Aku, sebagai seorang Muslim, mengutuk sekeras-kerasnya serangan orang yang tidak bertanggungjawab ini. Perbuatan ini jelas bukan perbuatan seorang Muslim sejati.
Kejadian ini, tidak dapat tidak, dikaitkan dengan Islam memandangkan umat Islam di Malaysia sedang hangat membantah penggunaan nama Allah oleh orang non-Muslim.
"Isu ini akan bertambah besar sekiranya pihak-pihak yang berkaitan tidak bijak menanganinya. Mudah-mudah-mudahan ia dapat diselesaikan secara aman," demikian harapanku beberapa hari yang lalu.
Ternyata ada orang yang menangguk di air keruh. Mereka cuba memburukkan imej Islam di mata dunia yang sebelum ini memang telah tercalar dan dicap sebagai pengganas.
Kita masih tidak lupa sejarah bagaimana toleransinya pemimpin-pemimpin Islam terdahulu, seperti Salahuddin al-Ayyubi. Aku memetik tulisan mengenai panglima terbilang ini:
Tercatat di dalam sejarah, apabila pihak muslim berjaya mengepung kota Baitul Maqdis, walaupun beliau berupaya meranapkan pertahanan kaum kristian di sana, tetapi beliau telah memilih jalan perdamaian, di mana beliau bersetuju membenarkan kaum kristian itu meninggalkan kota tersebut dengan aman.Ini adalah satu contoh bagaimana Islam menganjurkan perdamaian dan toleransi. Banyak lagi dapat kita gali dari buku-buku sejarah. Semoga peristiwa hitam ini tidak berlanjutan.
Sejarah juga mengatakan takkala melihat tentera kristian ada yang terpaksa mengusung bapa – bapa mereka yang uzur keluar daripada kota tersebut membuatkan hati Salahuddin tersentuh dan memerintahkan orang–orangnya memberi binatang tunggangan dan sejumlah harta bagi kegunaan tentera kristian tersebut.
Walaupun mengikut perjanjian, mereka yang diberi peluang meninggalkan kota Baitul Maqdis itu dengan bayaran wang tebusan yang tertentu termasuk 7,000 orang kristian yang miskin, tetapi ada juga mereka yang dibenarkan pergi begitu sahaja tanpa bayaran oleh Salahuddin, malah mereka juga dibenarkan membawa apa sahaja termasuk harta dan perhiasan yang mereka miliki tanpa gangguan. Salahuddin sendiri membebaskan 10,000 orang fakir dan miskin kristian tanpa sebarang bayaran. [Rainman]
Berita Terkait: Najib Kutuk Perbuatan Serang Gereja
Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, Munakahat, Artikel Sentral, Catatan Sekilas, Perkahwinan, NikahKahwin.Co.Cc, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online.