02 Januari 2010
"Nama Allah", cabaran pertama umat Islam tahun 2010
Pada 31 Disember 2009 umat Islam dikejutkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Yang Arif Hakim Dato' Lau Bee Lan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan akhbar The Herald untuk menggunakan perkataan "ALLAH" sebagai ganti nama "God" bagi penerbitannya dalam versi Bahasa Melayu. Keputusan ini telah mencetuskan satu polemik dan kontorversi di kalangan umat Islam di Malaysia.
Utusan Malaysia melaporkan, sekumpulan ahli daripada 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di hadapan Masjid Wilayah Persekutuan semalam bagi membantah keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan akhbar mingguan Gereja Katholik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.
Mereka berkumpul selepas solat Jumaat dengan membawa sepanduk yang menentang keputusan berkenaan.
Antara NGO yang mengambil bahagian adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Negeri Perlis, Selangor dan Perak, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia dan Alumni UMNO Luar Negara.
Yang Dipertua Perkasa Negeri Perlis, Ameir Hassan berkata, sebagai orang Melayu beragama Islam yang sekian lama menggunakan kalimah Allah, mereka berasa tercabar dengan keputusan itu.
Majlis Fatwa Kebangsaan digesa segera bermesyuarat bagi memutuskan kekeliruan berhubung keputusan mahkamah membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, fatwa khusus perlu segera diwartakan bertujuan menghalang pihak tertentu mengeluarkan pendapat berbeza tanpa mengira sensitiviti agama Islam.
Menurut beliau, kerajaan juga perlu segera menggubal dan melaksanakan Akta Sekatan Pengembangan dan Dakyah Agama Lain ke atas orang Islam di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak kerana negeri-negeri lain sudah lama melaksanakannya.
"Mengapa empat negeri ini masih belum melaksanakannya? Sekiranya akta tersebut wujud, sudah tentu keadaan akan berbeza kerana akan menjadi suatu kesalahan jenayah jika menggunakan perkataan Allah untuk tujuan selain Islam sebagaimana yang diperuntukkan di negeri-negeri lain.
"Sistem perundangan kita juga perlu dikaji semula terutama dalam isu-isu yang membabitkan hal ehwal Islam termasuk perundangan dan syariatnya perlu dirujuk dan dibicarakan di Mahkamah Syariah," katanya dalam blog zul4kulim.blogspot.com di sini hari ini.
Tambah Zulkifli, kes itu seperti mengulang kes Natrah apabila kewibawaan dan kemuliaan agama Islam dicabar dan pada masa itu alasannya adalah kerana negara diperintah oleh British.
"Tapi apakah alasan sama kita boleh gunakan sekarang. Dalam keadaan kita memerintah, dalam keadaan umat Islam menguasai 135 kerusi Parlimen yang walaupun bukan dua pertiga tetapi merupakan majoriti mutlak.
"Ia sepatutnya membolehkan kita menentukan hala tuju agama Islam dan membela serta mempertahankan maruah agama kita," katanya.
Isu ini akan bertambah besar sekiranya pihak-pihak yang berkaitan tidak bijak menanganinya. Mudah-mudah-mudahan ia dapat diselesaikan secara aman.
Baca juga: Nama Allah Ternyata Bukan Isu Kepartian..
Click here for english version!
Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, Munakahat, Artikel Sentral, Catatan Sekilas, Perkahwinan, NikahKahwin.Co.Cc, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan