21 Februari 2011

Buang bayi lagi!

ANGGOTA polis memeriksa mayat seorang bayi lelaki yang ditemui orang ramai di kawasan semak berhampiran kawasan letak kereta bersebelahan dengan Sri Pentas TV3 di Bandar Utama, Damansara, Kuala Lumpur, 20 Feb. - Utusan/HAFIZH KHOSMAT
Dari hari ke hari, perbuatan jahiliyah ini semakin menjadi-jadi. Semakin banyak dibangkitkan masalah ini di pelbagai media, semakin banyak pula kita dapati kes-kes buang bayi ini.

Kita tak sampai hati melihat gambar-gambar bayi yang baru dilahirkan dicampakkan ke dalam longkang, lubang tandas, semak-samun dan juga dalam beg plastik. Alangkah hibanya hati kita melihat keadaan bayi yang tidak berdosa ini

Anda ada jalan penyelesaiannya?
Pautan: Syafrein.com, Dompas.Net, Guided-Info.com, AlorGajahHomestay.com, Make Money So EZ

13 Februari 2011

Datuk Malek Noor menziarahi Bujang Taha

PERTEMUAN dua bekas jaguh bina badan negara, Datuk Malek Noor (kanan) yang menziarahi Bujang Taha yang rumahnya musnah dalam kebakaran baru-baru ini, di Kampung Tanjung, dekat Petra Jaya, Kuching, 13 Feb. Utusan/AMIR HAFIZ ABD RAHMAN

Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, Munakahat, Artikel Sentral, Catatan Sekilas, Perkahwinan, NikahKahwin.Co.Cc, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online.

11 Februari 2011

Akibat memakan ubat yang salah


NORMAH Husin menunjukkan keadaan kulit wajahnya dan seluruh anggota badannya yang bersisik dan menggelupas teruk didakwa akibat memakan ubat yang salah diberikan oleh pihak Hospital Raja Perempuan Zainab II, ketika ditemui di rumahnya, di Kota Bharu, Kelantan, 7 Feb. - Utusan/AIZZUL A.MAJID
Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, Munakahat, Artikel Sentral, Catatan Sekilas, Perkahwinan, NikahKahwin.Co.Cc, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online.

01 Februari 2011

Bandar atau Bandaran

Kemalangan maut di Lebuh Raya Plus berhampiran Simpang Ampat, Melaka.
Pertama, mari kita semak berita Utusan Malaysia di bawah ini:

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Empat belas maut pada hari keempat Ops Sikap ke-23 semalam, menjadikan jumlah korban akibat kemalangan jalan raya sejak operasi bermula Khamis lepas, meningkat kepada 51 orang.

Berdasarkan statistik laman web Polis Diraja Malaysia, daripada jumlah itu tujuh adalah penunggang motosikal, empat pengguna kereta dan seorang masing-masing pejalan kaki, pengguna van dan pemandu lori.

Sebanyak 1,250 kemalangan dilaporkann semalam, dan jalan bandaran mencatatkan jumlah tertinggi dengan 515 kemalangan, diikuti jalan persekutuan (316), jalan negeri (176), lebuh raya (175) dan jalan-jalan lain sebanyak 68 kes.

Semalam juga menyaksikan polis mengeluarkan 7,917 saman di atas pelbagai kesalahan trafik. - Bernama
Kedua, saya tertarik dengan perkataan bandaran. Mengapa mereka memilih "bandaran" dan bukan "bandar" sahaja?

Apakah mereka terpengaruh dengan perkatan persekutuan (dengan imbuhan per dan an)?

Jika mereka konsisten dengan jalan bandaran, sepatutnya jalan negeri menjadi jalan negerian, lebuh raya menjadi lebuh rayaan. Bukankah begitu?

Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, Munakahat, Artikel Sentral, Catatan Sekilas, Perkahwinan, NikahKahwin.Co.Cc, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online.