, tapi juga mendapat reaksi yang kurang senang dari artis Malaysia. Mereka telah dianaktirikan.

Tanya Linda @Astro telah membincangkan isu ini. Pagi tadi, Floppoppy muncul di MHI TV3 juga ditanya mengenai isu ini. Pokoknya, kurang senanglah.

Tapi para sponsor terus dan akan terus menjemput artis luar negara kerana ... sudah pasti ia mendatangkan keuntungan material. Ini soal perniagaan ... di mana ada permintaan, tentu ada bekalan. di mana ada gula di situ semut berkerumun.

Jeritan artis-artis itu ... mungkinkah mereka mendengarnya?

Gelandangan

Ketika memandu CS mendengar istilah "gelandangan" disebut oleh seorang DJ Era.fm. Ketika jam 7:20. Gelandangan adalah istilah yang biasa digunakan di Indonesia yang membawa maksud "kutu rayau". Mereka tidak punya rumah ("tuna wisma") hidup bergelandangan di "emperan" toko, di kolong jambatan atau di mana saja.

Bertambah satu lagi istilah Indonesia digunakan di Malaysia.

07 April 2006

es_ver


DOMAIN VERIFICATION PAGE

06 April 2006

Dilarang Parkir!

"Dilarang Parkir di sini!"

Adakah anda faham maksudnya? Mungkin ya dan mungkin pula tidak. Maksudnya, "dilarang meletak kenderaan di sini!"

Istilah ini sudah biasa di Indonesia tetapi tidak di Malaysia. Saya timbulkan topik ini kerana beberapa hari yang lalu saya mendengar seorang DJ Era.fm menggunakannya. Bertambah satu lagi istilah Indonesia digunakan di sini.

'Parkir' berasal dari bahasa Belanda 'parkeren '. Perparkiran = parkeer. Terparkir = geparkeerd staan. Maklumlah, Indonesia dijajah Belanda 450 tahun!

Tahun 1980 ketika saya melalui Jalan Ampang ('persisnya' di depan bangunan Standard & Chartererd Bank = kini Standard Chartered), di atas lot parkir tertera papan tanda 'Simpan Kosong'. Agak aneh kedengaran bagi telinga saya kerana ketika itu saya masih belajar di Indonesia dan terbiasa menggunakan bahasa Indonesia.

Kemudian barulah saya tahu maksud papan tanda itu supaya mereka yang tidak berkepentingan dilarang parkir di situ kerana ia telah dirizabkan khas untuk kegunaan pegawai di situ.

Istilah "mantan" dan "khinzir"

Sejak 2006 ini, terutama dua bulan terakhir, saya sering mendengar istilah "mantan" digunakan di Radio Televisyen Malaysia (RTM). Memang, istilah ini bukan baru bagi peminat bahasa Melayu. Di Indonesia saya telah mendengar istilah ini sejak 1970-an lagi. Radio Singapura juga telah lama menggunakannya.

Sekali air bah sekali pantai berubah. Agaknya, kebijakan siapalah yang membuat RTM menggantikan istilah 'bekas' menjadi 'mantan' ini?

Kadang-kadang kita ghairah menggunakan istilah tertentu seperti suatu ketika dulu: 'canggih', 'wawasan', 'mapan' (sehingga salah sebut menjadi mampan!). Ada baiknya juga menggunakan istilah baru bagi memperkaya perbendaharaan bahasa. Yang tak baiknya jika kita sekadar melatah.

Saya kurang setuju jika istilah babi ditukar menjadi khinzir. Untuk apa? Eloklah kita gunakan 'babi' saja. Itukan bahasa kita, buat apa takut dan buat apa malu. Lainlah kalau perkataan itu tidak wujud dalam bahasa Melayu.