08 April 2014

MH370: Sabar menunggu khabar

Hari ini sudah masuk 32 hari pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 hilang dan operasi mencari masih lagi diteruskan sehingga ke hari ini.

Kejadian yang sama sekali tidak disangka pada 8 Mac lalu sememangnya mengejutkan bukan sahaja negara malah seluruh dunia.



MH370

Oleh T.K. Letchumy Tamboo dan Syafique Shuib


Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing pada pukul 12.41 pagi pada 8 Mac  lalu tetapi tidak pernah sampai ke destinasinya. Penerbangan itu membawa 239 penumpang dan anak kapal dari 15 negara termasuk Malaysia. Penerbangan itu terputus hubungan dengan Kawalan Trafik Udara Subang di luar Kuala Lumpur dan masih hilang sehingga hari ini. Usaha mencari dan menyelamat yang melibatkan pelbagai negara, yang merupakan terbesar di dalam sejarah, bermula untuk mencari pesawat itu.

SAR dan siasatan setakat ini

Setelah kehilangan pesawat itu di perairan Vietnam, Teluk Thailand dan Laut China Selatan menjadi fokus carian di mana ia dipercayai berada. Dalam tempoh beberapa hari, kawasan diperluaskan kepada Selat Melaka dan Laut Andaman.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 15 Mac, berkata misi SAR memasuki fasa baru, iaitu di koridor utara dan selatan. Australia dan Indonesia diberi tanggungjawab untuk mengetuai kawasan masing-masing. Sebanyak 26 negara yang terlibat dalam pencarian.

Najib Tun Razak

Pada 24 Mac, Najib mengesahkan dua analisis yang dibuat secara bebas iaitu Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) dan Inmarsat, dan membuat kesimpulan "yang tidak meragukan" bahawa pesawat telah hilang di bahagian selatan Lautan Hindi dengan tiada yang terselamat. Kesimpulan ini membawa kepada semua kawasan carian dihentikan, kecuali bahagian selatan Lautan Hindi, atau koridor selatan.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, semua kakitangan MAS, jurutera yang terlibat dalam mengendalikan pesawat MH370 sedang disiasat oleh pihak polis manakala Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kehilangan MH370 disiasat di bawah Seksyen 130(C) Kanun Keseksaan bagi kesalahan merampas, keganasan dan sabotaj, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003.

Polis kemudiannya merampas simulator penerbangan dari rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang  MH370.

Pada 26 Mac diumumkan imej satelit berjaya mengesan 122 objek. Ia dirakam pada 23 Mac dan menunjukkan objek sepanjang satu meter hingga 23 meter. Kemudian, FBI mengumumkan bahawa analisis data dari simulator penerbangan yang diambil dari rumah juruterbang pesawat MH370 sudah selesai.

Imej satelit Thailand pula mendedahkan 300 objek, yang mempunyai ukuran dua hingga 15 meter, terapung di selatan Lautan Hindi, pada 27 Mac.

Satelit Thailand

Pada 30 Mac, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata beberapa objek yang  diambil oleh HMAS Success dan Haixun 01 pada hari Sabtu telah diperiksa dan dipercayai tidak berkaitan dengan MH370.

Perdana Menteri Australia, Tony Abbott kemudiannya menyokong pandangan Najib bahawa laluan pesawat MH370 itu berakhir di selatan Lautan Hindi. Kementerian Pengangkutan juga mengeluarkan transkrip penuh komunikasi di antara pesawat MH370 dan Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur, yang tidak menunjukkan apa-apa yang luar biasa. "Good night Malaysian three seven zero" adalah perbualan terakhir dalam transkrip di antara pengawal trafik udara (ATC) dan kokpit.

Pada 5 dan 6 April, pengesan kotak hitam digunakan oleh kapal peronda China Haixun 01 mengesan dua denyutan pendek di selatan perairan Lautan Hindi. Satu lagi denyutan dikesan di selatan Lautan Hindi oleh Kapal Pertahanan Australia Ocean Shield kira-kira 300 batu nautika dari isyarat denyutan yang dikesan oleh Haixun 01.

Pada 7 April, kapal pertahanan Ocean Shield sekali lagi mengesan dua isyarat yang konsisten dengan yang dipancarkan oleh kotak hitam pesawat.

Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston berkata isyarat "pinger" yang pertama dikesan selama dua jam 20 minit, manakala yang kedua ini dikesan selama 13 minit.

SAR di Perth

Apa yang kita tidak tahu

Lokasi sebenar
Fokus carian telah berubah berkali-kali sejak kawalan trafik udara terputus hubungan dengan pesawat Boeing 777 itu di antara Malaysia dan Vietnam. Ia bermula di Laut China Selatan, dan beralih ke arah Selat Melaka di sebelah barat. Kemudian kapal terbang dikesan isyaratnya setiap jam oleh sebuah satelit milik Inmarsat, sebuah syarikat British, selepas transponder pesawat dan semua sistem komunikasi telah ditutup dan menyebabkan Najib untuk mengatakan bahawa penerbangan berakhir di koridor selatan.

Kotak hitam
Kita tidak akan mengetahui apa-apa jawapan sehingga kotak hitam ditemui. Ia penting bagi melakukan siasatan lanjut kelak. 

Tiada bukti fizikal seperti mayat dan bangkai pesawat
Sejak beberapa bulan lepas, terdapat pelbagai “objek” yang dikesan satelit, terutama sekali dari satelit Australia, China dan Perancis. Walau bagaimanapun, beberapa "objek" itu didapati tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan penerbangan yang hilang.

Teori konspirasi

Teori konspirasi

Sejak hari pertama kehilangan pesawat M370, pelbagai teori konspirasi timbul. Berikut adalah beberapa teori konspirasi:

Pesawat itu dirampas
Insiden itu disamakan dengan kejadian 9/11 dan pakar penerbangan percaya bahawa pesawat berkenaan mungkin telah dirampas walaupun tidak semestinya untuk tebusan atau tuntutan lain.

Rampasan melalui telefon bimbit
Kononnya telefon bimbit digunakan untuk mengodam sistem pesawat dan "menukar  kelajuan, ketinggian dan arah dengan menghantar isyarat radio kepada sistem pengurusan penerbangan. Ia kemudiannya boleh mendarat atau membuat pesawat terhempas dengan kawalan jauh."

Diego Garcia
Ada yang berkata bahawa MH370 telah dirampas oleh Amerika Syarikat dan kemudian diterbangkan ke pangkalan tentera Amerika Syarikat di Diego Garcia atau pesawat itu terus mendarat di pangkalan itu secara sendirinya. Teori terakhir dibangkitkan pada taklimat harian White House pada 18 Mac , Setiausaha Akhbar Jay Carney menjawab, "Itu tidak mungkin.”

Keganasan
Tiadanya panggilan kecemasan daripada juruterbang menunjukkan sama ada pesawat tersebut mengalami penyahmampatan letupan atau dimusnahkan oleh bahan letupan membawa kepada teori ini. Berdasarkan laporan, Malaysia juga amat terdedah terhadap ancaman aktiviti pengganas dan dijadikan sebagai negara transit dan perancangan bagi pengganas.

Letupan di atas kapal
Ada laporan berkata bahawa tekanan dalam kabin secara tiba-tiba boleh menyebabkan penyahmampatan letupan.

Masalah mekanikal
Pakar berkata pesawat yang berpatah balik kebiasaannya disebabkan terdapat kerosakan pada pesawat. Namun tiada panggilan kecemasan dilakukan oleh juruterbang.

Pesawat terhenti secara tiba-tiba
Sesetengah pakar mengaitkan beberapa persamaan di antara kejadian MH370 dan kehilangan Penerbangan Air France 447.

Kesilapan juruterbang
Juruterbang mungkin tidak sedar kapal terbang telah tersasar.

Pesawat ‘berhantu’
Beberapa teori konspirasi mencadangkan bahawa pesawat itu bertukar menjadi kapal terbang ‘hantu’ selepas setiap penumpang kapal terbang, termasuk juruterbang,  tidak sedarkan diri akibat tekanan kabin. Pada tahun 2005, penerbangan 522 Boeing 737 milik Helios Airways terhempas di Greece kerana juruterbang mati akibat hipoksia dan telah tersalah anggap tentang isyarat dan lampu amaran tekanan dan kepada isyarat keselamatan yang lain. Kru penerbangan yang mempunyai latihan juruterbang dan mampu untuk kekal sedar, cuba tetapi tidak berjaya untuk mengawal kapal terbang sebelum pengsan. Pesawat itu berada di udara selama dua jam sebelum kehabisan minyak dan terhempas.

15 Februari 2014

PUISI517: Puisi 5 Larik 17 Kata

PUISI517--awalnya dinamakan Puisi Sujud--telah digagaskan oleh Syafrein Effendi Usman pada 13 Januari 2013 dan diperkenal melalui beberapa grup puisi di Facebook pada 13 Julai 2013/5 Ramadan 1434.

Puisi517 adalah puisi yang acuannya terdiri dari 5 larik dan jumlah perkataannya 17 kata, seperti contoh berikut:

DOA #1

Allahumma kumohon padaMu
lidah petah lembut basah
menyebut AsmaMu
hingga gegar getarnya menggoncang,
merasuk masuk dalam sukmaku

Keterangan:

  • Tema: Ketuhanan/kerohanian
  • Judul mesti 1 (satu) kata
  • Contoh di atas mengikut acuan  acuan Maghrib (3-4-2-4-4). Boleh juga dengan acuan Subuh (2-4-4-3-4), acuan Zohor (4-4-3-4-2), acuan Asar (4-3-4-2-4), dan acuan Isyak (4-2-4-4-3)
Contoh lain Puisi517 dengan acuan Subuh:

MIKRAJ 
Subuh Jumaat
Ziarah suci ke langit
Antara minda dan rasa
Menitis air mata
Istighfar dari seorang hamba 

Ini contoh acuan Subuh yang ketat (rigid) tapi tidak semesti begitu. Ketat? Huruf pertama setiap baris sengaja direka untuk mewakili waktu solat: S(ubuh), Z(ohor), A(sar), M(aghrib),I(syak).

Melaka, 13 Julai 2013/5 Ramadan 1434.

SOALAN LAZIM (FAQ)

1. Mengapa saya membuat formula PUISI517?

Sebelum ini saya menulis haiku. Pola haiku ialah 5-7-5 terdiri dari 17 suku kata. Saya tertarik dengan angka 17 yang tidak asing bagi setiap Muslim, yaitu solat wajib 5 waktu (terdiri dari 17 rakaat). Dalam waktu yang sama, saya merasakan menulis haiku yang baik dalam bahasa Melayu agak sukar karena setiap kata menpunyai suku kat yang lebih banyak berbanding on (moras) dalam bahasa Jepang.

Lantas saya mencoba menulis puisi semacam haiku terdiri dari 17 kata dan 5 larik (PUISI517). Ini sesuai dengan kehidupan saya sebagai seorang Muslim yang melaksanakan solat 5 waktu sehari dan semuanya tediri dari 17 rakaat ( 5 larik = solat lima waktu. 17 kata = 17 rakaat.)

Setiap aktivitas kita adalah ibadah jika dilaksanakan dengan niat ikhlas karena Allah. Ketika saya menulis puisi dengan pola 5 larik dan 17 kata, secara otomatis saya sadar bahwa saya adalah hamba Allah Yang Mahas Esa. Saya sadar bahwa saya wajib melakasanakan solat 5 waktu sehari yang rakaatnya berjumlah 17. Saya harus berusaha mencapai taqwa.

Apakah PUISI517 ini khusus membahas tentang ketuhanan, khususnya Islam saja?

Dilihat dari segi pola tuangnya, PUISI517 terdiri dari 5 larik dan 17 kata. Siapa saja boleh menghasilkan karya kreatif lewat pola tuang ini.

Temanya: Ketuhanan dan kerohanian mencakupi hubungan manusia dengan Tuhan, hubungan manusia dengan manusia, dan hubungan manusia dengan alam.

Judulnya harus 1 kata sebagai lambang Ketuhanan Yang Maha Esa.

Dari segi filosfisnya #‎PUISI517 adalah hasil dari penghayatan dan interaksi saya sebagai Muslim yang beriman kepada Allah Yang Maha Esa dan utusanNya, Nabi Muhammad s.a.w. Ia mencakupi

  1. Nilai Tauhid (dilihat dari judulnya: 1 kata dan terletak paling atas sekali)
  2. Nilai Ibadah karena puisi ini mengacu kepada solat wajib lima waktu: acuan-acuan Subuh, Zohor,Asar, Maghrib, dan Isyak.)
  3. Nilai Akhlak sebagai hasil dari penghayatan Tauhid dan pelaksanaan Ibadah kepada Allah.

Jadi, seorang penyair non Muslim dapat menghasilkan Puisi517 berpandukan dengan pola tuangnya saja. Bagi penyair Muslim seyogianya menghayati nilai-nilai filosfis tersebut.

08 Januari 2014

Map

+2° 16' 40.72", +102° 12' 49.75"
75250 Melaka
http://goo.gl/maps/DT7SC

Sent from my iPad

01 Januari 2014

Maksiat menjelang tahun baru

ASTRO AWANI melaporkan pasangan berstatus datuk dan nenek yang masih beristeri dan bersuami serta mempunyai cucu antara empat pasangan yang dicekup Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JAIK) di Alor Setar awal pagi Rabu.

Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang dan Syariah Negeri Kedah, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud yang mengetuai operasi itu berkata, kedua-dua pasangan itu ditahan di sebuah hotel murah, di Simpang Kuala pada pukul 2.03 pagi.

Turut ditahan dalam operasi itu ialah sepasang pelajar dari sebuah institusi pengajian tinggi awam di Kulim serta dua pasangan berusia sekitar 20-an.

Selain pasangan berkhalwat itu, turut ditahan ialah enam pasangan yang berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

Sementara itu, dalam satu lagi operasi di Jalan Batas Paip, Kuala Kedah anggota JAIK terpaksa mengejar seorang lelaki yang melarikan diri ketika serbuan dibuat.

Lelaki berusia 29 tahun tahun itu, bagaimanapun datang semula ke rumah itu apabila dihubungi pasangannya yang berusia 19 tahun.

Pasangan yang mendakwa telah bertunang itu tinggal di rumah sewa berkenaan sejak beberapa bulan lepas.

Mereka bagaimanapun dibebaskan selepas butiran diambil dan JAIK mengarahkan lelaki itu  keluar dari rumah berkenaan bersama barangannya.

Trend Google PRU13