25 April 2005


ADAM Sheila On 7 sedang shooting di Ratu Boko, 3 km dari Candi Prambanan. disebelahnya Warith dan Mela yang kaget melihat Adam berada di situ. Adam shooting untuk sinetron Jaka Tingkir.

Prambanan: Semalam aku ke Candi Prambanan lebih kurang setengah jam dari Yogyakarta. Kelihatan dari kiri, anaku Warith, Abdul (sepupu) dan Mela (anak saudaraku)

23 April 2005


Aku bersama anak saudaraku, Mela, yang belajar di di sebuah IPTS Yogya, dan anak lelakiku, Warith Muhammad, yang sedang mengikuti program elektif di Fakultas Kedokteran, Universitas Gadjahmada, Yogyakarta. Warith belajar di tahun 4 Fakulti Perubatan, Unimas. Foto ini diambil ketika kami ke Kaliurang, 25 km dari Yogyakarta, tempat peranginan yang dingin di kaki gunung Merapi.

Yogyakarta: Setelah 22 tahun... (Bahagian 03)


Ngamen dalam Bus... tak ada yang berubah. Sejak aku di Yogya 22 tahun yang lalu ngamen ada di mana-mana. Ngamen adalah pemuzik jalanan. Sewaktu aku naik bus dua orang datang ngamen, pertama dua orang kanak-kanak perempuan (10 tahun) dengan alat muzik sederhana dan kedua anak muda dengan gitar. Pengamen pertama kuberi Rp 200,- dan pengamen kedua Rp 500,- sebab suaranya boleh tahan juga.
Semalam sekaten telah berakhir. Hari ini di alunalun utara kraton Yogya kelihatan peserta ekspo membongkar tempat pekspo masing-masing.

Chrisjon Menang Angka Telak



JAKARTA-Hebat, Chrisjon!. Setelah melalui pertarungan supersengit, akhirnya Chrisjon mampu mempertahankan sabuk juara dunia kelas bulu (57,1 Kg) WBA miliknya. Jagoan Indonesia itu memperpanjang gelarnya setelah membungkam ambisi juara Derrick Gainer dari Amerika Serikat dengan angka mutlak (unanimous decision) dalam pertarungan di Britama Sport Mall, Kelapa Gading, Jakarta Utara, tadi malam.

21 April 2005

Yogyakarta: Setelah 22 tahun... (Bahagian 02)



Hari ini, 21 April, bangsa Indonesia mengingatkan seorang perempuan bernama Raden Ajeng Kartini. Lahir pada tanggal 21 April 1879, putri Bupati Jepara tersebut adalah sosok wanita Indonesia yang kemudian menjadi monumental. Sebuah tulisan bahkan menjulukinya sebagai ibu nasionalisme Indonesia. Hari ini juga telah seminggu aku meninggalkan KLIA menuju Jakarta. Setelah 2 hari 2 malam di Jakarta, aku berangkat ke Yogyakarta menaiki bus eksekutif 'Lorena'. Setelah 11 jam di perjalananakhirnya sampai hasratku yang sekian lama terpendam untuk menatap wajah Yogya yang telah kutinggalkan 22 tahun yang lalu. Hari ini 12 Rabiul Awal, hari Maulidur Rasuul. Semoga kita diberi kekuatan dan kesatuan sebagai umat Islam. Jalan masih panjang dan berliku untuk mencapai umat yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Di Yogya acara maulid ini diperingati secara tradisi dengan sebutan sekaten. Perkataan ini berasal dari "syahadatain" artinya dua kalimah syahadah. Biasanya diadakan selama lebih kurang sebulan di alun-alun utara didepan kraton (istana) Yogyakarta. Kemuncaknya, perayaan Sekaten ditutup dengan Grebeg Maulud yang ditandai dengan keluarnya dua 'gunungan' iaitu rangkaian berbagai macam hasil pertanian untuk dibawa ke Masjid Besar, dan kemudian dibagikan ke warga masyarakat pengunjung perayaan Sekaten.. Begitulah biasanya, tapi setelah berberapa hari di Yogya, aku belum sempat menjenguk sekaten ini.


Pautan: Habis Gelap, (Belum) Terbit Terang
Sekaten Dimulai Besok, 14 April


20 April 2005

Yogyakarta: Setelah 22 tahun... (Bahgian 01)

Setelah 22 tahun, akhirnya saya sampai juga ke Yogya. Sudah tentulah banyak perubahan yang terjadi. Bangunan-bangunan baru di Jalan Solo dan Malioboro bertambah. Dulu di Malioboro ada Hotel Mutiara, sebuah hotel mewah yang merupakan mercu tanda jalan tersebut. Tapi sekarang gedung-gedung membeli belah yang baru menjadi mercu tanda yang baru pula. Ada jalan-jalan baru. Ada terminal baru yang cantik dan lebih teratur di Giwang menggantikan terminal Umbuharjo. Di depan Rumah Sakit (Hospital) Bethesda, dulu ada Bioskop (pawagam) President, kini tiada lagi dan diganti dengan Mall Galeria. Tak jauh dari situ di pertigaan Jalan Solo, dulu ada bioskop Rahayu, sekarang tidak kelihatan lagi. Mungkin orang tidak menonton bioskop lagi kerana banyak hiburan lain. Dulu, satu-satunya hiburan yang murah adalah bioskop. Di depan stasiun kereta api Tugu dulu ada restoran Padang 'Wienna', kini pun lesap. Toko Gunung Agung di simpang empat Tugu juga hilang dan muncul toko Buku Gramedia di simpang empat Jl. Kaliurang -- Kota Baru.

Yogya terkenal dengan julukan 'kota pelajar' dan 'kota budaya'. Kini pelajar semakin bertambah, motosikal menggantikan basikal (sepeda). Asap pun bertambah membuat udara Yogya tercemar (polusi). Yang jelas kedatangan pelajar di Yogya menambah penghasilan penduduk di sekitar kampus-kampus di sini. Mereka menyewakan bilik-bilik kepada pelajar.

Pagi tadi saya ke rumah sakit Dr Sardjito, tempat pelajar-pelajar perubatan Fakulti Kedokteran, Universitas Gadjahmada, menjalani latihan. Ada beberapa orang pelajar dari Malaysia, ada India ada Melayu. Ada dua program di Fakulti Kedokteran, UGM. Pertama program setempat dan kedua, program international.

12 April 2005


Perbicaraan Datuk Sharifah Aini bermula hari ini di mahkamah majistret Petaling Jaya. Siti Nurhaliza hadir jam 8:45 pagi.

09 April 2005


CINTA SEJATI ... berakhirnya penantian selama 30 tahun. Pangeran Charles dan Camilla Parker Bowles akhirnya menjadi pasangan suami isteri. Kini Camilla bergelar Duchess of Cormwall.

Perempuan boleh mengimami lelaki ... mengapa?

'KHSolat Jumaat bersejarah yang dipimpin Dr. Amina Wadud (sebagai imam sekaligus khatib) yang berlangsung di gereja Anglikan, Manhattan, New York, AS, 18/3/2005, menimbulkan kontroversi. Bagaimanakah fikah Islam dalam menangani kes seperti ini? Untuk mendalami persoalan dari sudut fikah, Ulil Abshar-Abdalla dari JIL mewawancarai Kiyai Haji Husein Muhammad (Pengasuh Pondok Peantren Darut Tauhid, Arjowinangun, Cirebon) dan Dr. Nur Rofi'ah (alumnus Ankara University Turki yang kini menjadi dosen Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta) pada Kamis (24/3) kemarin. Selanjutnya>>>

06 April 2005

Pengaruh Indonesia dalam Muzik dan Filem Malaysia (3)


SUZZANNA membintangi filem Bernafas Dalam Lumpur(1970)

Saya telah mengulas tentang tajuk lagu 'Bernafas Dalam Lumpur' yang dijiplak bulat-bulat dari filem Indonesia dengan tajuk yang sama [lihat Pengaruh Indonesia dalam Muzik dan Filem Malaysia (1) ]. Selain itu, ada juga drama dalam shooting format mini dv arahan James Lee dengan tajuk yang sama? Apa sudah jadi? Apakah kita sudah ketandusan idea sehingga tidak mampu mencari tajuk yang lain?


DRAMA Bernafas Dalam Lumpur.

Filem 'Bernafas Dalam Lumpur' produksi tahun 1970 ketika "industri filem Indonesia menunjukkan ghairahnya kembali. Sebanyak 20 judul filem diproduksi pada tahun itu. Hal ini mendorong para wartawan filem yang tergabung dalam PWI Jaya mengadakan pemilihan Best Actor dan Actrees di awal 1971. Badan sensor filem pun mulai melonggarkan penapisannya. Adegan-adegan ciuman ataupun seks dalam filem-filem lokal banyak yang "diloloskan" oleh gunting sensor. Tujuannya adalah untuk mendongkrak minat penonton terhadap filem nasional yang sekaligus mendongkrak pula industri film lokal. Film Bernafas Dalam Lumpur setidaknya membuktikan hal ini. Pemerintah pun pada masa itu mulai menekan peredaran film import." (Victor C. Mambor)

Siti kembali ke tanah air



Setelah konsertnya berjaya di Alber Hall, London, ada pula komen-komen yang negatif. Apa jawab Siti? Selanjutnya>>>

05 April 2005


ABDUL AZIZ menunjukkan artifak yang dijumpai di perairan
Selat Melaka, semalam. ? Gambar oleh Nashairi Mohd Nawi
MELAKA: Seorang nelayan, Abdul Aziz Hussin, 51, menemui enam artifak sejarah iaitu cerek, mangkuk dan pinggan yang dipercayai berusia lebih 500 tahun di perairan Selat Melaka.


Beliau yang tinggal di Muara Sungai Duyong, dekat sini, mengakui semua barang terbabit ditemui di kawasan berlainan sepanjang tempoh empat bulan, sejak akhir tahun lalu.

Ini menjadikan keseluruhan sebanyak 21 artifak yang kini berada dalam simpanannya.

Abdul Aziz berkata, minat mencari harta karun dan artifak sejarah yang sejak dia berusia 15 tahun memudahkan pencariannya sama ada di kawasan laut dalam atau sebaliknya.

?Kadangkala, saya turun ke laut ditemani anak angkat, Mohd Ali Kadir, 34, menggunakan perahu. Apabila tiba di kawasan lumpur cair, saya mengetuk tempat berkenaan dengan kayu.

?Batu dan bahan sejarah seperti ini mempunyai bunyi berlainan dan selepas itu, saya akan turun ke lumpur mendapatkannya (artifak).

?Bagaimanapun, jika di kawasan laut dalam, saya gunakan pukat bagi mendapatkan artifak yang kadangkala timbul selepas ribut,? katanya ketika ditemui di kediamannya di sini, semalam.

Abdul Aziz berkata, beliau pernah menghantar sebahagian besar daripada penemuannya terutama yang ditemui di kawasan Kota Laksamana kepada muzium di negeri ini dan menerima purata bayaran kira-kira RM100 sebulan.

Malah, katanya, sehingga kini, Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) masih mempunyai tunggakan bayaran sebanyak tiga bulan terhadapnya.

Ditanya mengenai rancangan terhadap penemuan artifaknya, beliau mengakui sudah menemui Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam akhir tahun lalu bagi memaklumkannya.

Beliau berkata, daripada pertemuan itu, Ketua Menteri memberi jaminan akan menilai barangan terbabit dan kemungkinan mengambil sebahagian manakala membenarkan sebahagian lain menjadi simpanan Abdul Aziz sebagai penghargaan kepada usahanya.[BH]

04 April 2005

Siti Nurhaliza - Wajah, aksi di Royal Albert Hall


Pengurus Eksekutif Konsert Siti di Royal Albert Hall, Ahmad Fadzli Yaakob (kiri) menyerahkan cenderamata kepada Ketua Pegawai Eksekutif Royal Albert Hall, David Elliott.

Tarikh 1 April yang penuh simbolik! Bagi Siti Nurhaliza Taruddin, tarikh itu mungkin satu tarikh keramat. 10 tahun lalu, tarikh itu telah memperkenalkan Siti sebagai seorang penyanyi yang hanya berusia 16 tahun.
Pada tarikh yang sama, pada usia yang semakin matang, Siti mencatatkan sejarah tersendiri apabila beraksi di dewan berprestij dunia, Royal Albert Hall di Kota London.
Umpama mimpi yang menjadi kenyataan, Siti bukan sahaja berjaya mengharumkan nama negara pada tarikh itu.
Dia sekali gus berjaya meletakkan namanya sebaris dengan lebih 150,000 penghibur ternama dunia yang pernah mengadakan persembahan di dewan berusia 134 tahun itu.
Selama tiga bulan bertungkus lumus membuat persediaan paling rapi untuk menyajikan persembahan yang dianggap paling sempurna pernah dijayakannya, Siti berjaya mencipta sejarahnya sendiri.
Dia menjadi artis ketiga Asia yang beraksi di dewan itu selepas dua artis tersohor dunia, pemain sitar terkenal Ravi Shankar dan Lata Mangheskar berpeluang beraksi di pentas yang sama.
Dengan mempersembahkan 30 buah lagu secara penuh dan medley serta sebuah lagu Inggeris yang pernah dipopularkan Elita Adams, Get Here, kehadiran Siti di pentas dunia itu pasti sahaja mencetuskan satu semangat baru buat penyanyi kelahiran Kampung Awah, Kuala Lipis, Pahang itu dalam usahanya untuk menawan dunia melalui bakat seninya.
Kini debaran Siti pada 1 April sudah pun berakhir. Segala jerih-perihnya untuk menempuh tarikh keramat itu berakhir dengan kejayaan membanggakan.
Kepada para peminat Siti Nurhaliza di negara ini, UTUSAN MALAYSIA menyiarkan wajah-wajah Siti sewaktu beraksi di pentas berprestij itu.

DISEMAYAMKAN: Jenazah Paus Yohanes Paulus disemayamkan di Aula Clemetine, di gereja Vatikan, sementara Kardinal Eduardo Martinez Somalo memercikan air kudus pada jenazah Sri Paus, Minggu (3/4).

03 April 2005

Ustaz Amr Khaled mendapat sambutan hangat di Yaman


Ribuan mengikuti ceramah Amr Khaled di Yaman

Amr Khaled, pendakwah terkenal dari Mesir berceramah di hadapan ribuan pelajar di Universiti Adan Sabtu, 2 April 2005. Ceramah ini merupakan sebahagian dari acara kunjungannya ke Yaman sejak Isnin 28 Mac yang lalu. Lebih dari 100,000 orang menghadiri ceramah Khaled di beberapa kota: Sanaa, Hadramawt dan Ta`izz. Penonton Astro dapat mengikuti siri ceramahnya melalui saluran 5 (ART).

Takziah untuk Buya Ismail Hasan Metareum



Mantan Ketua Umum PPP (Partai Persatuan Pembangunan) Ismail Hasan Metareum meninggal dunia Sabtu sekitar pukul 02.00 WIB di rumah sakit Pelni Petamburan Jakarta Barat.

Sekretaris PHP (Pengurus Harian Pusat) PPP Emron Pangkapi mengatakan, Buya, panggilan akrab Metareum disemayamkan di rumah duka di kompleks DPR Pribadi No. 47, Joglo Meruya Jakarta Barat.

Buya yang lahir 04 April 1929 dikenal sebagai ulama dan tokoh Islam yang berasal dari Nanggroe Aceh Darussalam (NAD).

Anggota MPR/DPR RI selama beberapa periode tersebut pernah menjabat Ketua Komisi I dan Wakil Ketua DPR dan pada 1978 menjabat Penasehat Khusus Delegasi Indonesia pada Sidang Umum PBB di New York, AS.

Mantan Ketua PB HMI itu menikah dengan Mariani yang membuahkan lima orang anak.[EL, Ant]

Baca juga: Jenazah Ismail Hasan Metareum Dimakamkan di Tanah Kusir

Belasungkawa untuk Paus Johanes Paulus II

Bismillahirrahmanirrahim


POSTER SRI PAUS: Dua orang pekerja sedang memasang sebuah poster Paus Yohanes Paulus II yang berukuran besar di sebuah menara Bali kota Krakow, Polandia. Copyright � 2005 Media Indonesia Online. All rights reserved.
Minggu, 03 April 2005 07:59 WIB
INTERNASIONAL

Saya mendengar berita BBC pagi ini bahawa Paus Johanes Paulus II telah meninggal dunia. Jam 7:30 saya juga menerima berita yang sama dari RSS Media Indonesia.

Menurut BBC, Paus yang berasal dari Polandia (Poland) ini telah menjadi pemimpin tertinggi umat Katolik selama 26 tahun sejak terpilih di tahun 1978. Dia juga menjadi Paus pertama yang bukan warga Italia. Selama masa kepausannya, Paus banyak dikenal karena kunjungannya hampir ke seluruh penjuru dunia, guna menemui umat Katolik yang diperkirakan berjumlah 1 bilion orang di seluruh dunia. Paus juga disebut sebagai Paus Musafir kerana banyak melakukan perjalanan.