01 Oktober 2007

Berkebun ...

Yang namanya Syafrein Effendiuz ini bukanlah seorang yang suka berkebun di sekitar taman rumahnya. Hanya sekali sekala saja dia membantu isterinya mencangkul atau mengorek tanah kerana ini memerlukan tenaga seorang lelaki.

Pagi ini hujan lebat. Selepas mengantar anak ke sekolah, hujan mula reda. Cuaca sejuk, redup dan nyaman. "Ini kesempatan yang baik untuk berkebun," fikir Effendiuz. Biar pun berpeluh, tapi tak terasa haus sangat seperti beberapa hari yang lalu. Maklum sajalah kalau tekak dahaga di bulan puasa ini, tak boleh nak minum kan?

Mula-mula Effendiuz menamam pokok-pokok ini.



Sebenarnya tapak untuk pokok ini telah dicangkul dan digemburnya sebelum puasa lagi. Kemudian bab menamam ini sebenarnya projek isterinya, tapi kerana kesibukannya, projek ini terhenti. Effendiuz cuba membantu menamamnya. Harap pokok ini tumbuh subur seperti di bawah ini.



Ini pula tapak yang telah dicangkul tapi belum sempat ditanam:


Selepas menanam pokok-pokok diatas, Effendiuz menggemburkan pokok-pokok ini:


Beberapa hari yang lalu Effendiuz telah pun membersihkan rumput-rumput liar di sekitar pokok. Hari ini selain menggembur tanah, dia menyusun semula batu-batu di sekeliling pokok ini.

Tanaman di sekeliling pokok pinang ini ditanam dan diselenggarakan oleh isterinya.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

besar dan cantik rumah abang kalau mau bibit mangga banyak disini dirumah saya nanti kalau saya jalan2 ke melaka bolehkan singgah ke rumah abang?

JOM JALAN berkata...

Terima kasih. Dalam foto nampaklah besar, realitinya sederhana saja. Saya dah tanam 2 pohon mangga di depan tapi tak berbuah. Siapa tau bibit Medan akan berbuah banyak ya.