16 Ogos 2010

Ramadan pertama di jalanan


Puasa pertama Ramadan ini kamu menghabiskan waktu di sepanjang jalan dari Melaka ke Kluang, Mersing, Endau, Rompin, Bandar Mudzamshah, Segamat, Melaka sejauh 567 km.

Dalam perjalanan pulang, singgah di Medan Muara Tg Gemuk, Rompin melihat bazaar Ramdan. Di sini kami membeli juadah untuk buka puasa nanti.
Penjaja di Tg Gemuk
Otak-otak di Tg Gemuk

Setibanya di Bandar Muadzamshah, kami singgah lagi meninjau bazaar Ramadan di sini.

Ayam panggang Muadzamshah
Pengunjung di bazaar Ramadan Muadzamshah
Aku duduk di sini menunggu mereka berbelanja.
Dari Muadzamshah kami menuju ke Segamat, kemudian ke Tangkak. Tiba di Batu 8, kami singgah di sebuah medanselera yang kosong. Kami berhenti di situ untuk berbuka puasa. Jam 10 malam baru sampai di Melaka.
Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, Munakahat, Artikel Sentral, Catatan Sekilas, Perkahwinan, NikahKahwin.Co.Cc, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online.

11 Ogos 2010

Ramadan datang lagi

Alhamdulillah dapat juga kita bertemu dengan bulan Ramadan tahun ini.

Memasuki hari pertama, harapanku tak lain agara puasa kali ini dapat lebih sempurna dari tahun-tahun sebelumnya, puasa segenap anggota badan, puasa dari makan minum, puasa mulut, puasa mata, puasa telinga.

Semoga aku diberi kekuatan meningkatkan amalan di bulan yang penuh berkah ini sehingga dapat mencapai nilai taqwa sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.

Taqwa secara umumnya disimpulkan, "mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya."

Berbicara soal taqwa ini, aku teringat khutbah Prof. DR H.A. Mukti Ali (menteri Agam RI ketika itu) di masjid al-Nur, Pekanbaru pada tahun 1974. Beliau mengulas secara ringkas ciri-ciri orang bertaqwa dengan memetik surah al-baqarah ayat 1 – 5:

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

الم ﴿١﴾ ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ ﴿٢﴾ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ ﴿٣﴾وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ ﴿٤﴾ أُولَـٰئِكَ عَلَىٰ هُدًى مِّن رَّبِّهِمْ ۖ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ ﴿٥﴾

Alif laam miim. Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa, (iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung.

Orang yang bertaqwa antara lain:

  • mereka yang beriman kepada yang ghaib,
  • yang mendirikan solat,
  • dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka
  • dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu,
  • serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat.

Pada ayat pula dijelaskan bahawa orang yang melakukan perakara-perkara di atas, "Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung."

Semoga kita termasuk ke dalam golongan ini. Amin.

P.S: Hadis-hadis berkenaan puasa dapat disemak di Syafrein.com. Baru ada 3 hadis dan insya Allah akan ditambahkan lagi.


 


 

06 Mei 2010

Reuni Angkatan 75 Fakultas Tabriyah UIN Sunan Kalijaga 29 Mei 2010

Pagi ini aku baru saja menerima SMS dari Zakiah, Yogyakarta, seperti berikut:

Assalamualaikum wr wb
Teman-teman alumni Fakultas Tarbiyah angkatan 75, kita akan mengadakan acara reuni pada tanggal 29 Mei 2010 bertempat di hotel UIN Suan Kalijaga.
Bagi yang mau hadir segera memberi kepastian kehadirannya ke nomeri ini secepatnya: +32811269663 paling lambat tgl 13 Mei 2010.
Atas perhatiannya kami ucapkan terima kasih.
Wassalaamualaikum wr wb
Zakiah
Jadi, teman-teman yang udah kangen antara satu sama lain, gunakan kesempatan baik ini untuk melepaskan kangen anda.

Ting tong: Kumpulan puisi enam penyair kampus IAIN Sunan Kalijaga Yogyakarta

Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, Munakahat, Artikel Sentral, Catatan Sekilas, Perkahwinan, NikahKahwin.Co.Cc, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online.

08 Januari 2010

Mengutuk serangan terhadap beberapa gereja di Lembah Klang


Awal hari ini, dua gereja -- satu di Desa Melawati, Kuala Lumpur dan satu lagi di Jalan Templer, Petaling Jaya -- mengalami kebakaran akibat perbuatan khianat manakala satu lagi juga di Petaling Jaya menerima ugutan, Bernama melaporkan.

Aku, sebagai seorang Muslim, mengutuk sekeras-kerasnya serangan orang yang tidak bertanggungjawab ini. Perbuatan ini jelas bukan perbuatan seorang Muslim sejati.

Kejadian ini, tidak dapat tidak, dikaitkan dengan Islam memandangkan umat Islam di Malaysia sedang hangat membantah penggunaan nama Allah oleh orang non-Muslim.

"Isu ini akan bertambah besar sekiranya pihak-pihak yang berkaitan tidak bijak menanganinya. Mudah-mudah-mudahan ia dapat diselesaikan secara aman," demikian harapanku beberapa hari yang lalu.

Ternyata ada orang yang menangguk di air keruh. Mereka cuba memburukkan imej Islam di mata dunia yang sebelum ini memang telah tercalar dan dicap sebagai pengganas.

SALADIN: Hero of IslamKita masih tidak lupa sejarah bagaimana toleransinya pemimpin-pemimpin Islam terdahulu, seperti Salahuddin al-Ayyubi. Aku memetik tulisan mengenai panglima terbilang ini:
Tercatat di dalam sejarah, apabila pihak muslim berjaya mengepung kota Baitul Maqdis, walaupun beliau berupaya meranapkan pertahanan kaum kristian di sana, tetapi beliau telah memilih jalan perdamaian, di mana beliau bersetuju membenarkan kaum kristian itu meninggalkan kota tersebut dengan aman.

Sejarah juga mengatakan takkala melihat tentera kristian ada yang terpaksa mengusung bapa – bapa mereka yang uzur keluar daripada kota tersebut membuatkan hati Salahuddin tersentuh dan memerintahkan orang–orangnya memberi binatang tunggangan dan sejumlah harta bagi kegunaan tentera kristian tersebut.

Walaupun mengikut perjanjian, mereka yang diberi peluang meninggalkan kota Baitul Maqdis itu dengan bayaran wang tebusan yang tertentu termasuk 7,000 orang kristian yang miskin, tetapi ada juga mereka yang dibenarkan pergi begitu sahaja tanpa bayaran oleh Salahuddin, malah mereka juga dibenarkan membawa apa sahaja termasuk harta dan perhiasan yang mereka miliki tanpa gangguan. Salahuddin sendiri membebaskan 10,000 orang fakir dan miskin kristian tanpa sebarang bayaran. [Rainman]
Ini adalah satu contoh bagaimana Islam menganjurkan perdamaian dan toleransi. Banyak lagi dapat kita gali dari buku-buku sejarah. Semoga peristiwa hitam ini tidak berlanjutan.

Berita Terkait: Najib Kutuk Perbuatan Serang Gereja



Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, Munakahat, Artikel Sentral, Catatan Sekilas, Perkahwinan, NikahKahwin.Co.Cc, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online.

03 Januari 2010

Mencari perkataan "Allah" di internet



Aku mencari Perkataan "Allah" di Google dan hasilnya adalah sebagai berikut:

- 11.000.000 untuk "Who is Allah".
- 38.200.000 untuk "What is Allah"

Berikut adalah beberapa petikan dari carian tersebut.

Allah (nama Muslim untuk satu-satunya Tuhan) [WordNet Search]

Allah adalah nama Arab, yang berarti Tuhan.

Allah adalah Maha Pencipta alam semesta, Semua makhluk.

Muslim percaya bahawa Allah adalah Tuhan daripada Adam, Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad. Dialah tempat semua orang mencari pertolongan-Nya ketika mereka menghadapi bencana dan tidak ada yang dapat membantu selain Dia. [What is Allah]

Etimologi

Perkataan الله (Allah)dalam bahasa Arab ; serumpun dengan bahasa Ibrani Eloh', El berasal dari Proto-Semitik * ʾ il-.

Penggunaan 

The Arabs: A HistoryOrang Arab umumnya menggunakan perkataan الله untuk merujuk kepada Tuhan dalam bahasa Yahudi, Kristian, dan dalam konteks Islam, penggunaan Allah dalam bahasa Inggeris saat ini selalu menghadkan istilah ini dalam konteks Islam sahaja.

Berbagai-bagai akhbar mengesyorkan perkataan Arab ini diterjemahkan sebagai Tuhan kerana hal ini lebih mencerminkan penggunaan di kalangan Arab, tetapi dalam konteks Islam istilah ini sering dibiarkan tanpa diterjemah . Jadi kita sama-sama dapat melihat penggunaan "Allah Maha Besar = Allah is great" atau "Tuhan Maha Besar = God is great[الله#Arabic]

Dalam bahasa Arab, Allah secara harfiah bermaksud satu Allah. Hal ini cukup mudah untuk memahami bagaimana bahasa yang berbeza memberikan hal yang sama nama yang berbeza pula. Adakah sesuatu yang aneh mendengar seorang Muslim  memanggil Tuhan (God) nama lain, seperti "Allah", sementara anda menyebutnya Tuhan (God/Lord)?

Sesetengah orang yang tidak mempunyai fikiran; dalam dekad terakhir ini, semakin terlihat fenomena di internet dan dalam penerbitan. Allah dikatakan sebagai "dewa bulan" yang menjadi sembahan orang Arab, dan Kaabah (tempat suci Umat Islam di Bumi) adalah kuil-Nya. Bukti untuk teori ini adalah bulan sabit yang muncul di bahagian atas banyak masjid di seluruh dunia ditambah gambar rekaan "dewa bulan".

Gagasan ini sangat berbahaya. Jika anda yakin bahawa umat Islam menyembah berhala, maka perkara ini tidak berasas. [Who is Allah]

Perkataan "Allah" telah digunakan untuk nama "Tuhan/God" dalam Alkitab bahasa Arab untuk orang Yahudi dan Kristian. ... Kemudian jika anda memiliki Alkitab dalam Bahasa Arab, lihat di muka surat 1dalam Kejadian (Genesis), dan anda akan menemukan kata "Allah" sebanyak17 kali.

Di tempat lain, kita telah menunjukkan secara meyakinkan bahawa tuhan yang benar, "El" dari Alkitab adalah sama dengan "Allah" dari Quran. [Lies About Allah]

Palestine and the Arab-Israeli Conflict: A History with DocumentsAkidah yang paling asas seorang Muslim adalah keyakinan bahawa "Hanya ada Satu Tuhan," Maha Pencipta, Pemberi Rezeki- dikenali dalam Bahasa Arab dan oleh umat Islam sebagai Allah. Allah bukan dewa asing, atau benda. Penganut Kristian yang berbahasa Arab menggunakan perkataan yang sama untuk Yang Mahakuasa. [Allah (God) in Islam]

Definisi:

Secara harfiah diterjemahkan sebagai "Tuhan/God." Perkataan Allah ini ni dalam Bahasa Arab tiada bentuk jamak (plural), maskulin atau feminin. Ini menunjukkan Tuhan Yang Maha Esa, Pencipta Yang Maha Kuasa, Yang bukan lelaki atau perempuan.

Sebutan: All-ah

Juga Dikenali Sebagai: Tuhan [Islamic Glossary: Allah]

English Version: Searching for the definition of Allah on the Internet

Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, A ReflectionMunakahat, Artikel Sentral, Catatan Sekilas, Perkahwinan, NikahKahwin.Co.Cc, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online.

02 Januari 2010

"Nama Allah", cabaran pertama umat Islam tahun 2010



Pada 31 Disember 2009 umat Islam dikejutkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Yang Arif Hakim Dato' Lau Bee Lan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan akhbar The Herald untuk menggunakan perkataan "ALLAH" sebagai ganti nama "God" bagi penerbitannya dalam versi Bahasa Melayu. Keputusan ini telah mencetuskan satu polemik dan kontorversi di kalangan umat Islam di Malaysia.

Utusan Malaysia melaporkan, sekumpulan ahli daripada 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di hadapan Masjid Wilayah Persekutuan semalam bagi membantah keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan akhbar mingguan Gereja Katholik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

Mereka berkumpul selepas solat Jumaat dengan membawa sepanduk yang menentang keputusan berkenaan.

Antara NGO yang mengambil bahagian adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Negeri Perlis, Selangor dan Perak, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia dan Alumni UMNO Luar Negara.

Yang Dipertua Perkasa Negeri Perlis, Ameir Hassan berkata, sebagai orang Melayu beragama Islam yang sekian lama menggunakan kalimah Allah, mereka berasa tercabar dengan keputusan itu.

Majlis Fatwa Kebangsaan digesa segera bermesyuarat bagi memutuskan kekeliruan berhubung keputusan mahkamah membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, fatwa khusus perlu segera diwartakan bertujuan menghalang pihak tertentu mengeluarkan pendapat berbeza tanpa mengira sensitiviti agama Islam.

Menurut beliau, kerajaan juga perlu segera menggubal dan melaksanakan Akta Sekatan Pengembangan dan Dakyah Agama Lain ke atas orang Islam di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak kerana negeri-negeri lain sudah lama melaksanakannya.

"Mengapa empat negeri ini masih belum melaksanakannya? Sekiranya akta tersebut wujud, sudah tentu keadaan akan berbeza kerana akan menjadi suatu kesalahan jenayah jika menggunakan perkataan Allah untuk tujuan selain Islam sebagaimana yang diperuntukkan di negeri-negeri lain.

"Sistem perundangan kita juga perlu dikaji semula terutama dalam isu-isu yang membabitkan hal ehwal Islam termasuk perundangan dan syariatnya perlu dirujuk dan dibicarakan di Mahkamah Syariah," katanya dalam blog zul4kulim.blogspot.com di sini hari ini.

Tambah Zulkifli, kes itu seperti mengulang kes Natrah apabila kewibawaan dan kemuliaan agama Islam dicabar dan pada masa itu alasannya adalah kerana negara diperintah oleh British.

"Tapi apakah alasan sama kita boleh gunakan sekarang. Dalam keadaan kita memerintah, dalam keadaan umat Islam menguasai 135 kerusi Parlimen yang walaupun bukan dua pertiga tetapi merupakan majoriti mutlak.

"Ia sepatutnya membolehkan kita menentukan hala tuju agama Islam dan membela serta mempertahankan maruah agama kita," katanya.

Isu ini akan bertambah besar sekiranya pihak-pihak yang berkaitan tidak bijak menanganinya. Mudah-mudah-mudahan ia dapat diselesaikan secara aman.

Baca juga: Nama Allah Ternyata Bukan Isu Kepartian..
Click here for english version!


Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, Munakahat, Artikel Sentral, Catatan Sekilas, Perkahwinan, NikahKahwin.Co.Cc, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online.

01 Januari 2010

Langkah pertama 2010

Takziah dari lintas agama adalah bukti Gus Dur sebagai Bapak Pluralisme dan Multikulturalisme... [Foto: Muh Khoirul Rijal]

Hari ini kita melangkah ke tahun 2010, tanpa terasa 2009 telah pun meninggalkan kita. Begitulah setiap tahun yang telah kulalui seperti catatan kubuat tahun 70-an:

hari-hari telah pergi
tanpa pamit
tanpa permisi
dan
waktu
terlalu dekat
untuk mati

Tahun 2009 meninggalkan kesan yang berbeda-beda: gembira, bahagia, sedih dan duka lara.

Bagi bangsa Indonesia, mereka telah kehilangan seorang tokoh, Abdurrahman Wahid yang akrab disapa dengan Gus Dur, presiden RI yang ke-4. Indonesia menangis!

Gus Dur dikenang sebagai tokoh pluralisme, seorang humanist yang langka. Kaum minoriti Cina di Indonesia amat berterima kasih kepada almarhum kerana memberikan cuti umum Tahun Baru Cina (Imlek). Semasa era Suharto, usahkan perayaan Imlek, nama dan tulisan Cina pun diharamkan.

"Dia orang yang memiliki kasih seperti kristiani sejati," tegas Uskup Johannes Puja Sumarta, dari Konfederasi Wali Gereja Indonesia (KWGI). Gus Dur, tambahnya lagi, tidak pernah menghadapi kaum fundamentalis yang senantiasa menyerangnya. Sebaliknya Gus Dur selalu mampu memaafkan mereka.

Begitulah Gus Dur yang kontroversi yang disayangi oleh penganut Kristian dan kaum Cina. Sebaliknya, sebilangan umat Islam merasa almarhum lebih membela agama lain berbanding umat Islam sendiri.

Sahabat sekuliahku, Andi Muawiyah Ramly, yang dekat dengan Gus Dur, menulis catatan ringkas di Facebook:

"31 Desember 2007, malam tahun baru, abang bacakan puisi panjang di rumah Muhaimin Iskandar, berjudul '1000 Bait Puisi Gus Dur'. Beliau sambil leye-leye mengomentari puisi yang sedang dibacakan, sambil mencicipi jagung rebus. Semalam, kusingkap kain penutup beliau lalu kukecup kening, sosok yang 28 tahun memberikan pelajaran tentang menjadi manusia. Selamat jalan Guru Pinandita"