21 Disember 2003

Malik, Rahayu selamat diijab kabulkan

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri






ABDUL MALIK menyarungkan cincin di jari Rahayu Ahmad selepas akad nikah di rumah pengantin perempuan di Taman Seluang dekat Kulim, Kedah, semalam.





Malam tadi saya mendengar berita tentang perkawinan Malik melalui stesen TV3. Yang menarik bagi saya, setelah akad nikah diadakan acara "membatalkan air sembahyang". Ini bukan pertama kali saya dengar atau saya baca, seolah-olah acara ini merupakan ritual agama. Kenapa air sembahyang dibatalkan?

Barangkali hal ini hanya soal istilah yang tidak tepat, tapi dapat membawa akibat yang jelek. Lama kelamaan orang menganggap acara ini adalah acara wajib dalam Islam.

07 November 2003

Pengaruh Indonesia terhadap bahasa Melayu (1)

Berita TV3 semalam menggunakan istilah "rekayasa". sebelum ini TV3 menggunakan istilah "mancanegara" dan "mantan". Ini adalah istilah yang digunakan di Indonesia. Saya yakin 'pemirsa" TV3 tertanya-tanya apakah gerangan makna perkataan tersebut. Maklumlah perkataan ini masih baru digunakan, tidak seperti perkataan-perkatan "buah dada" atau "payudara", "prihatin", "pantau" , "peka", "pasca" "mapan", "canggih" dan lain-lain.

Istilah "rekayasa" ini memang baru digunakan di Indonesia. Ketika saya tinggal di Indonesia sehingga 1983, belum kedengaran istilah ini. "Rekayasa" hampir bersamaan popularnya dengan "kiat". Tapi apa perlunya kita menggunakan istilah ini sedangkan bahasa Melayu kita masih ada. Atau sekadar untuk aneh-aneh saja. Lho!

Kalau kita suka meniru dan mengekor-ekor, bilakah agaknya kita menjadi bangsa yang punya "jatidiri" dan "mandiri" (lagi-lagi Indonesia!)

Mengenai istilah "jatidiri" ini juga baru dipopularkan di Malaysia. Saya masih ingat ketika saya menjadi Editor di sebuah penerbitan buku (1985), saya menukar perkataan ini yang ditulis oleh penulis Indonesia kerana bimbang tidak difahami oleh khalayak Malaysia. Tapi kini perkataan ini telah diserap ke bahasa Melayu.

Begitulah "ketrampilan" kita berbahasa.


www.riau.cc

01 November 2003

PM Baru Malaysia

ABDULLAH AHMAD BADAWI

ABDULLAH AHMAD BADAWI mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai Perdana Menteri Malaysia kelima di hadapan Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail di Istana Negara, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR 31 Okt. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang berundur setelah menerajui negara selama 22 tahun.

Abdullah, 64, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail di Istana Negara.

Abdullah yang segak berbaju Melayu berwarna hitam tiba bersama isteri Datin Seri Endon Mahmood di Istana Negara pada pukul 2.40 petang diikuti oleh Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali pada pukul 2.45 petang.

Turut hadir ialah orang kenamaan lain termasuk anggota Kabinet, Menteri Besar dan Yang Dipertua Dewan Negara serta Speaker Dewan Rakyat.

Upacara bersejarah itu diikuti oleh rakyat Malaysia menerusi siaran secara langsung televisyen dan radio.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid berangkat memasuki Balairung Seri pada pukul 3 petang.

Pada 3.05 petang, Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Menyimpan Rahsia oleh Abdullah sebagai Perdana Menteri dimulakan.

Upacara dimulakan dengan lagu Negara Ku oleh pancaragam Angkatan Tentera Malaysia.

Abdullah kemudian membaca ikrar mengangkat sumpah taat setia serta menyimpan rahsia sebelum menandatangani keempat-empat Suratcara Pelantikan.

Majlis itu disusuli dengan bacaan doa selamat.

Keempat-empat Suratcara Pelantikan itu kemudiannya ditandatangani oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim sebagai saksi yang kemudiannya diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman.

Abdullah yang dilahirkan di Kepala Batas, Pulau Pinang, pada 26 November 1939, merupakan anak sulung kepada pasangan guru agama dan ahli politik, Ahmad Badawi dan Datuk Kailan Hassan.

Pada majlis itu juga, Tuanku Syed Sirajuddin telah berkenan menganugerahkan darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara (SMN), anugerah tertinggi negara yang membawa gelaran Tun kepada Dr. Mahathir.

Yang di-Pertuan Agong turut berkenan menganugerahkan Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dengan darjah Seri Setia Mahkota (SSM), yang juga membawa gelaran Tun.

Pengakhir majlis itu menandakan sempurnanya penyerahan jawatan Perdana Menteri Malaysia daripada Dr. Mahathir kepada Abdullah.

Sementara itu di PUTRAJAYA, suasana ceria dan tenang jelas terpancar pada wajah Dr. Mahathir, 78, yang memilih untuk memulakan hari terakhirnya sebagai pemimpin negara dengan rutin biasa.

Tepat pukul 7.55 pagi, beliau yang diiringi oleh Dr. Siti Hasmah keluar dari kediaman rasmi, Seri Perdana, Putrajaya ke pejabat untuk melaksanakan tugas-tugas terakhir.

Kira-kira pukul 12.30 tengah hari, Perdana Menteri bersama isteri menghadiri sidang akhbar khas dengan media tempatan bagi mengucapkan terima kasih kepada rakyat dan semua pihak yang telah memberi kerjasama kepadanya selama ini.

Meskipun sesekali suaranya tersekat-sekat akibat sebak, Dr. Mahathir dengan tenang meneruskan ucapan serta menjawab segala soalan daripada wartawan.

Beliau kemudiannya keluar untuk menunaikan solat fardu Jumaat di Masjid Putra, Putrajaya.

Masjid yang menjadi mercu tanda pusat pentadbiran negara ilham beliau itu mengalami kesesakan luar biasa apabila beribu-ribu umat Islam tidak melepaskan peluang untuk menyertai Dr. Mahathir menunaikan solat fardu Jumaat dan menatap wajah negarawan itu dari dekat sebelum beliau melepaskan jawatan.

Orang ramai mula membanjiri Masjid Putra seawal 11.30 pagi.

Wartawan serta jurugambar tempatan dan asing turut tiba awal bagi memastikan mereka mendapat kedudukan yang baik untuk merakamkan detik-detik bersejarah itu.

Sebaik selesai menunaikan solat, orang ramai mula beratur panjang di sepanjang laluan keluar sehingga ke pagar masjid untuk bersalaman dengan Dr Mahathir. Ini adalah satu keadaan luar biasa yang belum pernah berlaku sebelum ini, kata seorang pegawai Dr. Mahathir.

Beberapa kumpulan dan persatuan juga turut kelihatan menaikkan sepanduk ucapan Terima Kasih Dr. Mahathir, Jasamu Dikenang di luar masjid.

Keadaan menjadi kecoh seketika apabila orang ramai mula berasak-asak memaksa pegawai pengiring dan penguat kuasa Perbadanan Putrajaya bertindak untuk mententeramkan keadaan.

Bagaimanapun, di sebalik keadaan itu, Dr. Mahathir dengan tenang melayan orang ramai yang ingin bersalam dengannya dan akhirnya masuk ke dalam kenderaan rasmi setelah kira-kira 10 minit mengharungi asakan orang ramai itu.

Sementara itu, sebaik tamat istiadat di Istana Negara, Dr. Mahathir kembali ke Putrajaya dan mengadakan pertemuan tertutup dengan Abdullah pada pukul 4.20 petang.

Pada pertemuan itu, Dr. Mahathir menyempurnakan upacara serah tugas Perdana Menteri Malaysia secara penuh simbolik kepada Abdullah dengan menyerahkan fail meja sebagai tanda penyerahan tanggungjawab.

Upacara yang dijalankan di Pejabat Perdana Menteri di Tingkat Lima Bangunan Perdana Putra itu disaksikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman.

Dr. Mahathir dan Abdullah kemudiannya mengadakan pertemuan tertutup selama kira-kira setengah jam.

Seluruh rakyat dapat mengikuti peristiwa tersebut yang disiarkan secara langsung oleh stesen-stesen televisyen dan radio tempatan.

Tepat pukul 5.09 petang, Dr. Mahathir menurunkan cap ibu jari pada alat perakam waktu elektronik untuk kali terakhir sebagai kakitangan kerajaan.

Beliau dan Dr. Siti Hasmah diiringi Abdullah serta Endon turun ke lobi bangunan yang dipenuhi oleh kira-kira 1,000 kakitangannya dan Kementerian Kewangan yang berbaris panjang sehingga kaki tangga.

Suasana hiba mula menyelubungi Laman Perdana pada pukul 5.10 petang sebaik sahaja doa selamat dibacakan oleh Imam Besar Masjid Putrajaya, Datuk Sheikh Ismail Mohamad.

Nada hiba doa selamat bagi menghargai jasa Dr. Mahathir itu bukan sahaja membuatkan Sheikh Ismail sebak, malah menyebabkan ramai hadirin menitiskan air mata.

Sebaik sahaja Dr. Mahathir meneruskan langkah, para hadirin menyerbu dan berasak-asak untuk bersalaman dengan Dr. Mahathir.

Selain bersalaman, mereka turut berpusu-pusu mahu menyerahkan pelbagai cenderamata kepada Dr. Mahathir.

Tiba di keretanya Dr. Mahathir sempat melambai-lambai tangan serta berpusing beberapa kali sebelum masuk ke dalam kenderaan itu dan pulang ke Seri Perdana.

Di luar Bangunan Perdana Putra itu, pancaragam Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (VI) membuat persembahan istimewa mengiringi pemergian Dr. Mahathir dan isterinya.

Malam ini, Dr. Mahathir dan isteri berkumpul bersama ahli keluarganya dan sahabat terdekat berbuka puasa dan bersolat tarawih.

UTUSAN MALAYSIA

31 Oktober 2003

Hari ini adalah hari terakhir Tun Dr Mahathir Mohamad sebagaia PM.

09 Oktober 2003

Arnold Terminator gabenor baru California



Sumber:

LOS ANGELES 8 Okt. - Pelakon filem Terminator, Arnold Schwarzenegger dipilih sebagai gabenor baru California setelah memenangi pilihan raya negeri itu hari ini.

Schwarzenegger, 56, mencipta sejarah menjadi Gabenor California ke-38 selepas seorang lagi pelakon terkenal Hollywood, Ronald Reagan menjadi gabenor negeri terbesar dan terkaya di Amerika Syarikat (AS) itu pada 1967 hingga 1975 sebelum menjadi Presiden AS pada 1981 hingga 1989.

Reagan merupakan seorang Presiden daripada parti Republikan dan kemenangan Schwarzenegger yang juga mewakili parti itu mencetuskan spekulasi mengenai kemungkinan beliau juga bakal menjadi Presiden AS pada masa depan.

03 Oktober 2003

Sudah lama saya tidak utak atik di sini. Sibuk... pikiran .... perasaan dan beban-beban yang lain.

Semalam saya berbasikal menglilingi taman perumahan... lantas terserempak dengan empat anak sekolah menengah yang merokok di sebuah jalan buntu. Strategis tempat itu. Jam baru 7.30 pagi. Dengan seragam sekolah, mereka asyik mengepulkan asap rokoknya. Melihat saya datang, mereka pun cabut lari. Bagaimana perasaan orang tua mereka jika mengetahui tingkah anak-anak mereka.

01 September 2003

Bukan Perempuan Biasa

Sebagai tambahan dari catatan saya tentang "Pengaruh Indonesia dalam Muzik dan Filem Malaysia (2)" (25/8/2003), di sini saya catatkan sedikit tentang sinetron "Bukan Perempuan Biasa".
BUKAN PEREMPUAN BIASA
Sutradara: Jajang C. Noer
Skenario: Arifin C. Noer dan Arswendo Atmowiloto
Pemain: Christine Hakim, Desy Ratnasari, El Manik
Produksi: PT Multivision Plus, 1997
Stasiun Penayang: RCTI (17/6-15/9/1997)


Lagu Siti Nurhaliza, Bukan Cinta Biasa, dilancarkan pada tahun 2003.


Perkembangan terbaru, Rashid Sibir mengarahkan sebuah filem berjudul Cinta Luar Biasa.

Pautan:
Pengaruh Indonesia dalam Muzik dan Filem Malaysia (1)
Pengaruh Indonesia dalam Muzik dan Filem Malaysia (2)
Pengaruh Indonesia dalam Muzik dan Filem Malaysia (3)

Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia Ke-46

Utusan Malaysia Online - Muka Hadapan



TUANKU SYED SIRAJUDDIN, Dr. Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi turut sama menyanyi lagu Keranamu Malaysia sambil mengibarkan Jalur Gemilang pada sambutan Hari Kebangsaan Ke-46 di Putrajaya semalam. - Gambar ASWAD YAHYA



PUTRAJAYA 31 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan Ke-46 yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Boulevard, Dataran Putrajaya hari ini mencatat sejarah tersendiri sebagai upacara paling besar dan meriah pernah diadakan dalam sambutan ulang tahun kemerdekaan negara.

31 Ogos 2003

Merdeka, UMNO, dan Ishak Mohamad

Di tengah-tengah kemeriahan sambutan merdeka ini, saya teringat akan seorang sahabat saya, Ishak Mohamad. Ishak, bagi saya, merUpakan seorang aktivis UMNO yang langka pada zaman kini. Dia memegang kuat idealisme pemimpin-pemimpin UMNO yang sekaligus pejuang kemerdekaan dulu. Dia berjuang di cawangannya, Kemus, Alor Gajah, tanpa pamrih, tanpa mengharapkan apa-apa. Perjuangannya murni demi kemajuan masyarakat cawangannya. Banyaklah usaha yang dilakukannya. Sebagai contoh, dia berusaha menggerakkan usaha menternak kambing pada tahun 80-an untuk mendorong pemuda-pemuda di kampungnya berdikari. Saya ketika itu bekerja di Kuala Lumpur, juga turut menyumbang sebagai tanda sokongan. Begitu juga rakan sekerja, Suhaimi Hamid (kini pengarang majalah Hidayah). Tapi usahanya gagal. Kenapa? Tentu banyak sebabnya. Mungkin belia-belia itu belum sedia menerima perubahan. Mungkin mereka tidak faham matlamat projek itu. Mungkin ada yang tak suka, iri dan dengki. Mungkin dan seribu kemungkinan.

Ishak merupakan tokoh di cawangannya yang altruisme, bukan egois. Dia sanggup mengorbankan diri dan keluarganya demi parti dan masyarakat. Sementara ada segelintir pemimpin yang mengambil kesempatan dalam parti untuk kepentingan diri sendiri. Sehingga ada yang berpendapat, idealisme dan cara yang ditempuh oleh Ishak hanya sesuai pada tahun 40-an hinga 50-an saja. Dengan kata lain, jika Ishak hidup pada zaman Dato' Onn, tentulah dia menyerlah!

"Bagaimana hendak membantu orang, kalau diri sendiri tidak berkemapuan dari segi material. Oleh itu, kita kayakan diri sendiri dulu, barulah dapat membantu orang yang perlu bantuan." Tapi Ishak tidak menempuh cara itu. Mulutnya amat berat kalau dia terpaksa meminta bantuan ini itu kepada mereka yang sepatutnya memberi bantuan.

Dia suka berterus terang dan menongkah arus. Cara ini membuat dirinya amat sukar survive dalam politik. Kalau dia nampak sesuatu yang tidak kena, dia dengan lantang menegur, tak peduli kedudukan seseorang, tak terkecuali tokoh parti. Dia pernah tewas dalam pemilihan pemuda bahagain Alor Gajah dengan majoriti yang tipis.

Dia juga pernah membangkitkan semangat patriotisme dengan sambutan merdeka yang penuh meriah di kampungnya, jauh sebelum orang lain membuatnya seperti kita lihat kini. Dia memimpin tunjuk perasaan membantah pihak pengurusan A Fomosa Water World yang berhampiran kampungnya kerana menggunakan nama peninggalan penjajah. Dia menggesa orang-orang kampungnya memulaukan pusat rekreasi tersebut.

Itulah sebahagian usaha Ishak, seorang anak merdeka, pada zaman anak-anak muda tidak peduli dengan itu semua. Adakah Ishak tewas dalam perjuangannya? kelihatannya ya, tapi hakikatnya: TIDAK!

30 Ogos 2003

KAYAK MERDEKA: MELAKA - DUMAI

Pagi tadi, saya mendengar siaran Radio Malaysia Melaka (RMM) yang sedang menemubual Encik Haji Idris mengenai 46 peserta yang berkayak dari Melaka ke Dumai. Pagi ini, jam 7.30 WIB seharusnya mereka bertolak kembali ke Melaka. Tapi terpaksa ditunda sejam kerana 18 peserta mengalami sakit perut. Kata En. Idris, di Dumai mereka dijamu makan dan mereka makan apa saja yang dihidang dengan berselera. Rombongan ini terpaksa naik ke dalam bot sekitar 10 batu nautika kerana dihempas ombak yang kuat di Tanjung Jati.

Encik Idris juga menceritakan sambutan pemuda di sana. Begitu juga sambutan walikota Dumai yang begitu hangat. Mereka dalam keadaan yang jauh kekurangan dari segi material, tapi dapat menyambut rombongan kayak dengan penuh meriah. Walikota Dumai juga menyatakan hasrat agar tahun depan belia Dumai mampu berperahu Naga ke Melaka. Syabas!

Saya juga mencadangkan kepada pemerintah daerah kabupaten Bengkalis (dulu Dumai adalah bahagian dari Bengkalis), agar membuat pelayaran Lancang Kuning ke Melaka. Alasannya: (1) Lancang Kuning merupakan kisah legendaris dari Bengkalis, (2) Orang-orang di kabupaten Bengkalis sejak dulu lagi mempunyai hubungan erat dengan Melaka. Mereka dulu hanya bersampan sahaja ke Melaka, Muar, Batu Pahat dan Singapura. (3) Menjalinkan hubungan mesra antara kedua daerah ini. Bagaimana Pak Bupati? Insya Allah.

28 Ogos 2003

Kita tidak selamat di jalan raya
Dua berita akhbar sungguh menyayat hati hari ini. Pertama, seorang kanak-kanak, Mohd. Helmi Mohd Noor, 3, yang sedang menunggu kepulangan bapanya mati setelah dilanggar oleh kereta bapanya yang baru pulang dari kerja di Rumah Murah Kampung Gong Gemia, Paka, Dungun. Kedua, tiga lelaki dan dua wanita rakan sekerja maut apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori sayur di Kilometer 144 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur dekat Temerloh.

Sebelum ini, pada 24 Ogos, 12 orang terkorban dalam kemalangan maut di Kilometer 36, Jalan Ipoh - Kuala Lumpur di kawasan Serendah, termasuk lima ahli keluarga. Rentetan kemalangan ini sungguh membimbangkan, kerana jalan raya merupakan di antara pembunuh utama di Malaysia. Sebahagiannya disebabkan oleh pemandu-pemandu yang tidak berdisiplin, tidak sabar dan mementingkan diri sendiri.

Kita dapat menilai watak sebenarnya seseorang itu pabila mereka berada di jalan raya. Saya kenal seseorang yang berpendidikan tinggi yang kelihatan baik dan sopan, tapi pabila dia berada di jalan raya, masya Allah, kita tidak percaya orang tersebut berbeza sekali sewaktu di pejabat.

Malang tidak berbau, itulah yang dapat kita katakan pabila membaca berita seorang kanak-kanak mati dilanggar bapanya sendiri. Kejadian ini berulang lagi dan mungkin akan berulang. Jadi berhati-hatilah ketika memandu walau bukan di jalan raya sekalipun!





27 Ogos 2003

Sultanah Kedah Mangkat

Sultanah Kedah Mangkat

NNALILLAHI WAINNA ILAIHI RAJI'UN
Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri: "ALOR STAR 26 Ogos - Sultanah Kedah, Tuanku Bahiyah Almarhum Tuanku Abdul Rahman mangkat pada pukul 12.23 tengah hari ini di Istana Kuala Cegar, Anak Bukit setelah gering sejak seminggu lalu.
Almarhum yang berusia 73 tahun, mangkat dua hari selepas ulang tahun kelahiran baginda. Baginda dilahirkan pada 24 Ogos 1930."

26 Ogos 2003

Atjeh jadi Aceh atau Acheh?

Atjeh jadi Aceh atau Acheh?

Aceh kini bergolak. Tentera Indonesia memerangi habis-habisan pejuang Gerakan Aceh Merdeka (GAM). Tapi fokus saya bukan soal peperangan, tapi soal ejaan.

Di Indonesia, ketika ejaan lama Aceh ditulis sebagai Atjeh, Jakarta sebagai Djakarta, Cirebon sabagai Tjirebon. Setelah Ejaan Yang Disempurnakan (EYD) tahun 1972, maka nama-nama tempat tersebut berubah seperti sekarang.

Tapi akhbar-akbar berbahasa Melayu (Utusan Malaysia & Berita Harian) masih menulis Aceh sebagai Acheh, tapi tidak Djakarta, tidak pula Chirebon. Mengapa? Mengapa Aceh tidak ditulis sebagaimana ejaan rasmi di Indonesia? Padahal akhbar berbahasa Inggeris, misalnya: New Straits Time, menulis Aceh seperti ejaan rasmi di Indonesia, yakni Aceh. Begitu juga media-media luar yang lain.

Namun, sejak Indonesia mengisytiharkan Darurat Militer di Aceh, Berita Harian telah menggunakan ejaan yang betul. Syabas!

P. S.: Ejaan nama saya ketika di Sekolah Rendah adalah Sjafrein, tapi dengan adanya penyeragaman ejaan antara Indonesia dan Malaysia tahun 1972, maka saya pun mengubah ejaan nama saya menjadi Syafrein.

Sebutan "keinggerisan"

Sebutan "keinggerisan"

IKIM adalah singkatan dari Institut Kefahaman Islam. Namanya jelas bagi bagi kita, menggunakan bahasa Melayu. Tapi anehnya, singkatan IKIM disebut dengan "Aikim'. silap-silap jadi aiskrim. Sepatutnya jika nama suatu lembaga itu berbahasa Melayu, cara menyebutnya pun cara Melayu. Bukan cara Inggeris. Kalau kita sendiri menyebut begitu, apalagi orang asing.

Dulu, orang menyebut Talasco sebagaimana orang putih menyebutnya, Telesco padahal "Tahan Lasak Company" itu adalah syarikat tempatan.

Kalau orang asing menyebut Selangor sebagai Selengor dan Klang sebagai Kleng, maka dapat difahami. Tapi, bila kita anak Melayu berbahasa Inggeris menyebutnya seperti mereka juga, waduh! Tidakkah bagus kalau kita memberi teladan.

Kita berada di benua Asia. Cara kita menyebut perkataan Asia pun berbeza dari orang yang bukan Asia. Saya mencadangkan supaya kita bila berbahasa Inggeris tetap menyebut Asia, bukan Aesie. Ini cadangan saja. Tapi kadang-kadang kalau tidak ikut cara bukan Asia, nampak sangat kita tak pandai cakap orang putih... hehe!

25 Ogos 2003

Pengaruh Indonesia dalam Muzik dan Filem Malaysia (2)

Ketika popular lagu Broery & Dewi Yul 'Jangan ada dusta diantara kita', maka tak lama kemudian muncul Casey dengan judul lagu 'Jangan ada Benci'. Baru-baru ini Siti Nurhaliza muncul dengan lagu "Bukan Cinta Biasa", mengingat saya dengan judul sinetron "Bukan Perempuan Biasa" yang dilakonkan Christine Hakim melalui Astro Ria.

Judul menggunakan perkataan 'bukan' ini memang sering dugunakan di Indonesia. Misalnya: 'Bukan Pasar Malam' 'Hatiku Bukan Pualam' dan ini mengingatkan saya judul filem Malaysia 'Hati Bukan Kristal' lakonan Erma Fatima.

Pautan:

Bukan Perempuan Biasa
Pengaruh Indonesia dalam Muzik dan Filem Malaysia (1)

Melayu tak tau sebut perkataan Melayu

Melayu tak tau sebut perkataan Melayu

Beberapa hari yang lalu penyampai TV3, Azmi Aziz, menyebut perkataan ungu sebagai unggu ketika dia menyampaikan berita tentang produk L'Oreal. Sebagai penyampai, amat tidak elok menyebut perkataan Melayu secara salah. Sebab ini akan menjadi ikutan. Ramai orang Melayu sekarang tidak pandai menyebut dengan betul perkataan Melayu. Saya juga telah mendengar seorang guru menyebut perkataan ini secara salah. Ada penyanyi yang menyanyikan puisi Amir Hamzah menyebut perkataan "termangu" sebagai "termanggu". Saya khuatir suatu hari nanti mereka akan menyebut minyak wangi sebanyak "minyak wanggi".

30 April 2003

Pengaruh Indonesia dalam Muzik dan Filem Malaysia (1)

Pengaruh Indonesia dalam Muzik dan Filem Malaysia (1)

Pagi ini dalam perjalanan dari Alor Gajah ke Masjid Tanah, Melaka, aku mendengar sebuah lagu lama yang berkumandang dari Radio Melaka (RMM). Lagu itu cukup popular di Indonesia pada tahun 70-an, judulnya: "Sendiri" nyanyian Bimbo, hasil karya Titiek Puspa. Untuk lirik lengkapnya cuba klik di sini

Tapi pagi ini lagu itu dinyanyikan oleh penyanyi Malaysia yang juga popular tahun 70-an, Dhalan Zainuddin. Dhalan memang popular kerana menyanyikan lagu-lagu Bimbo seperti: "Ballada Seorang Biduan" (yang diubah judulnya "Kisah Seorang Biduan"), dan "Abang Beca". Lagu "Sendiri" ini juga diubah sedikit liriknya "Kini hilang menusuk dan sendu" menjadi "Kini hilang menusuk dan sedih".

Ketika itu istilah "Ballada" belum popular di Malaysia, begitu juga perkataan "sendu". Tapi kini istilah-istilah yang dulunya hanya popular di Indonesia, juga telah popular di Malaysia. Maka tidak hairaran kalau judul-judul lagu di Malaysia kini ada yang menggunakan perkataan-perkataan: "legenda" (tapi masih ada yang baca "lagenda"), "epik", "bisa" "kidung", "tembang", "pasrah" dan banyak lagi.

Bahkan ada yang menciduk bulat-bulat, misalnya: "Bernafas dalam Lumpur" dari kumpulan Wing, diambil dari judul filem Indonesia tahun 1970 yang dibintangi oleh Suzanna. Nama Farouk mulai populer ketika bermain dalam film 'Bernafas dalam Lumpur' ini arahan sutradara Turino Djunaidy (1970), yang juga menampilkan Rachmat Hidayat. Film Indonesia pertama yang menonjolkan adegan seks ini dianggap sebagai film yang memicu kebangkitan produksi film di era 1970-an.



Tahun 2002 yang lalu, disiarkan iklan sebuah drama TV berjudul "Tirai Kasih yang Terkoyak". akan ditayangkan. Sayang aku tak sempat meyaksikan tayangannya. Maka aku teringat pada tahun 1999 di Indonesia disiarkan sinetron dengan judul yang sama disutradarai oleh Ismail Subardjo. Saya masih menyimpan T-Shirt "Tirai Kasih Yang Terkoyak" ini yang dihadiahkan oleh Pak Ismail sendiri.

Begitu juga, kumpulan Sweet Charity dari Singapura pernah popular dengan lagu Ebiet G Ade "Camelia". Penyanyi-penyanyi dangdut Malaysia popular dengan menciduk lagu-lagu dangdut Indonesia. Istilah dangdut itu sendiri adalah buatan Indonesia.

Bahkan Siti Nurhaliza menyanyikan lagu "Tiga Malam" yakni lagu yang dinyanyikan oleh Lilis Suryani tahun 60-an. Agak lucu juga bila kita mendengar Siti menyanyikan lagu "Lagu Untukmu", perkataan "sewindu" dalam lirik lagu tersebut di tukar menjadi "serindu".

24 April 2003

Lelaki 4 isteri, 50 anak didakwa rogol anak kandung

KOTA BHARU 22 April - Seorang lelaki beristeri empat yang mempunyai 50 orang anak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol anak kandungnya yang berusia 11 tahun.

Tertuduh Tengku Ismail Tengku Ibrahim, 56, yang bekerja sebagai pemborong am didakwa melakukan perbuatan itu di rumahnya dekat Kampung Khatib Ali, Jalan Bayam, di sini pada pertengahan tahun lalu.

Tengku Ismail yang tidak mengaku salah meminta kes ini dibicarakan selepas jurubahasa membacakan pertuduhan terhadapnya.(23/04/2003)

Nelayan rogol anak dipenjara 45 tahun
Oleh: SITI MARIAM MD ZIN

ALOR STAR 20 Mac - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 45 tahun dan sebatan 21 kali ke atas seorang nelayan kerana merogol anak kandungnya yang juga menghidap penyakit leukemia.

Anaknya telah pun meninggal dunia kira-kira setahun lalu.

Hukuman berkenaan merupakan antara hukuman yang paling berat pernah dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen bagi kesalahan jenayah rogol di negara ini.(21/03/2003)

Rogol anak tiri: Penganggur dipenjara, sebat
Oleh: HABIBAH OMAR
JOHOR BAHRU 10 Jun - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 19 tahun dan sebatan 12 kali ke atas seorang penganggur setelah didapati bersalah merogol anak tirinya di sebuah rumah pada November 1998.

Hakim Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohamad Nor Sulaiman, 42, setelah pendakwa raya berjaya membuktikan kesnya tanpa keraguan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.(11/06/2002)

Wanita dipenjara 36 tahun bantu kekasih rogol anak
SINGAPURA 25 Mei - Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara 36 tahun semalam kerana membantu teman lelakinya merogol anak perempuannya sejak gadis itu berumur sembilan tahun.

Straits Times melaporkan bahawa teman lelakinya, 48, yang sudah beristeri dan mempunyai tiga orang anak, Peh Thian Hui juga dijatuhi hukuman penjara 36 tahun dan disebat 24 kali.

Wanita berusia 35 tahun itu yang namanya dirahsiakan bagi melindungi identiti anaknya yang dianiaya hampir setiap hari sejak September 1996, terlepas daripada hukuman sebatan.(26/05/2002)

Peguam Negara arah rayu hukuman bapa rogol anak
KUALA LUMPUR 16 April - Peguam Negara, Datuk Abdul Gani Patail telah mengarahkan Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri Sembilan supaya memfailkan notis rayuan terhadap hukuman 12 tahun penjara yang dijatuhkan semalam ke atas seorang bapa yang merogol anak gadisnya berusia 12 tahun.

Abdul Gani berpendapat hukuman itu, yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Pilah terhadap seorang buruh kerana dua kesalahan merogol anaknya, tidak mencerminkan kepentingan awam.

Semalam, Hakim Harminder Singh Dhaliwal menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dengan enam sebatan terhadap lelaki berusia 42 tahun itu bagi setiap kesalahan yang dilakukannya.

Bagaimanapun, hakim berkenaan mengarahkan lelaki berkenaan yang mengaku bersalah merogol anak perempuannya itu, menjalani hukuman itu secara serentak.

Ketika dihubungi Bernama, Abdul Gani berkata, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dengan sebatan bagi setiap pertuduhan.

Abdul Gani berkata, mahkamah sepatutnya mengarahkan lelaki itu menjalani hukuman bagi kedua-dua kesalahan secara berasingan.

Lelaki berkenaan dituduh merogol anaknya di rumahnya di Felda Serting Tiga, Ayer Hitam, Jempol, antara 12 tengah hari hingga 7 malam, 3 Jun tahun lepas.

Dia juga mengaku melakukan perbuatan yang sama antara pukul 5.30 pagi hingga 6.30 pagi, 3 Ogos tahun lepas. - Bernama.(Utusan 17/04/2002)

Berita-berita yang dipetik dari Utusan Online di atas menunjukkan betapa seriusnya kes ini. Kenapa kes haruan makan anak ini semakin menjadi-jadi? Mereka yang melakukan hal di atas, sebenarnya sakit sehingga tidak layak lagi dikategorikan sebagai manusia biasa, manusia normal. Jadi, apa yang seharusnya kikta panggil mereka?

23 April 2003

GENEVA: Angka rasmi terbaru Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan keseluruhan kes SARS ialah 3,861 membabitkan 27 negara dan sudah menyebabkan 217 kematian.

Menurut perangkaan yang disiarkan di laman web WHO semalam, 1,958 penduduk China menghidap wabak itu dan menyebabkan 86 mangsa mati manakala di Hong Kong, SARS menyebabkan 94 kematian dengan 1,402 orang dijangkiti.

Sebanyak 178 kes wabak yang dikatakan bermula dari wilayah Guangdong, China, November lalu, berlaku di Singapura menyebabkan 16 kematian.

Jumlah kematian di Vietnam ialah lima orang dengan 63 kes manakala Thailand melaporkan tujuh kes dengan dua kematian.

Enam kes dilaporkan di Malaysia dengan dua kematian, 29 kes di Taiwan tanpa kematian dan dua kes di Filipina dengan satu kematian.

Sehingga kini, jumlah kes SARS di Jepun ialah lima, Mongolia (tiga) dan masing-masing satu kes di Indonesia dan India.

Di luar Asia, Kanada menjadi negara paling teruk diserang wabak itu dengan 132 kes dan menyebabkan 12 kematian. Amerika Syarikat mempunyai kemungkinan 39 kes tetapi belum ada kematian.

Perangkaan WHO itu menyatakan masing-masing enam kes berlaku di Jerman dan Britain, manakala Perancis (lima) dan masing-masing tiga kes di Sweden dan Itali serta satu kes di Romania, Switzerland, Sepanyol dan Ireland.

Selain itu, masing-masing dua kes dilaporkan di Australia dan Brazil dan satu kes di Kuwait. )Laporan ini dipetik dari Harian Metro Edisi Internet, hari ini).

Sebenarnya, penduduk Malaysia begitu bimbang terhadap perkembangan SARS ini. Mereka mengharapkan kerajaan mampu menangani hal ini. Ada yang bilang SARS lebih serius daripada HIV/AIDS. Coba kita renungkan sejenak!

20 April 2003

Salam & Perang

Salam & Perang

Salam! Ya kuucapkan salam untuk semua di tengah-tengah kerancuan dunia: perang untuk pembebasan? Hah! Ada yang gembira di tengah-tengah penderitaan orang lain. Ada yang untung. Siapa?